Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Monday

Benarkah Cinta 4

Sarah bersandar kelegaan sebaik sahaja Encik Haziq melangkah keluar dari bilik. Pagi ini sudah beberapa kali dia menguap. Bukan kerana semalam dia tidak cukup tidur tetapi kerana kurangnya kerja yang perlu disegerakan seperti selalu. Masa pula bergerak agak perlahan untuk tibanya saat makan tengah hari.

Baru saja Sarah berkira-kira hendak bangun tiba-tiba kelibat bosnya kelihatan semula. Bukankah sebentar tadi lelaki itu kelihatan bersemangat untuk keluar makan tengah hari, tetapi mengapa berpatah balik? gumam Sarah sendiri.


"Cakap saya tak ada..dah keluar.." ujar Haziq sambil tergesa-gesa menuju ke biliknya tanpa sempat Sarah bertanya lebih lanjut. Berkerut dahi Sarah mendengar arahan dari Haziq. Lelaki itu juga kelihatan cemas. Sekilas Sarah menoleh ke arah bilik Encik Haziq, Sarah merasa hairan bilik itu kelihatan gelap, kenapa lampu tidak dibuka.

"Hai..Sarah..yu huuu.." satu suara nyaring kedengaran memanggil namanya. Wajah seseorang yang cukup dia kenal kelihatan sedang menuju ke arahnya, membuatkan spontan Sarah tersenyum sendiri. Sekaligus melenyapkan teka-teki yang bermain di fikiran.

"Oh! Cik Marina Purchasing Officer dari Ahmad Trading rupanya, patutlah..."gumam Sarah di dalam hati sambil ketawa gelihati teringat reaksi bosnya yang tergopoh-gapah sebentar tadi.

"Tak keluar makan?" soal wanita itu sambil membetul-betulkan skirt.

"Saya bawa bekal, datang sini ada appointment dengan Mr. Lim ke?" tanya Sarah sekadar berbahasa.

"dah habis, bila I tengok jam dah lunch time so.... your bos ada?" tanya Marina sambil mata liar memandang kanan dan kiri mencari seseorang.

"dah keluar" pendek Sarah menjawab. Bukan dia tak tahu niat wanita itu yang ingin menggoda majikannya dan bukan sekali dua pula dia melihat Encik Haziq melarikan diri dari wanita itu. Mereka berdua bagaikan sedang bermain kejar mengejar. Kadang-kadang dia merasa kasihan melihat Marina yang mencuba bermacam-macam cara untuk menarik perhatian Encik Haziq, sayangnya semua usahanya tak berhasil.

"tapi..kereta dia ada kat luar.."

"Oh..dia keluar dengan kawan..tak drive..naik kereta kawan dia" sebaik mungkin Sarah menyusun kata agar tak mendatangkan curiga.

Marina memandang ke arah bilik Encik Haziq seketika.

"Oklah, I pun dah lapar ni, sampaikan salam I bila dia balik nanti" ujar wanita itu dengan wajah yang hampa. "Bye Sarah"

Uh! Sarah melepaskan satu perasaan lega. Sambil menggelengkan kepala Sarah menjeling ke arah bilik Encik Haziq.

"Thanks Sarah" ucap Haziq mendekatinya.

"Welcome, dia kirim salam" acuh tak acuh Sarah berkata.

Haziq membalas salam sambil ketawa. Sarah melepaskan keluhan kecil melihat lelaki itu yang kelihatan selamba seperti tidak ada apa-apa berlaku.

"Marahkah?" usik Haziq menyedari wajah Sarah yang berkerut seribu.

"Cemas saya tadi tau, encik boleh lagi ketawa" ujar Sarah sambil bergerak ke Pantry.

"Eh! Encik tak keluar? tanya Sarah kehairanan bila menyedari Encik Haziq berada di belakangnya.

"Rasa kenyangla pulak, minum sajalah" balas Haziq sambil memanaskan air.

Sarah menganggukkan kepala. Tanpa memperdulikan Haziq Sarah mengeluarkan bekalnya dari peti sejuk dan memanaskannya di dalam ketuhar.

"Sphageti?" soal Haziq. Sarah menoleh ke arah Haziq dan mengangguk menjawab soalan lelaki itu.

"My favourite" balas Haziq sambil menguntum sebuah senyuman.

Sarah membalas senyuman itu. Pada masa yang sama dia melihat di atas meja sudah tersedia dua bekas mug. "untuk akukah kopi itu?" Sarah bertanya sendiri. Lalu tanpa membuang masa Sarah mengambil dua piring dan mencedok sphageti ke dalam nya.

"Jemput makan" pelawa Sarah berbahasa. Sekali ajak, laju Haziq menyuapkan makanan ke mulut. "Kenyang konon" tempelak Sarah di dalam hati sewaktu matanya menjamah wajah Haziq.

Haziq yang menyedari diperhatikan memandang tepat ke arah Sarah. "Maaf! sebenarnya saya lapar" ucap Haziq di dalam hati.

"Boleh saya tanya sikit" Sarah bersuara setelah masing-masing menyepi seketika.

"Ya" kata Haziq sambil meletakkan garpu di pinggan.

"Kalau Cik Marina pun bukan pilihan Encik, wanita macamana yang Encik pilih ya?" soal Sarah sambil mengacau minumannya.

Haziq mencuri pandang tingkah laku Sarah. Namun pantas dia melarikan anak matanya bila wanita itu memandangnya.

"Awak tanya apa?"

"Encik ni dengar atau sengaja buat-buat tak dengar"

Spontan Haziq ketawa.

"Kesian kat cik Marina tu. Encik cari perempuan macam mana lagi..."

"Macam awak" laju Haziq menjawab tanpa sempat Sarah menghabiskan ayat. Sekilas dia menjeling nakal melihat reaksi Sarah sebelum meneruskan suapan.

Sarah tersentak. Entah mengapa jawapan itu di rasakan tidak wajar ditutur oleh seorang majikan kepada pekerjanya. Argh! andai bergurau sekalipun janganlah melampau batas, ujar Sarah di dalam hati. Sarah memandang Haziq lama untuk mendapatkan kepastian meleraikan kekeliruan.

Bukan Haziq tak perasan bulat mata Sarah memandangnya dan malah dia sendiri pun terkejut dengan keceluparan mulutnya sebentar tadi. Apa di fikiran itu yang dilafazkan tanpa sempat otak menapis. Beristighfar Haziq seketika. Setelah mendapat sedikit ketenangan dan kekuatan, Haziq memandang Sarah "Don't get me wrong..what I mean is..someone who just like you, ada sifat keibuan, sedap mata memandang and very important mengikut tuntutan agama..kalau dapat yang bertudung macam awak lagi ok" terang Haziq sambil ketawa kecil walaupun Haziq sendiri tak pasti apa makna tawanya, apapun satu jawapan bijak telah di berinya bagi mengawal keadaan.

Sarah menarik nafas lega. Penjelasan itu turut melegakan Sarah kerana sebentar tadi entah mengapa satu perasaan aneh sukar di mengertikan menyapa dirinya.
"Ni, kira memuji sayalah..." ujar Sarah sambil ketawa kecil.

Sepintas Haziq memandang Sarah yang kelihatan selamba ketawa. Sejenak mata mereka bertentangan. Dadanya berdebar-debar. Namun dia mengagahi dirinya untuk bertenang sambil bibirnya menguntum senyuman.