Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Saturday

Hati yang Terkunci 1

Lautan luas di pandang sepi. Sesekali bunyi air laut memukul pantai memecah keheningan. Desiran bayu pula bagaikan berbisik sesuatu. Cukup mendamaikan. Dia memejamkan mata seolah-olah memahami apa yang sedang di bisikkan. Sejenak dia mengukir senyuman sambil bibirnya bergerak mengungkap perkataan terima kasih.

Sejenak dia membetulkan tudung yang ditiup angin. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Matanya melilau mencari. Kelihatan seorang anak kecil melambai dari pantai. Hatinya merasa lega.

Sudah lima tahun berlalu, seusia anak kecil itu. Namun dia masih begini. Sendiri dan setia menanti. Setiap tahun di bulan December pasti dia akan menjejakkan kaki ke mari. Hatinya sudah sebati di sini bagaikan ada sesuatu yang menanti. Menggamit agar dia ke mari. Namun usah bertanya Apa kerana dia sendiri tidak pasti.

Namun apa yang dia cukup pasti kisah-kisah lalu tak pernah padam dari kotak memori. Tidak akan sesekali.
Dia memejamkan mata sambil mengukir senyuman indah. Terasa cukup bahagia.
Buat sekian kali kenangan itu terimbas lagi.



***



Nuremberg


“Sampai KL kita pergi rumah Aina dulu, lepas tu baru kita ambil flight ke rumah Maksu Jamilah pula. Berkenaan tempat tinggal Aina jangan risau, tinggal saja di rumah auntie. Dalam sehari dua kemudian barulah kita pergi rumah Maksu Jamilah” ujar auntie Salmah sambil melabuhkan punggung di atas rumput bagi melepaskan lelah berjogging.

"Tak bahaya ka auntie?” soal Aina turut mengikut auntie Salmah duduk. Wajah wanita separuh abad itu dipandang dengan penuh risau.

“Kita pura-puralah hendak menyewa rumah tu. Aina ada kuncikan?”

“Kunci ?” soal Aina mengerutkan dahi. Lantas dia teringat sesuatu. “Ya ya ada. Maksu ada tinggalkan satu kunci, mungkin itu kunci rumah” ujar Aina meneka.

“Tak sabar auntie nak pulang ke sana”

Separuh berbisik auntie Salmah berkata sambil tersenyum sendiri, membuatkan Aina merasa tidak selesa.

“Auntie janji ya, selepas selesai urusan di sana, kita pulang semula ke sini ya” ujar Aina, ragu dengan reaksi wanita itu.

“Ya, Insyaallah. Bukankah tujuan kita ke sana hendak mencari sijil nikah dan dokumen-dokumen Aina seperti sijil-sijil persekolahan dan sebagainya, dengan itu bolehlah Aina memohon pekerjaan bila kita pulang semula ke Nuremberg”

Penjelasan wanita itu melegakan hati Aina. Sebenarnya dia juga ingin cepat-cepat meleraikan segala kekusutan. Sejenak dia melepaskan satu keluhan. Dia memandang auntie Salmah yang ketika ini sedang memejamkan mata. Mungkin sedang menikmati udara segar. Wanita itu sudah di anggap seperti ibunya sendiri. Diam tak diam sudah hampir lima bulan dia di sini. Alhamdulillah dia sudah boleh menyesuaikan dirinya. Adat, budaya dan pertuturan mereka juga dia pelajari. Penduduk di sini juga sudah mengenalinya. Namun begitu keresahan di hati tak mampu di bendung, walau sedalam mana dia cuba berselindung jauh disudut hatinya terasa begitu kosong.
Ketika berada di sini, sedikit demi sedikit dia sudah dapat mengingati apa yang telah menimpa dirinya. Dia mula menerima hakikat kehidupan yang bakal dia lalui, biar pun sebelum ini dia mengharapkan semua yang terjadi adalah mimpi semata-mata, tapi kini dia perlu akui bahawa kehidupan yang sedang dia lalui adalah realiti. Lusa dia perlu pulang semula ke tanah air. Ada tugas penting yang menanti. Banyak persoalan perlu di rungkaikan. Statusnya perlu di leraikan.

Aina melepaskan satu keluhan.

Salmah menggeleng-gelengkan kepala melihat Aina yang sedang termenung.

"Untuk mengelak atau mengurangkan kemurungan pastikan dia bersenam selalu kerana badan yang berpeluh ketika bersenam akan menjadikan pengaliran darah ke otak meningkat dan seterusnya mengeluarkan bahan kimia yang menceriakan mood di panggil serotonin"

Penjelasan seorang doktor pakar yang merawat Aina tempoh hari memberi idea kepadanya untuk mengajak Aina melakukan senaman-senaman ringan dan berjogging.
Tidak sanggup dia melihat gadis itu di landa kemurungan yang berpanjangan, biarpun kesihatan dalaman dan fizikalnya memuaskan serta dalam keadaan baik tetapi kesihatan hati dan perasaan gadis itu yang paling di risaukannya.

"Letih?" Salmah bertanya. Aina hanya menganggukkan kepala. Sekilas Salmah mencuri pandang Aina. Biarpun tidak lekang wajah itu dengan senyuman namun tidak dapat melindungi garis-garis luka dan kepiluan di hati gadis itu. Biar pun luaran Aina kelihatan tenang namun siapalah yang tahu gelora di dalam.

Serta merta Salmah merasa bengang dengan Jamilah, mana pergi kawannya itu. Selepas meninggalkan gadis itu di sini, terus Jamilah menghilangkan diri. Tiada alamat atau nombor talipon untuk di hubungi. Apapun Jamilah sempat berpesan agar dia menjaga Aina sekiranya terjadi apa-apa kepadaya. Sejenak Salmah melepaskan keluhan bila ada sekumplan lelaki warga Iran sedang tersenyum ke arah mereka. Dia tahu dirinya bukan sasaran. Saat ini marahnya bukan sahaja kepada Jamilah, tetapi kepada insan yang bergelar suami kepada Aina. Ke mana lelaki itu menghilang? Tidak pernah sekalipun lelaki itu datang menjenguk. Tidakkah dia tahu tentang Aina berada di sini.

Arghhh.. Di sebabkan itulah dia perlu lakukan sesuatu. Mereka harus segera pulang ke Malaysia. Mencari sijil nikah Aina adalah matlamat utama kerana di dalam sijil itu tertera alamat suami kepada gadis malang ini. Bagi Salmah jika suami Aina sudah tidak mahukan Aina, lepaskanlah gadis itu secara baik. Itu nekad Salmah.

"Jom balik?"

Ajakkan Aina menghentikan Salmah dari terus hanyut melayan perasaan.

"Jom" jawabnya pendek.

"Aina tunggu kat depan tu, auntie pergi ambil kereta, jangan kemana-mana tau" pesan wanita itu sebelum meninggalkan Aina bersendirian. Seperti kanak-kanak kecil Aina menganggukkan kepala. Perlahan-lahan Aina mengatur langkah ke tempat yang ditunjukkan oleh auntie Salmah.

"Aduhh.."
Tiba-tiba Aina merasa badannya ringan dan hampir dia tumbang jika tidak disambut seorang wanita yang berada berhampiran.

“Are you okey?" soal seorang wanita sambil memegang tangannya.

"I don't feel well" balas Aina sambil memicit dahinya.

"Was fehlt dir?"

"Ich habe Kopfschmerzen" balas Aina dalam bahasa Jerman menyatakan dia sakit kepala, bila menyedari wanita separuh abad itu tidak fasih berbahasa inggeris.

"Das tut mir leid. Warum nimmst du denn nicht etwas Aspirin?" wanita itu memberi saranan ubat sambil memimpin Aina ke sebuah bangku yang terdapat berhampiran di situ.

"Das tue ich, sobald ich nach Hause Komme" jawab Aina ringkas.

"kenapa ni?"
Terkocoh-kocoh auntie Salmah keluar dari kereta dan mendapatkan mereka. Lancar wanita Jerman itu menerangkan apa yang terjadi kepada auntie Salmah.
Sewaktu wanita Jerman itu meminta diri, beberapa kali Aina dan Salmah mengucapkan terima kasih di atas pertolongan itu.




Malaysia


"Hai bro..boleh aku masuk?"

"kau Joe, masuk je lah" ujar Amzar sambil tersenyum mempelawa kawan baik serta merangkap rangkap kongsi masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Sibuk sangat ke Am sampai tak balik lagi ni?" soal Johan sebaik melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Balik? dah pukul berapa sekarang?" soal Amzar sambil memandang jam tangannya. "hah!"

"Berkhayal lagi, sampai tak sedar dah pukul 7 lebih" usik Johan melihat telatah Amzar yang agak blurr sebentar tadi.

"Mana ada aku berkhayal. Kau tak nampak dokumen yang berlambak atas meja ni?" pantas Amzar membela dirinya sambil jari telunjuknya terarah kepada dokumen yang kebetulan berada di atas meja.

"Alasan" ujar Johan sambil menjuihkan bibir.

"Hah! yang kau pun belum balik lagi ni..apasal?" soal Amzar hairan kerana kebiasaannya waktu-waktu begini kawan baiknya itu sudah lesap dari pejabat.

"Kau dah lupa ka Am, kan hari ini aku ada mesyuarat dengan Tan Sri Ishak.."

"Oh! ya, aku terlupalah" ujar Amzar sambil menepuk dahinya. "So how? Tan Sri setuju tak dengan usul kita?

"Nampak gaya macam peluang kita cerah"

"Alhamdulillah"

"Apa-apa pun sama-samalah kita doakan" ujar Johan sambil mengangkat tangan berdoa.

Amzar mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Hah! sebelum aku terlupa dan kau pula buat-buat tak ingat, datang tau rumah aku hujung minggu ni "

Amzar tersenyum kerana sudah mengagak apa yang hendak di katakan oleh Johan.


"Ye lah. Mana boleh aku lupa. Kawan baik nak nikah mesti aku ingat" ucap Amzar sambil tergelak besar.

"Gelak gelak juga. Kau tu, takan tak nak cari pengganti?"

Soalan dari Johan mematikan tawa Amzar. Lalu dia memandang tepat ke wajah Johan.

"Aku masih lagi ada isteri lah Joe"

"Itu aku tahu, tapi mana dia? ha..mana dia? sekurang-kurangnya perkenallah kat aku" sindir Johan.

Amzar terdiam mendengar sindiran dari Johan lalu dia menundukkan wajahnya.

"Sorry Am" pantas Johan memohon maaf bila melihat air wajah Amzar berubah menjadi keruh.

"Tak mengapa aku faham apa yang kau cuba katakan, Joe"

"Hmm..kalau aku tanya satu soalan kau jangan marah ya"

"Bergantung pada bentuk soalan yang kau nak tanyalah" balas Amzar sambil mengecilkan matanya, tapi tak lama kemudian dia ketawa.

"Tanyalah I'm okey"

"Kau tak pernah pergi mencari your wife?" soal Johan melembutkan suaranya.

"Ada tapi hampa. Jangan kau tanya aku di mana dia berada sekarang sebab aku sendiri tidak ada jawapan" Jelas Amzar di akhiri dengan keluhan.

"Sepatutnya dari awal lagi kau halang mereka Am. Sekarang ni kan dah susah"

"Kalaulah waktu tu aku sihat, sudah semetinya aku halang tapi.. waktu tu aku sakit Joe..sakit..diri sendiri pun tak terurus" agak tinggi suara Amzar membela dirinya. "waktu tu semua keputusan aku serahkan kepada mama" jelas Amzar lagi.

"Ya tak ya juga” balas Johan sambil mengingat di mana ketika itu hendak berjalan pun kawannya itu tak mampu.

"Agak-agak kau ingat lagi tak rupa isteri kau tu Am" usik Johan sambil turut ketawa kecil.

Amzar terdiam. Sememangnya dia sendiri tak pasti samada dia ingat atau tidak akan wajah Aina lagi.
Fikirannya melayang mengenangkan peristiwa lima bulan yang lepas, di mana ketika itu dengan sekali lafaz saja dia sah bergelar suami orang. Ketika upacara membatalkan air sembahyang, perlahan isterinya di hampiri, dan buat pertama kali Amzar menatap wajah isterinya. Cantik! dan pilihan mama memang tepat bisik Amzar di dalam hati, sekalung pujian dan ucapan terima kasih diberikan untuk mama, tak silap dia menyerahkan tugas mencari jodoh kepada orang tuanya.
Maka majlis akad nikah di masjid berlalulah sudah, dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah entah apa malang menimpa kereta yang di pandu bapa saudaranya hilang kawalan dan terbabas cuba mengelak kereta di hadapan, dan…….sedar-sedar dia berada di hospital. Apa yang dia tahu kemalangan itu menyebabkan kedua ibu bapa mertuanya meninggal dunia dan Aina kemurungan.

Lamunanya terhenti.

"kenapa kau tanya?" soal Amzar bila Johan menepuk bahunya masih menantikan jawapan.

"hmm..saja.."

"Saja?" soal Amzar hairan.

"Sekiranya dia tak pulang juga Am. Katakanlah di takdirkan satu hari nanti kau ter...jatuh cinta dengan wanita lain bagaimana?"

"Apa jenis soalan ni, Joe?"

"Aku andaikan saja. Mana nak tahu kalau-kalau..dan sebagai lelaki tak salah kalau kau beristeri lagikan?"

"Setakat ini belum pernah aku fikir sampai ke tahap ni lah Joe. Boleh tahan juga kau ni Joe. Nikah pun belum dah pandai bagi cadangan untuk aku beristeri lagi ya" kata Amzar sambil ketawa kecil.

"Hei encik Adib Amzar..Life is short, make it sweet.."

"Banyaklah engkau punya pepatah inggeris" balas Amzar sambil tergelak kecil.

"Aku gurau je. Apa pun bersabarlah Am, tak kemana isteri kau tu kerana sebagai wanita yang dah bersuami lambat laun pasti dia akan kembali mencari kau di sini" tegas kali ini Johan bersuara, sedikit sebanyak menenangkan hati Amzar yang sedang berkecamuk.

"Alamak! aku dah lewat ni. Habislah aku, pasti mengamuk si Erni, okeylah aku cau dulu" ujar Johan sambil tergesa-gesa bangun dan menuju ke pintu.

Amzar tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya memerhati tingkah laku Johan yang kelam kabut. Lantas dia teringatkan majlis perkahwinan Johan tak lama lagi. Hadiah belum di beli.

Sejenak Amzar merasa kehilangan. Lalu dia meraup wajahnya dan...

"Aina" tiba-tiba dia tersebut nama itu.

Amzar beristifar berkali-kali sambil meraup wajahnya seketika, walaupun dia dan Aina bukanlah berpacaran sebelum ini ataupun pasangan yang berkahwin atas dasar cinta, tapi bagi Amzar sekali dia berkahwin adalah untuk selamanya.
Aina…seketika Amzar menyebut nama isterinya, tiada satu gambar Aina pun berada dalam simpanannya malah kamera yang di gunakan pada majlis akad nikah juga turut musnah dalam kemalangan. ahhh… Amzar mengeluh panjang, belum pun sempat mereka saling mengenali, tragedi yang menimpa telah memisahkan mereka.


bersambung....

No comments:

Post a Comment