Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Wednesday

Hati Emas 9

“Amboi comelnya... “ ujar mama Firdaus sambil mengagah anak Borhan. “Tak sangka sekejap je masa berlalu.. kamu pun dah lepas pantang ye Shila”

“Ye Maklong” jawab Shila sambil tersenyum.

“Bila kamu mula bekerja?” soal papa Firdaus pula menyampuk.

“Saya suruh dia duduk kat rumah je Paklong.. jaga anak” jawab Borhan sambil tersengih. 

“Eloklah tu” jawab papa dan mama Firdaus serentak.

“Sekurang-kurangnya terurus sikitlah rumah tangga kamu tu” sambung papa sambil menjeling ke arah Firdaus. Firdaus perasan ada sindiran pada ayat papanya. Sengaja dia buat-buat tak dengar. Namun dia tidak menyalahkan papa dengan sindiran itu. Dua kali perkahwinannya gagal, dan sebagai ibu-bapa.. Firdaus tahu sikit sebanyak terselit perasaan kecewa dan susah hati dalam hati mereka bila melihat dirinya yang masih sendiri.

“Jomlah kita minum dulu..” ujar ibu kepada Shila yang sedang memegang talam berisi minuman, mengarah mereka semua ke meja makan.

“Jom Paklong.. Maklong.. duduk kat sana” Shila pula bersuara sambil mengangkat punggung. “Fir.. jomlah” ujar Shila sambil memandang wajah Firdaus dan Borhan silih berganti.

“Sekejap lagi kami pergi” jawab Borhan bagi pihak Firdaus.

“Hah! Ha! Mesti ada rahsia” sergah Shila tak berpuas hati sambil menjeling mereka tajam.

“Tak ada apa yang rahsia.. janganlah risau.. sembang pasal kerja je” Firdaus bersuara bagi menghilangkan syak wasangka Shila. Dia tahu satu ketika dahulu Shila pernah tidak menyukainya, dan itu amat meyakinkannya bila pada awal dahulu Shila tidak menyambut cinta Borhan atas alasan mereka sepupu. Ini semua kerana sikapnya yang tidak bertanggung-jawab.. berpoya-poya dan suka bermegah-megah membuatkan Shila takut Borhan juga bersikap sepertinya.

“Betul ni?” soal Shila lagi membuatkan Firdaus tergelak kecil.
“Betullll..” serentak dia dan Borhan menjawab.

“Macam mana di sana?” soal Firdaus sebaik saja Shila berlalu.

“China?” soal Borhan menaikkan keningnya bagi melengkapkan soalan Firdaus.

“Ye lah.. mana lagi” “Tak ada masalah.. aku ingat lepas ni nak oder direct je lah.. murah lagi dari pakai orang tengah”

“Baguslah macam tu.. nampaknya tak lama lagi semakin majulah perniagaan kau?”

“Harap-harap macam tu lah.. doa-doakan aku” jawab Borhan sambil tersenyum. “Lupa pulak! Aku ada beli buah tangan kat kau.. kejap aku pergi ambil” ujar Borhan sambil bangun menuju ke anak tangga.

Kesempatan itu Firdaus menatap wajah baby Borhan lama. Jari-jemari baby itu di pegang seketika, kemudian beralih pula ke jari kaki di mana saiznya hanya sebesar dua jari tangannya membuatkan Firdaus tersenyum sendiri.. kagum dengan ciptaan ilahi. Jauh di sudut hatinya timbul keinginan untuk memiliki anak sendiri. "Di manakah kau Mia" sambil mengusap-ngusap lembut pipi bayi Borhan, Firdaus memasang angan-angan. Untuk ke berapa kali Firdaus mengeluh lagi, bila mengenangkan usianya yang telah mengenjak ke angka tiga.. masih lagi tiada arah tujuan.

“Nah” Borhan menghulurkan dua helai tshirt sekaligus mematikan angan-angannya.
"Terima kasih.. ingat juga kau kat aku” ujar Firdaus sambil menyambut pemberian dari Borhan.

“Kat Maklong dan Paklong pun ada.. kejap lagi Shila bagi..” jelas Borhan sambil matanya melirik ke arah mama dan papa di meja makan.

“Pandai kau pilih Tshirt ni.. ngam dengan aku” puji Firdaus  sambil meletakkan tshirt tersebut ke badan. “Boleh aku pakai petang esok”

“Ada apa petang esok?”

“Eh! lupa pulak.. kalau kau ada masa, jomlah ikut aku dan my staff main badminton”

“Emmmm... Dalam pukul berapa?”

“Habis kejelah bro..” jawab Firdaus sambil tersengih.

“Nanti aku check dengan Setiausaha aku dulu.. takut-takut ada appointment kat luar.. tak sempat pula nanti”

“Kau dah dapat pengganti Shila?”

“Dah.. “ acuh tak acuh Borhan menjawab.

“Cepatnya.. bila yang engkau ambil?” soal Firdaus berkerut dahi hairan kerana setahu dia habis je cuti menjaga Shila selama seminggu terus sepupunya itu terbang ke China.

“Waktu aku kat China lah.. semua aku serahkan kat Mariam.. biar dia yang pilih.. takut nanti kalau aku pilih, ada orang cemburu pulak” jawab Borhan sambil menjeling kepada Shila yang sedari tadi asyik memandang dan memasang telinga.

“Eh! Shila.. tak risaukah dengan mat romeo ni?” usik Firdaus sengaja meninggikan suaranya.

“Tak..” jawab Shila sambil tersenyum.

“Amboi! dengar dia” ujar Firdaus tergelak kecil.

“Mestilah dia tak risau.. kau nak tau sebab apa?” ujar Borhan separuh berbisik sambil bibir menguntum senyuman nakal memandang Firdaus.

“Sebab apa?”

“Sebab awal-awal lagi dia dah letak syarat supaya penggantinya nanti kenalah perempuan yang sudah berumah-tangga.” Jelas Borhan sedikit mengeluh sambil berpura-pura kecewa

“Baru padan dengan muka kau” sindir Firdaus sambil ketawa.

1 comment:

  1. Hi, lambatnya u update ur blog especially on this story ... lama betul menanti kesinambungan cerita ini .. anyway, I am still waiting patiently for this story to be updated every now and then ... Fr Aida "Perth"

    ReplyDelete