Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Friday

Hati Emas 1

Terduduk Mia mendengar lafaz talak dari Firdaus. Tak sangka perkahwinan yang baru mencecah tiga bulan ternoktah hari ini. Kelu lidah Mia untuk berkata-kata. Terduduk dia seketika. Kepalanya pusing tiba-tiba dan…..

“Mia.. Mia..” perlahan-lahan Mia membuka matanya apabila terdengar namanya di panggil seseorang.

“Kak Lin..” tutur Mia lemah sambil perlahan-lahan bangun dari pembaringan.

“Apa yang terjadi.. mana abang Firdaus” soal Mia berkali-kali menggelisah.

“Dia..dia..” tergagap-gagap Kak Lin menutur kata. Sejenak Mia memejamkan mata. Sangkanya tadi apa yang berlaku hanyalah mimpi, tapi bila melihat akan reaksi Kak
Lin, Mia tahu semuanya adalah realiti. Di bahu Kak Lin Mia melepaskan segala sendu.

“Sudahlah tu Mia, janganlah menangis”

“Apa salah Mia, Kak Lin sampai sanggup abang Firdaus buat Mia macam ni?”

“Mia tak salah apa-apa, mungkin Firdaus terkeliru.. bagilah dia masa.. mungkin dia akan rujuk balik nanti” pujuk Kak Lin cuba menenangkan perasaan Mia yang pilu.

“Kalau tak macam mana Kak Lin?.. Mia tahu dia pasti kembali kepada kekasihnya.. Mia faham.. tapi.. apa yang Mia kesalkan mengapa dia tak berterus-terang kepada mama dan papa sebelum kami berkahwin..”

“Mia tahu Firdaus dah berpunya sebelum nikah?” soal Kak Lin hairan.

Mia mengangguk kepala perlahan. “Ha ah pada malam pertama kami.. dan abang Firdaus dah janji dengan Mia nak melupakan sejarah silam.. tapi mengapa..”

“Ahh.. lelaki sebelum dapat” detik hati Kak Lin mengenangkan perangai Firdaus.

“Sudahlah tu Mia… “ Kak Lin cuba memujuk Mira lagi.


Lamunannya terhenti. Dia meraup wajahnya seketika. Sejenak dia memejamkan mata memikirkan satu demi satu ujian Allah turunkan kepadanya.

Mia memandang kosong ke arah ikan-ikan yang sedang berenang-renang di dalam tasik. Air yang tenang sebentar tadi berkocak hebat apabila beberapa kanak-kanak melempar cebisan roti. Hatinya juga bolehlah diibaratkan seperti air tasik itu sekarang, hebat berkocak….

“Apa sakit saya Doktor?” soal Mia kelam kabut, apabila melihat wajah Doktor yang serius mencatit sesuatu.

“Tahniah Puan.. anda mengandung sebulan” tutur Doktor dihadapannya sambil tersenyum.

“Apa????”


Bunyi bising orang-ramai yang mula memenuhi tasik menghentikan Mia dari lamunan.

“Ya Allah.. berikanlah hambamu kekuatan” tuturnya perlahan.

Sejenak Mia melepaskan satu keluhan… lalu perlahan-lahan dia mengangkat punggungnya untuk beredar…

No comments:

Post a Comment