Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Wednesday

Hati Emas 10

“Dah lama ke Rizal ke rumah Maklong?”

“Alah baru kejap tadi.. “

“Macamana dengan keje.. dah boleh sesuaikan diri kamu kat sana Mia?”

“Bolehlah bu”

“Jadi kamu balik minggu ni?”

“Mestilah jadi.. dah rindu sangat-sangat ni  kat Rizal”

“Tu lah.. cakap suruh tinggal saja kat kampung.. degil.. hah! Sekarang ni baru tahu”

Mia tersenyum mendengar ibu membebel.  Kalau boleh mahu sahaja dia memeluk ibu, tapi apakan daya jarak memisahkan mereka.

“Kak Reena.. ada call untuk Encik Borhan” tiba-tiba muncul  Siti penyambut tetamu  berbisik sambil membuat isyarat tangan.  Pantas Mia memohon izin kepada ibunya untuk mematikan talian.

“Okey sambungkan” balas Mia kepada Siti.

“Good Afternoon.. Encik Borhan Office” ucap Mia sebaik talian di sambung.
“Hallo! Hallo!” beberapa kali Mia mengulang ayatnya bila tiada respon dari si pemanggil.

 
“Yeah! . Boleh saya bercakap dengan Borhan?”

“Hah! Ada pun” bebel Mia di dalam hati sebaik mendengar suara pemanggil di talian.  Spontan Mia bangun menjenguk bilik Borhan.  “Tak habis lagi” Mia merungut sendiri.
“Encik Borhan is engage on the other line.. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?

 
“I’m his cousin..”
Firdaus teragak-agak menjawab.   Entah mengapa jantungnya berdetik laju.

 
“Hallo” Mia memanggil berkali-kali kerana hairan tiba-tiba si pemanggil diam membisu.
 

“Agak-agak lama lagikah dia di talian?” pantas  Firdaus menjawab.
 

“Tak pastilah pulak saya.. “

“Kalau tak lama saya nak tunggu”

“Tak beranilah saya nak cakap.. tapi rasa saya lebih baik Encik call balik nanti.” Balas Mia pantas kerana dia tahu majikannya pasti mengambil masa lama kerana sedang berbual dengan pelanggan penting di talian.

“Tapi line sini selalu sibuk” acuh tak acuh Firdaus menjawab.

“Kalau macam tu apa kata Encik call Encik Borhan punya hp”

“I dah try call.. line busy memanjang..”

“Oh!” hanya itu mampu terluah di bibir Mia bila mendengar suara si pemanggil yang petah mematahkan setiap cadangannya membuatkan mati akal Mia untuk terus berkata-kata.

 
“Takpalah.. I hantar message je lah nanti” ujar Firdaus menjernihkan suasana.  Perasaan bersalah mengundang dirinya bila kedengaran suara Setiausaha Borhan sudah berubah nada.

“Saya rasa itu yang terbaik.  Apa pun nanti saya beritahu Encik Borhan yang Encik talipon” ujar Mia pantas.

“Eh! kejap.. “

“Ya.. ada apa Encik”

“Encik..” berkerut dahi Mia bila lelaki di talian itu hanya berdiam.

“Boleh saya tahu nama saudari?”

“Saya Reena Setiausaha baru Encik Borhan” senafas Mia memperkenalkan dirinya.

“Ohh..  saya ingatkan...” Firdaus tidak menyudahkan kata, sebaliknya mengeluh.

“Ingatkan apa?” Mia menyoal kembali hairan.

“Tak da apa.. so bye Reena” pantas Firdaus mematikan talian.

“Bye. “ balas Mia kembali.

 Sepupu Encik Borhan..

Macam pernah dengar suara itu..

Tapi kat mana?

Alamak aku lupa Tanya nama dia..

 
“Hai! Reena.. mengelamun nampak?”

"Eh! Kak Wan.. mana ada"
Suara Kak Wan Kerani Pentadbiran menegurnya.
 

“Kalau takda kenapa kamu tak perasan Kak Wan yang lama berdiri kat sini.”

 “Iye ke? dah lama ke berdiri kat situ?” soal Mia tersengih-sengih.

“Lama tu taklah..  tapi lenguh jugaklah lutut ni”

“Kenapa Kak Wan cari Reena ni?”

“Ler.. tanya lagi.. tahu tak sekarang ni pukul berapa?”

 “Alamak dah Pukul 1.15” jawab Mia mengecilkan matanya sambil tersenyum.   Kejap ya” ujar Mia sambil tangkas mencatat sesuatu lalu menyerahkan kertas nota kepada Encik Borhan yang masih di talian.  Sebaik keluar dari bilik itu pantas Mia  mencapai tas tangan di dalam laci.
“Jom lekas.. lapar dah ni” sambil tersengih Mia menarik tangan Kak Wan.

Saturday

INFO @ Iklan

Hidung Tersumbat, Hidung dan Tekak Berlendir
Muka Terasa Sakit dan Berat Terutama Pada Bahagian Mata
Sakit Tekak Berpanjangan dan Berulang-Ulang
Gatal Pada Mata dan Hidung, Bersin tak tertahan.

Selalukah Anda Mengalami simpton2 di atas???

Sekiranya YA, anda mungkin penghidap Resdung. Tahukah anda Ulat @ Hama Resdung dalam bahasa saintifik dikenali dengan nama Demodex.

Demodex ini terlalu banyak dan aktif di dalam kulit manusia terutama bahagian permukaan muka, telinga dan hidung. Demodex akan menyebabkan penyakit kulit seperti jerawat, kulit kemerahan, bernanah dan gatal-gatal. Demodex tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Berukuran 100 – 300 mikron panjang.

Demodex sangat aktif di waktu malam. Ia akan keluar untuk bersenyawa dan masuk semula untuk bertelur di dalam liang roma. Demodex akan membiak dengan bertelur dengan banyak di dalam liang-liang pori dan folikel rambut manusia. Putaran hidupnya adalah selama 14hari. Setelah mati, bangkai-bangkai mereka menjadi cecair dan mereput didalam kulit. Sekiranya hama ini tidak dirawati, populasi hama ini akan meningkat secara drastik.

Salah satu penawar paling berkesan mengubati / melawan / menghalang penyakit tersebut dari terus merebak adalah cara memerangkap serta mematikan hama Demodex.
Justeru itu kami telah menghasilkan MASKER RESDUNG iaitu campuran ramuan Bedak gred satu (halus & bermutu tinggi) bersama herba-herba terpilih bagi mematikan hama resdung serta Kulit Kayu Manis yang terbukti berkesan dalam mencantikkan kulit wajah.



Cara-caranya:

Bancuh MASKER RESDUNG bersama air, sapu di wajah, seeloknya pakai di waktu malam kerana hama Demodex sangat aktif pada waktu malam. Biarkan semalaman bagi memerangkap hama-hama tersebut. Keesokkan pagi bilas wajah dengan air bagi membersihkan hama-hama yang telah terperangkap/mati bersama masker.

Sesuai di guna oleh lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak-kanak seusia 10 tahun ke atas.
HARGA RM15 (kos penghantaran pos percuma)
SMS/Call: 019-5893083

Wednesday

Hati Emas 9

“Amboi comelnya... “ ujar mama Firdaus sambil mengagah anak Borhan. “Tak sangka sekejap je masa berlalu.. kamu pun dah lepas pantang ye Shila”

“Ye Maklong” jawab Shila sambil tersenyum.

“Bila kamu mula bekerja?” soal papa Firdaus pula menyampuk.

“Saya suruh dia duduk kat rumah je Paklong.. jaga anak” jawab Borhan sambil tersengih. 

“Eloklah tu” jawab papa dan mama Firdaus serentak.

“Sekurang-kurangnya terurus sikitlah rumah tangga kamu tu” sambung papa sambil menjeling ke arah Firdaus. Firdaus perasan ada sindiran pada ayat papanya. Sengaja dia buat-buat tak dengar. Namun dia tidak menyalahkan papa dengan sindiran itu. Dua kali perkahwinannya gagal, dan sebagai ibu-bapa.. Firdaus tahu sikit sebanyak terselit perasaan kecewa dan susah hati dalam hati mereka bila melihat dirinya yang masih sendiri.

“Jomlah kita minum dulu..” ujar ibu kepada Shila yang sedang memegang talam berisi minuman, mengarah mereka semua ke meja makan.

“Jom Paklong.. Maklong.. duduk kat sana” Shila pula bersuara sambil mengangkat punggung. “Fir.. jomlah” ujar Shila sambil memandang wajah Firdaus dan Borhan silih berganti.

“Sekejap lagi kami pergi” jawab Borhan bagi pihak Firdaus.

“Hah! Ha! Mesti ada rahsia” sergah Shila tak berpuas hati sambil menjeling mereka tajam.

“Tak ada apa yang rahsia.. janganlah risau.. sembang pasal kerja je” Firdaus bersuara bagi menghilangkan syak wasangka Shila. Dia tahu satu ketika dahulu Shila pernah tidak menyukainya, dan itu amat meyakinkannya bila pada awal dahulu Shila tidak menyambut cinta Borhan atas alasan mereka sepupu. Ini semua kerana sikapnya yang tidak bertanggung-jawab.. berpoya-poya dan suka bermegah-megah membuatkan Shila takut Borhan juga bersikap sepertinya.

“Betul ni?” soal Shila lagi membuatkan Firdaus tergelak kecil.
“Betullll..” serentak dia dan Borhan menjawab.

“Macam mana di sana?” soal Firdaus sebaik saja Shila berlalu.

“China?” soal Borhan menaikkan keningnya bagi melengkapkan soalan Firdaus.

“Ye lah.. mana lagi” “Tak ada masalah.. aku ingat lepas ni nak oder direct je lah.. murah lagi dari pakai orang tengah”

“Baguslah macam tu.. nampaknya tak lama lagi semakin majulah perniagaan kau?”

“Harap-harap macam tu lah.. doa-doakan aku” jawab Borhan sambil tersenyum. “Lupa pulak! Aku ada beli buah tangan kat kau.. kejap aku pergi ambil” ujar Borhan sambil bangun menuju ke anak tangga.

Kesempatan itu Firdaus menatap wajah baby Borhan lama. Jari-jemari baby itu di pegang seketika, kemudian beralih pula ke jari kaki di mana saiznya hanya sebesar dua jari tangannya membuatkan Firdaus tersenyum sendiri.. kagum dengan ciptaan ilahi. Jauh di sudut hatinya timbul keinginan untuk memiliki anak sendiri. "Di manakah kau Mia" sambil mengusap-ngusap lembut pipi bayi Borhan, Firdaus memasang angan-angan. Untuk ke berapa kali Firdaus mengeluh lagi, bila mengenangkan usianya yang telah mengenjak ke angka tiga.. masih lagi tiada arah tujuan.

“Nah” Borhan menghulurkan dua helai tshirt sekaligus mematikan angan-angannya.
"Terima kasih.. ingat juga kau kat aku” ujar Firdaus sambil menyambut pemberian dari Borhan.

“Kat Maklong dan Paklong pun ada.. kejap lagi Shila bagi..” jelas Borhan sambil matanya melirik ke arah mama dan papa di meja makan.

“Pandai kau pilih Tshirt ni.. ngam dengan aku” puji Firdaus  sambil meletakkan tshirt tersebut ke badan. “Boleh aku pakai petang esok”

“Ada apa petang esok?”

“Eh! lupa pulak.. kalau kau ada masa, jomlah ikut aku dan my staff main badminton”

“Emmmm... Dalam pukul berapa?”

“Habis kejelah bro..” jawab Firdaus sambil tersengih.

“Nanti aku check dengan Setiausaha aku dulu.. takut-takut ada appointment kat luar.. tak sempat pula nanti”

“Kau dah dapat pengganti Shila?”

“Dah.. “ acuh tak acuh Borhan menjawab.

“Cepatnya.. bila yang engkau ambil?” soal Firdaus berkerut dahi hairan kerana setahu dia habis je cuti menjaga Shila selama seminggu terus sepupunya itu terbang ke China.

“Waktu aku kat China lah.. semua aku serahkan kat Mariam.. biar dia yang pilih.. takut nanti kalau aku pilih, ada orang cemburu pulak” jawab Borhan sambil menjeling kepada Shila yang sedari tadi asyik memandang dan memasang telinga.

“Eh! Shila.. tak risaukah dengan mat romeo ni?” usik Firdaus sengaja meninggikan suaranya.

“Tak..” jawab Shila sambil tersenyum.

“Amboi! dengar dia” ujar Firdaus tergelak kecil.

“Mestilah dia tak risau.. kau nak tau sebab apa?” ujar Borhan separuh berbisik sambil bibir menguntum senyuman nakal memandang Firdaus.

“Sebab apa?”

“Sebab awal-awal lagi dia dah letak syarat supaya penggantinya nanti kenalah perempuan yang sudah berumah-tangga.” Jelas Borhan sedikit mengeluh sambil berpura-pura kecewa

“Baru padan dengan muka kau” sindir Firdaus sambil ketawa.