Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Friday

Cinta itu bukan buta 1

Erisa tersenyum melihat keadaan dalam rumah yang kelam. Suasana sunyi sepi. Daun pintu tertutup rapat. Erisa yakin papa dan mama sudah lena dibuai mimpi. Terbongkok-bongkok Erisa menanggalkan kasut lalu meletakkan di atas rak kasut. Pantas dia mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket dan membuka pintu. Berhati-hati Elisa memulas tombol pintu supaya tidak berbunyi. Seperti pencuri Erisa berjengket-jengket masuk ke dalam rumah. Baru sahaja satu anak tangga dipanjat satu suara garau menyergahnya.

“Awal balik?” keras papa menyapa, serentak ruang tamu menjadi terang benderang.
Erisa memejamkan mata sambil melepaskan satu keluhan. Habislah aku kali ini. Apa yang akan kujawab.

“Belum tidur lagi pa?” soal Erisa berbahasa dan pada masa yang sama minda ligat berputar mencari alasan.

“Tidur apa lagi, kan masih awal, baru pukul tiga pagi”

“Alamak mama pun ada” jerit Erisa dalam hati, bila melihat kelibat mama dibelakang papa. Tajam sungguh jelingan mama setajam sindiran yang baru dilemparkan sebentar tadi.

“Eri.. Eri.. kereta rosak. Ha ah kereta rosak”
Spontan Erisa menjawab sambil memandang mama memohon belas kasihan.

“Termasuk kali dah banyak kali kereta dia rosak ya bang. Yang hairannya mesti berlaku pada malam minggu”

“Betul tu Jah, abang pun hairan. Apa kata kalau kita hantar kereta Eri ke bengkel buat pemeriksaan”

“Ye lah bang, Jah pun rasa begitu. Nampak gaya dua tiga hari ni anak kita tidak boleh ke mana-manalah”

“Dia nak pergi mana Jah, biar dia duduk sahaja dalam rumah, dia bukannya bekerja pun”

“Pergh..” berdesing telinga Erisa mendengar sindiran demi sindiran daripada mama dan papa.
Hendak dia berlari ke bilik takut nanti keadaan menjadi lebih teruk. Mahu atau tidak terpaksalah dia menadah telinga untuk mendengar.

“Balik dengan apa?” papa kembali menyoal.

“Dengan keretalah” jawab Erisa kebosanan.

“Kereta siapa?” soal papa lagi.

Kali ini Erisa terperangkap dengan jawapan sendiri.

“Kereta Eri” tergagap-gagap Erisa menjawab.

“Kata rosak”

“Dah okey”

“Pembohong” jerkah papa tiba-tiba.

“Abang” suara mama menegur papa.

“Letih anak mama ya, kereta rosak ya”

“Erk”

Walaupun suara mama kedengaran lembut. Erisa tahu mama sedang menyindir. Dalam keterpaksaan Erisa menguntum senyum sambil menggaru-garu kepala. Tidak berani dia memandang mama, apatah lagi papa. Dia bagaikan seorang pesalah yang menantikan hukuman di jatuhkan. Suasana ketika ini terasa cukup panas, lalu rambutnya yang mengurai melepasi bahu terus disanggul.

Agak lama mereka bertiga berdiri tanpa suara, membuatkan dia merasa bosan. Ini bukanlah kali pertama dia dimarahi, malah sudah banyak kali. Hairan dia mengapa orang tuanya tidak pernah merasa jemu. Sejenak dia tersenyum dalam hati kerana merasa lucu.

“Hmmm.. Eri naik atas dulu ya, ma.. pa” ujar Erisa separuh berbisik. “Nak mandi” jelasnya tanpa di pinta lalu tanpa membuang masa dia memusingkan badan untuk melangkah ke atas.

“Tunggu”

Erisa menghentikan langkah. Suara papa kedengaran serius.

“Apa nak jadi dengan kamu ni Erisa? Nak kata lelaki tetapi perempuan, nak kata perempuan tetapi perangai merayau malam mengalahkan orang lelaki. Anak perempuan orang lain waktu-waktu begini sedang lena di ulit mimpi, tetapi anak perempuan papa.. argh..” ujar papa dengan suara menahan marah.

Wajah dan suara papa cukup jelas menunjukkan marah. Namun dia sudah tidak berdaya berdiri lama di situ. Badannya sudah lenguh dan matanya sudah mahu terpejam. Tanpa memperdulikan papa, Erisa memusingkan badan untuk beredar. Namun jerkahan papa, menghentikan langkahnya. Lalu dia berpusing dan memandang papa dengan perasaan memberontak. Erisa merasa kecut bila melihat bola mata papa yang seakan-akan mahu menelan tubuhnya.

“Degil, tak dengar nasihat” papa memarahinya dengan wajah mencuka. “Macam ini punya perangai, tidak akan ada lelaki yang suka, jauh sekali nak jadikan isteri” sambung papa lagi.

Kata-kata papa mengguris hatinya. Kali ini Papa benar-benar serius memarahinya. Erisa merasa sedikit gementar. Nasib baik mama cepat-cepat menyabarkan papa. Walaupun papa tidak pernah meletakkan tangan di mana-mana bahagian tubuh badan ini tetapi kerisauan seandai perkara itu berlaku tetap ada. Cepat-cepat dia mengalah, menundukkan wajah.

“Melampau...”

“Sudahlah tu abang”

Belum sempat papa memarahinya lagi, mama terlebih dahulu bersuara. Lega Erisa bila mama sedang bertindak sebagai penyelamat. Erisa mencuri memandang mama. Kelihatan mama sedang menggosok belakang papa sambil membisikkan sesuatu. Dia yakin mama sedang menyabarkan papa.

“Ambil kunci kereta daripada dia, Jah”

Kedengaran papa merungut-rungut marah.

“Sudah, pergi masuk bilik” arah mama merenungku tajam. Langkah yang gontai kuhayunkan ke bilik.

Pintu bilik kututup rapat. Beg yang digalas pada bahu diletakkan di atas meja tulis, sementara kunci kereta dan rumah dilemparkan ke atas katil. Aku menarik nafas panjang untuk mengumpulkan semangat yang baru dipatahkan papa. Aku merebahkan diri di atas katil. Mataku dipejamkan rapat-rapat. Aku ingin membuang segala masalah yang menimpa diri. Namun mindaku tidak membenarkannya. Mata terpejam ku buka semula. Kata-kata papa terngiang-ngiang di telinga. Entah mengapa segala yang aku lakukan semuanya tidak kena di mata papa. Apa salah aku? Aku bukannya ke mana-mana, cuma keluar bersama-sama rakan untuk berkongsi cerita, menari, argh itu sahaja. Aku bukannya minum, malah sentuh pun tidak. Salahkah kalau sekadar berhibur?

Sekali lagi aku cuba memejamkan mata. Namun usahaku tidak berjaya. Kali ini bukan kerana papa tetapi kerana seseorang. Seseorang yang selama ini aku impikan. Seseorang yang ingin sekali aku serahkan hati, jiwa dan raga untuk bersamanya. Malah aku tidak malu dan sanggup merendahkan diri demi mengemis mendapatkan hatinya. Malangnya, hanya aku bertepuk sebelah tangan. Beberapa kali aku menyedarkan diri, dia bukan untukku. Namun, hati ini degil enggan menerima. Ingin sekali aku membuang wajah itu jauh-jauh namun, senyuman dan suaranya seakan-akan sudah dipateri di dalam kotak minda. Mungkin benar kata papa, tidak akan ada lelaki yang akan jatuh suka pada aku.

Pantas Arisa bangun dari pembaringan. Dia berdiri di hadapan cermin meja solek. Wajah dalam cermin dipandang lama. Dia mengukir senyuman. Teringat dia kata-kata Amy, kawan baiknya bahawa senyuman dia boleh mencairkan mana-mana lelaki yang memandang. Sejenak Arisa tersenyum bangga. Melihat dari atas kepala sehingga ke hujung kaki semuanya sempurna. Namun, senyumannya mati tiba-tiba.
“Cantikkah aku? Sempurnakah aku? Kalau jawapannya ya, mengapa bukan aku yang dipilihnya” Hati kecilnya mula memberontak merasa tidak puas hati.

“Apa kurangnya aku? Apa lebihnya dia? Arghhhhhhh.... Aku tidak akan sesekali mengalah. Kau tetap akan aku miliki”

No comments:

Post a Comment