Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Sunday

Hati yang Terkunci 2

Hari bahagia Johan


Suasana cukup meriah. Ramai tetamu hadir memberi ucapan tahniah di samping meraikan pasangan pengantin. Pengantin tersenyum megah. Amzar tidak terkecuali memberi ucapan tahniah. Johan kelihatan cukup gembira. Manakan tidak sudah bertahun bercinta hari ini adalah saat bahagianya.
Cepat sungguh masa berlalu. Kelmarin majlis akad nikah dan kenduri telah berlangsung di rumah Ernie dan hari ini majlis di rumah Johan pula.

Saat Johan berada di pelamin bersama Ernie, Amzar di gamit kenangan lalu. Tidak sanggup dia berterusan berdiri di situ lalu dia beredar menjauhkan jaraknya dari pentas pelamin.

Selepas selesai sessi bersanding. Johan dan Erni mula melangkah kaki bertemu tetamu yang datang. Dari satu meja ke meja mereka bertandang dan bersalam.

"Aik! nak ke mana tu?" soal Johan bila tangan Erni ditarik oleh Julia. Julia adalah sepupu kepada Ernie. Hubungan mereka bukan setakat sepupu, malah lebih dari itu. Mereka boleh di katakan seperti kembar. Di mana ada Ernie pasti ada Julia.

"Aku pinjam kejap bini kau pun tak boleh ke?" marah Julia sambil membulatkan mata.

"Sekejap saja tau,jangan culik" pesan Johan sambil berseloroh.

"Ye lah" balas Julia geram.

"Kau ni kenapa?" soal Erni hairan dengan tingkah laku Julia seperti ada sesuatu yang di sembunyikannya dan hendak di tanya oleh Julia.

"Aku nak tanya sikit" ujar Julia sambil menggigit bibir.

"Ha ah tanyalah"

"Tu Encik Adib Amzarkan?..Johan punya rakan kongsi" soal Julia sambil memuncungkan mulutnya ke arah Amzar yang sedang berbual dengan Johan dan dua lagi rakan.

"Kau kenal ke si Amzar tu?" giliran Erni pula bertanya hairan.

"Kenal...tapi kenal gitu-gitu je lah. Aku pernah nampak dia ketika Johan dan si Amzar datang ke my office beberapa bulan yang lepas jumpa my bos Encik Kahar" terang Julia sambil matanya masih tepat terarah kepada Amzar.

"Oh..begitu...dah beberapa bulan pun kau masih ingat rupa dan nama dia?" soal Erni sambil menguntum senyuman yang penuh tanda tanya.

"Hensem kan dia? soal Erni menduga Julia.

Sambil tersenyum, Julia menundukkan wajahnya. Malu bila apa yang tersirat di hatinya tepat di teka Erni.

"Dia solo lagi tak?" Julia membuang perasaan malu lalu bertanya status Adib Amzar.

"Hmm..susah aku nak cakap. Nak kata solo tapi dah nikah. Tapi kalau kata dah kahwin tapi macam tak ada" lambat-lambat Erni menjawab menimbulkan tanda tanya kepada Julia.

"Mereka dah berpisahkah?" agak gopoh Julia bertanya.

"Panjang ceritanya, nantilah aku citer. Kau ikut aku. Boleh aku introduce kau kat dia"

"Boleh jugak" ujar Julia tanpa berlengah dia mengikut Erni menuju ke arah sekumpulan lelaki yang rancak berbual sesama mereka.

"Abang" manja Erni menegur Johan sambil memaut lengan suaminya.

"Hah! aku pulangkan semula isteri kau, Johan" tanpa segan, Julia bersuara sambil matanya melirik ke arah Amzar.

"Siapa ni?" salah seorang dari rakan Johan bersuara.

"Ops! lupa pula..ini saya perkenalkan sepupu merangkap my best friend., cik Juliana" ujar Erni memperkenalkan Julia kepada rakan-rakan Johan.

"Cik Julia ni dah berpunya atau belum?" soal rakan Johan yang menyoal tadi sambil tersengih.

"Julia ni aku perkenalkan kau yang cakap banyak dengan kumis nipis macam memerang namanya Razlan"

"Dey! apa ni?" marah Razlan sambil menumbuk bahu Johan yang sedang ketawa.

"Hai, saya Razlan. Saya solo lagi" tanpa malu Razlan memperkenalkan diri.

"Ini pula Syamil dan yang hensem ni Amzar" Johan memperkenalkan seorang demi seorang rakannya kepada Julia.

"Hmm...mereka berdua tu dah berpunya" tambah Razlan berseloroh, menjadikan keadaan ketika itu riuh rendah dengan usik mengusik sesama mereka.
Ketika jam menunjukkan pukul enam petang tetamu yang datang sudah semakin kurang dan suasana di bawah khemah juga sudah agak lengang. Lalu tanpa membuang masa Syamil meminta diri untuk pulang begitu juga dengan Razlan.
Setelah kedua-dua rakannya pulang, Amzar mula berkira-kira hendak meminta diri, dia memanjangkan lehernya mencari Johan yang tiba-tiba saja hilang dari pandangan.

"Cari siapa Encik Amzar?" Julia melembutkan suaranya menegur Amzar.

"Eh! cik Julia. Saya cari Johan"

"Tak payahlah ber cik cik dengan saya. Panggil Ju cukuplah, mesra sikit" pinta Julia sambil tersenyum.

"Baiklah Cik Julia...eh! Ju..kalau macam tu Ju pun kena panggil saya Amzar saja"
Mereka berpandangan seketika, kemudian ketawa.

"Tu pun Johan" Amzar memberitahu Julia bila matanya menangkap sesusuk tubuh Johan di sebalik tiang berbual dengan seseorang.

"Hey! Am..Julia" tegur Johan menghampiri mereka, bila dari jauh dia melihat Amzar menggamit tangan memanggilnya.

"Aku nak pulanglah"

"La..awal lagilah"

"Awal apa dah pukul enam lebih, kawan"

"Tunggulah malam sikit" Johan cuba memujuk Amzar.

"Hallo kawan, takan nak suruh aku jadi peneman kau pulak? kau takut ka?" usik Amzar separuh berbisik menyebabkan Johan ketawa terbahak-bahak.

"Kau ni Am" ujar Johan setelah tawanya sudah berkurangan. "Apa pun thanks"

"Perkara kecik ja..sorilah Jo, Erni..aku kena balik awal sebab dah janji nak ambil orang tua aku kat rumah maklong..dah lewat ni nanti bising pula mama" jelas Amzar kepada Johan dan Erni. Mengikut plan asal memang ibu bapanya hendak mengikut dia ke sini tetapi terpaksa membatalkan hajat mereka bila ada mesyuarat tergempar keluarga sebelah papanya di rumah maklong.

Pada masa yang sama Julia mencuit lengan Erni dan seketika mereka berdua berbalas renungan sambil mata Julia tungkas menghantar isyarat di mana hanya Erni saja yang faham.

"Eh! kau boleh tak tolong hantarkan si Julia ni tak?" soal Erni menyampuk, memandang Amzar penuh mengharap. "Makngah dan Pakngah aku tidur kat rumah akulah, dia orang datang tadi tapi dah balik ke rumah aku..Erni pula tak nak tidur rumah Johan." jelas Erni bersungguh-sungguh.

"Alahh..rumah Julia ni satu jalan ja..tolonglah hantar" rayu Erni lagi bila melihat Amzar diam membisu. Mungkin terkejut dengan usulan tiba-tiba darinya.

Amzar memandang wajah Erni seketika dan kemudian menoleh ke arah Johan. Sekilas dia memandang Julia yang sedang merenungnya tajam.
Hendak di tolak takut di katakan sombong, kalau di turutkan takut pula menjadi buah mulut orang. Almaklumlah statusnya iaitu suami orang nanti akan menjejaskan nama baik Julia yang masih anak dara. Apa kata jiran-jiran Julia jika melihat mereka bersama biar pun sekadar menghantar pulang.

Ahhh..sebagai lelaki apa yang perlu dia risaukan..hati Amzar menenangkan fikiran. Namun jauh di sudut hatinya cuba menghalang. Memang benar pada mulanya hanyalah sekadar menghantar tetapi takut pula nanti dia seperti memberi harapan. Perkahwinan dan rumah-tangganya perlu di pertahan. Walaupun tak bersua muka dan berjauhan dari Aina, kesetiaan perlu ada, tekad Amzar di dalam hati lalu dia menolak permintaan itu secara baik.



****




“Sorry! Traffic jam”

“Ish kau ni Am.. Lan. Buat susah-susah. Lainlah kalau aku nak ke Mekah ke buat haji ka..umrah ka..ni nak pi honeymoon..bikin malu ja..”

“Abang ni orang datang pun dia kalut, tak datang pun dia bising. Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih” tegur Erni kepada Johan.

“Dia orang ni. kalau ayang nak tau, bukannya saja-saja nak hantar kita, tapi sebenarnya nak tunjuk muka supaya kita beli buah tangan dari Paris bila balik nanti”

“Alang-alang kau dah bercakap. Jangan lupa perfume yang aku pesan tu” ujar Razlan yang asyik tersengih lebih-lebih lagi bila menyedari Julia yang baru tiba.

“Hai Julia” tegur Razlan apabila Julia menghampiri.

“Hai! Eh! You pun ada Amzar” balas Julia dengan senyuman manis sambil matanya melirik memandang Amzar.

“Kenapa kau tak cakap Amzar pun nak datang ke sini” ujar Julia sambil menarik lengan Ernie agar menjauhi mereka yang lain.

“Kenapa pula?” soal Ernie hairan.

“Kalau aku tahu dia pun nak datang,tak payahlah aku drive tadi. Sekali lagi aku terlepas peluang” rungut Julia seraya berbisik ke telinga Ernie.

“Dia suami oranglah Ju”

“Nama saja suami, tapi hidup bujang. Kiranya aku masih ada peluang” balas Julia dengan hati yang berbunga-bunga. Apatah lagi bila dia di khabarkan Erni bahawa Amzar tidak pernah menjalani hidup berumah-tangga selama ini dan hanya berjumpa pada hari akad nikah. Mereka kemalangan dan isteri Amzar dibawa ibu saudara ke luar negara alasan mendapat rawatan susulan. Sehingga kini tiada khabar berita, Julia merasa peluang untuknya mendapatkan Amzar terbuka luas.

“Aku malaslah nak masuk campur” Ernie memberi alasan.

“Alah..Ernie kau tolonglah aku” rayu Julia supaya Erni membantu mendekatkan Amzar dengan dirinya.

Sekilas Erni memandang Julia tapi tak lama kemudian menggelengkan kepala.

“Dengan aku pun berkira” Julia merengus sambil mencebikkan wajah.

“Bukan berkira...tapi Johan dah bising sebab hari tu kau sengaja nak tumpang Amzar pulang”

“Alah Johan tu dengki”

“Hoi! Hoi! Apa ni sebut-sebut nama aku??” laung Johan kepada Julia.

“Apa pulak?” soal Julia sambil menjeling kepada Johan.

“Lepas ni you nak kemana Am?” soal Julia ketika menghampiri mereka yang lain semula dan secara sengaja Julia melembut-lembutkan suaranya kepada Amzar seraya cuba mengalihkan perhatian dari bertengkar dengan Johan.

Baru saja Amzar hendak membuka mulut menjawab tiba-tiba deringan talipon bimbitnya mematikan buah bicara mula. “Excuse me” ujar Amzar sambil berlalu dari situ.
Julia memerhati aksi Amzar yang sedang berbual di talian dengan pandangan yang menggoda. Tapi sayang Amzar langsung tidak memandang ke arahnya. Amzar di renungnya lama, entah mengapa ramai-ramai lelaki yang di kenalinya Amzar juga yang mendapat tempat di hati biar pun lelaki itu milik orang. “Macam mana aku nak mengayat lelaki ini ya” soal Julia di dalam hati.

“Okey..okey...see you tomorrow” ujar Amzar kepada si pemanggil sebelum mematikan talian. Tanpa memandang kiri dan kanan ketika berpusing badan, tiba-tiba dia terlanggar dan terpijak kaki seseorang.

“Auch”

“Ops! Sorry” ujarnya kepada seorang gadis yang sedang menunduk menggosok-gosokkan kaki.

Amzar yang terkejut dengan kemalangan kecil yang tak terduga spontan memegang bahu gadis tersebut. Seperti terkena kejutan elektrik gadis itu mengelak lantas membuatkan Amzar pantas mengalihkan tangan, sekilas dia memandang ke arah gadis itu yang menundukkan wajah seperti menahan sakit.

“If you don’t mind..boleh I tengok?” Amzar meminta izin sambil dia membongkokkan badannya mencari-cari mata empunya suara.

Mata mereka bertentangan. Hatinya sedikit terusik melihat gadis itu, biar pun tanpa senyuman terukir di bibir, air muka gadis itu kelihatan begitu manis sekali. Tapi sayang gadis itu cuma memandangnya sepi, lalu menundukkan semula wajah, Pertanyaannya langsung tidak di endahkan oleh gadis itu.

“Biar saya papah saudari ke sana” ujar Amzar dengan niat untuk menghulurkan bantuan. Amzar meminta izin memegang lengan gadis itu, supaya dia dapat memapah empunya badan ke kerusi yang berhampiran.

“Tak usah. Saya boleh jalan sendiri”

Sejenak Amzar menggeleng-gelengkan kepala melihat gadis itu yang berjalan terhencot-hencot menahan sakit. Hendak dipapah di tolak mentah-mentah. Walaupun tak manis dan bukan muhrim, tapi apa nak risau bukankah berlapik lengan baju, Amzar merungut di dalam hati.

Sampai saja di kerusi, berhati-hati gadis itu duduk, Amzar pula, di sebabkan rasa bersalah, turut membontoti gadis itu dan berhenti serta berdiri betul-betul di hadapan gadis itu, lalu tanpa di suruh dengan sebelah lutut menongkat lantai separa melutut Amzar membelek-belek buku lali gadis tersebut, terdetik di hati hendak menyentuh tapi risau di marahi pula.

“Saya tak apa-apa”

“Betul ni?” Tanya Amzar ragu-ragu sambil bangun berdiri.

Sejenak gadis itu mendongakkan kepala. Entah mengapa sinar mata gadis itu seperti ada satu magnet menarik perhatiannya. Dia memandang lama. Saat ini jiwanya seperti disapa bayu, terasa dingin hingga menyentuh ke tangkai hati yang sudah lama terkunci. Pantas mindanya berlegar-legar mencari serta mengingati sesuatu.

“Betul, don’t worry. .I’m okey” jawapan gadis itu melenyapkan pencariannya.

“Alhamdulillah. Saya Adib Am...” belum pun sempat dia memperkenalkan dirinya ada suara seseorang menegur mereka.

“Nak pitam lagi ka? Sakit kepala?”

“Tak auntie cuma...”

“Maaf auntie saya terlanggar cik ni sebentar tadi” jelas Amzar dengan sopan.

“Oh..macam tu. Kami dah lewat ni. Terima kasih ya”
Pantas Salmah menarik tangan Aina meninggalkan tempat itu. Terkebil-kebil Amzar melihat mereka beredar. Dia cuba mengejar tetapi dihalang oleh Julia.

“Kenapa ni Am?” soal Julia mendekati Amzar sambil cuba memaut lengan lelaki itu tanpa segan. Perhatian yang di berikan Amzar kepada gadis itu membuatkan terdetik perasaan cemburu di hatinya. Sempat Julia mengerling gadis yang baru berlalu itu, dengan satu jelingan tajam.

“Tak ada apa” balas Amzar sambil secara perlahan-lahan mengalihkan tangan Julia dari berpaut pada lengannya. Amzar melangkah longlai menghampiri Johan. Sejenak dia berpaling semula ke belakang tapi hampa gadis itu sudah hilang dari pandangan mata. Sekilas Amzar memandang Julia yang merenungnya tajam dan sedetik timbul perasaan marah, geram dan rasa kecewa di dalam hati dengan tingkah laku melampau Julia sebentar tadi.

“Mata itu dan senyuman itu..ahhh...tapi di mana?” Amzar cuba mengingati sesuatu. Hatinya berdebar-debar.

“Hai Bro...terpikat ke? Cantik budak tu” usik Johan sambil meletakkan tangannya di bahu Amzar.




bersambung...

No comments:

Post a Comment