Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Tuesday

Hati Emas 8

“Saya Areena.. Setiausaha Encik Borhan”

"Menarik" detik hati Borhan nakal sambil merenung lama wanita yang baru sahaja memperkenalkan diri kepadanya. Sejenak dia mengerutkan dahi. Macam pernah dia lihat tapi dia tak pasti di mana. “Macamana kerja di sini.. dah boleh sesuaikan diri?” soal Borhan memulakan perbualan. Areena adalah Setiausaha baru yang dilantik bagi menggantikan isterinya yang cuti berpantang. Sudah dua minggu Areena bekerja di sini, cuma baru hari ini dia berpeluang bersua muka dan berkenalan. Sebelum ini mereka hanya berbual melalui talipon. Di mana setelah habis cutinya menjaga Shila dia terbang ke China atas urusan bisnes. Maka segala urusan temuduga dan pengambilan setiausaha barunya telah di serahkan kepada Mariam iaitu Pengurus dijabatan Pentadbiran.

“Boleh Encik” Mia menjawab sambil tersenyum.

Borhan tersentak, lamunannya terhenti. “Mengikut kata Puan Mariam.. awak baru datang dari Jitra ya?” soal Borhan disulami dengan batuk kecil. “Di mana awak tinggal?” Borhan menyambung lagi soalannya setelah melihat Mia menganggukkan kepala.

“Di sini saya menumpang kawan” perlahan Mia menjawab. Borhan mengangguk kepala namun sejenak dia terdiam terpaku memandang lama pada borang peribadi Areena. “Anak dan suami awak tak ikut?” soal Borhan sambil mengerutkan dahi memandang Areena. Sebenarnya dia merasa hairan mendengar jawapan yang baru diberi oleh Areena kerana mengikut catatan pada kertas yang dipegangnya menyatakan Areena sudah bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki. Namun terselit seribu persoalan bila dia perasan soalannya itu mengundang perubahan pada air wajah Areena. “Aku salah soalke?” detik hati Borhan namun setelah dia berfikir seketika rasanya tak ada apa yang salah dengan soalannya tadi kerana awal-awal lagi dia telah memberitahu Mariam agar memilih Setiausaha yang sudah berumah tangga kerana dia tidak mahu ada keraguan dan rasa tidak senang hati pada isterinya.. serta itu adalah salah satu syarat yang di letakkan oleh Shila sebelum berhenti kerja.

“Mereka di kampong” setenang yang boleh Mia menjawab perlahan. Masih lagi dia teringat kejadian pada hari pertama menjejak kaki ke sini untuk di temuduga, di mana sebelum Penyambut Tetamu menyerahkan borang Permohonan.. sempat gadis itu berbisik kepadanya bahawa pemilik syarikat ini memerlukan Setiausaha yang sudah berkahwin. Jawapan itu membuatkan dia dan Dila berpandangan serentak. Sejenak kenangan di tempat kerja lama mengimbau ingatan.. membuatkan idea gilanya datang spontan.. mungkin di sinilah tempat kerja yang di cari-carinya selama ini.. majikan yang bukan mata keranjang.. dan amat bersesuaian dengan dirinya dambakan kerja tanpa gangguan.. lalu sambil tersenyum kotak status Berkahwin di tandanya.

“Suami awak tak kisah? Saya tak nak kerja beberapa bulan.. tiba-tiba nak berhenti.. sebab tak tahan berjauhan” tegas Borhan menyoal menduga.

“Suami saya bisnes sendiri.. kecil-kecil je Encik.. InsyaAllah bila dah stabil sedikit dan dah dapat tempat tinggal selesa mungkin kami terus pindah ke sini” panjang lebar Mia menjelaskan. Terasa lucu mendengar kata-katanya sendiri tapi cuba dia menahan diri dari ketawa.

“Senang sikit hati saya mendengar penjelasan awak ni Areena.. hmm.. lupa pulak.. berapa orang anak awak?” soal Borhan sambil meletakkan fail peribadi Mia ke tepi tanpa meneruskan bacaannya. Satu soalan yang sudah dia ketahui jawapannya.

“Seorang saja Encik.. Rizal.. baru berumur 3 tahun lebih” jelas Mia sambil tersenyum. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa rindu pada Rizal. Cepat-cepat dia menyabarkan dirinya menanti Jumaat yang akan kunjung tiba.

“Hmm.. baiklah, awak boleh balik ke tempat awak.” Ujar Borhan berpuas-hati.

“Terima kasih encik” jawab Mia sebelum beredar dari situ.

Sebaik saja Mia berlalu. Borhan mengetuk-ngetuk meja dengan jari jemari cuba mengingati sesuatu. “Di mana.. di mana..” berkerut-kerut dahinya berfikir. Sejenak dia tersentak bila talipon bimbitnya berbunyi.. “Hai sayang” jawabnya sambil tersenyum.

1 comment:

  1. wow long time no see. I think around 3-4 years lefy n now reading back the same stories. Cik writer bila ya awk nk habiskan story ni? Dah lama tperam. Klu nk jual dlm e-novel silakan. sy mmg nk tau kesudahan ceta ni. Klu nk bukukan okay jugak, cuba la anta pd publisher. I know you have a lot of stories that you keep. ;D

    ReplyDelete