Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Tuesday

Sebuah keputusan

“Kenapa Lis cakap macam tu kat abah?”

“Cakap apa?”

“Yang Lis dan adik-adik nak tinggal dengan atuk dan nenek kat kampung”

“Salahke kalau Lis nak tinggal kat sana?”

“Salah tu tidaklah.. tapi tak kesian ke kat abah nanti”

“Alah! Abah kan nanti ada pengganti.. time tu dah tak perlukan kami lagi”

“Tak baik Lis cakap begitu.. tak ada siapa yang mengganti..”

“Habis tu apa?”

“Cuma... cuba Lis fikirkan sejenak.. masa depan kelak bila Lis habis tingkatan lima kemudian dapat masuk universiti lepas tu kahwin.. siapa yang akan jaga makan minum abah nanti?”

“Alasan.."
"Alah yang sebenarnya semua orang dah tak sayangkan ibu?”

“Bukannya tak sayang.. sayang sangat-sangat pada arwah ibu kamu.. tapi kita perlu ingat setiap yang hidup pastikan mati Lis.. dan abah Lis perlukan seseorang untuk menemani hari tuanya nanti"



"Argh! buntu aku"
Batin Alissa menjerit. Dia menurunkan selimut lalu mengiring ke sebelah kanan. Tak lama kemudian mengubah kearah kiri pula. Perbualannya dengan maksu petang tadi terngiang-ngiang, benar-benar mengganggu emosi saat ini, lantas membuatkan mindanya berkerja keras mencari jalan penyelesaian.

"Keputusan?" Jerit Alisa dalam hati. "Aduh! Keputusan apa yang harus aku berikan..
Argh! Tension! Tension!" Lantas Alissa bangun dari pembaringan. Gambar ibunya diambil dan ditatap. Perasaannya sukar di terjemahkan.



"Lis.. “

“Ya bu”

“Kalaulah ibu dah tiada lagi....”

“Ibu janganlah cakap macam tu”

“Jangan menangis Lis... ibu tahu Lis seorang anak yang baik, sayangkan ibu Cuma penyakit ibu ni...”

“Setiap penyakit ada ubatnya ibu....”

“Kecuali matikan?”

“Sudahlah bu.. jangan cakap lagi.. ibu tidur ya”

“Dengar sini Lis.. sekiranya ibu tiada lagi dan abah ingin berkahwin.. Lis bawalah adik-adik tinggal dengan atuk dan nenek ye sayang...”



Sekali lagi kenangan lalu menghimpit minda dan menyucuk-nyucuk cuping telinga. Agaknya memang malam ini aku perlu membuat keputusan, baiklah kalau macam tu.... Cik Selimut, Cik bantal peluk.. ketepi.. aku nak bangkit buat perhitungan..
Jendela ku hampiri lalu ku buka agar bayu malam membelai tubuh ini. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya aku ada masalah, di sinilah tempat aku mencari ketenangan. Dengan bendang yang luas terbentang mengelilingi rumah banglo dua tingkat hasil ilham arwah ibu cukup mendamaikan, apatah lagi pohon-pohon nyiur muda yang melambai-lambai bisa melupakan segala masalah yang berperang di jiwa. Sejenak aku mendongak ke langit, kelihatan pula bintang-bintang bergemerlapan di angkasa sungguh menarik sekali. Alangkah seronoknya kalau aku dapat bersama-sama Dr. Muzaffar ke sana. Ha! Ha! Ha! Inilah masalahnya dengan diri aku ni kalau sudah berdiri di sini, lebih banyak berfantasi dari cuba menyelesaikan masalah diri.
Masalah oh masalah.. mengapa hidup ini perlu ada masalah?

-Fikir Lis.. fikir.. jangan berkhayal
-Okey.. okey I’m serious now
-Nak bagi kahwin atau tidak? Kahwin? Tidak?



“Eh! abah buat apa kat luar?”Tiba-tiba Alissa terpandang seseorang di laman.
“Tengah malam macam ni”

Ingin aku menegur abah yang sedang berjalan menuju ke laman rumah. Namun bila teringatkan perang dingin antara aku dan abah membuatkan aku membatalkan saja niat di hati.
Peduli apa aku?
Biarpun hati kecilku rasa geram dengan usul ayah tempoh hari tetapi jauh di sudut hati masih jua ada terselit rasa simpati kepada abah. Kejamkah aku?



Arghhhhhhh.... jerit batin Fareez apabila teringatkan anaknya Alissa.
Fareez buntu tika ini. Sungguh dia tidak menyangka bicaranya tempohari mengundang amarah dan rajuk berpanjangan dari Lis. Saat ini jiwanya tertekan, antara kasihkan anak-anak dan tuntutan naluri. Ingin saja dia menjerit agar dapat melepaskan rasa perit batinnya yang sekian lama terkurung.
Duhai anak-anakku.. ketahuilah.. apa yang abah lakukan ini bukanlah bermakna abah tidak lagi menyayangi arwah ibu.. sampai saat ini tidak pernah pudar kasih sayang abah kepada ibu Cuma.....
Argh! bolehkah mereka memahaminya.... jeritan batinku????



"Itu alasan abah saja... bukankah selama ini.. adik-adik abah hantar ke rumah MakTon?”

Memang benar kata-kata Lis itu. Fareez meraup wajahnya seketika bila mana terngiang-ngiang kata-kata Lis tempohari. Memang benar rumah MakTonlah tempat anak-anaknya singgah sewaktu dia keluar bekerja. Namun.....
Tuntutan batin! itulah jawapan yang tepat. Empat tahun anakku.. abah bersendirian melayari malam-malam, itu belum termasuk tiga tahun ibumu sakit. Argh! maaf! Bukan bermaksud abah mengukit Cuma....
Bolehkah anak-anakku memahami? Jeritan batin seorang lelaki?


Fareez melepaskan satu keluhan panjang.

“Eh! Lis” bisik Fareez bilamana ketika dia mendongak, terlihat dia akan Lis yang sedang memerhatinya dari jendela. Lantas dia menggamit agar Lis turun bersamanya menghirup udara malam di laman rumah.

“Tak boleh tidur?” soal abah sebaik saja aku tiba di situ.

“Abah pula?” tanyaku tanpa menjawab pertanyaan abah. Lalu abah memandang wajahku lama sebelum mengukir senyuman. Sah! Abah juga seperti aku.. sedang berfikir tentang masalah yang sama.

“So” serentak aku dan abah bersuara.

“Hmm.. Lislah dulu” ujar abah agar aku memulakan bicara. Sambil tersenyum aku memandang abah.
“Abah ingat tak waktu mula-mula rumah ni siap dulu... abah cakap abah nak tanam pokok cabai lah.. kucailah.. tapi...”

“Tapi.. tanam lalang? Rumput? Begitu?” celah abah sambil tergelak kecil. Aku turut ketawa juga, bukanlah kerana gelihati tapi entah mengapa aku merasa terhibur bila melihat abah ketawa begitu. Sejenak abah menggosok-gosok kepala aku sebelum menjawab. “Abah tiada masa lah sayang”

Aku memandang abah yang tika ini sedang mendongak ke langit, mungkin sedang menghitung bintang... atau barangkali sedang mencari ketenangan atau cuba menyembunyikan sesuatu dariku.. argh! aku pun tak pasti. Namun jawapan abah yang mengatakan tidak ada masa mungkin adalah jawapan yang terbaik bagi soalan aku. Bila di imbau kembali, sewaktu rumah ini 60% dalam pembinaan, abah terlalu sibuk menjaga ibu yang sakit serta melayan kami adik beradik dan bila 100% rumah ini siap, ibu pula pergi buat selama-lamanya justeru itu mungkin abah sudah hilang minat untuk meneruskan impiannya ditambahkan pula dengan terbatasnya masa kerana terpaksa bekerja disamping menjaga kami serta menguruskan rumah tangga.

“Abah penat ye?” lancar lidahku menutur kata. Sebuah senyuman manis terukir di bibir abah.
Handsome juga abah aku ini ya! Patutlah masih ada orang hendak, sempat hati nakalku berbicara.

“Kadang-kadang” abah menjawab tenang.

“Kesian ye abah.. semua kena buat sendiri”

“Itu sudah tanggung-jawab abah sayang”
“Kalau boleh abah nak tengok anak-anak abah membesar dengan sempurna.. dan kalau diizinkan Allah dan dipanjangkan umur abah ingin sekali melihat Lis dan adik-adik berjaya, berumah-tangga sehinggalah beranak pinak” ucap abah masih lagi dengan senyuman menghiasi bibir.

Aku tersenyum mendengar celoteh abah. Kahwin! Hi hi hi bunyi macam best je.. best ke kahwin? Alahai! Biarpun aku masih remaja, kadang-kadang bila ada masa terluang sering juga aku berkhayal tentang jejaka idaman. Kalau boleh aku nak lelaki itu seorang yang matang.. baik hati, pandai bab-bab agama, handsome, berkerjaya, ada kereta mewah, ada wang (hehehe..).. tapi adakah lelaki-lelaki bujang di luar sana begitu? Kalau ada pun mesti dah jadi milik orang..

“Kalau boleh abah nak semua anak-anak abah berjaya dunia dan akhirat... Lis! Lis!”

“Hah! Apa dia abah?”

“Bertuah! Berangan pulak dia”

“Bukan beranganlah bah.. sedang berfikir ni” jawabku cuba berdalih, lantas terbang semua fantasi tentang lelaki idamanku.
Sejenak aku memandang abah yang sedang menaikkan kening menantikan kata-kata dariku.

“Abah nak kahwin?” agak teragak-agak aku menyoal.

Fareez tergamam mendengar soalan dari anak gadisnya. Sangkanya Lis tidak akan mengungkit lagi, tidak pula dia sangka perkara ini dibangkitkan semula.

Melihat abah diam, menjadikan aku dalam keadaan serba salah. Kucuba mengumpul kekuatan untuk berbincang dari hati ke hati dengan abah, biar terlerai kekusutan yang tersimpul.
“Abah tak sayangkan Lis dan adik-adik?” lancar sekali lidahku menyoal. Aku perasan abah terkejut dengan pertanyaan ku ini.

“Dalam dunia ni mana ada seorang bapa yang tak sayangkan anaknya”

“Kalau sayang.. mengapa abah mesti kahwin?”
Sekali lagi lidahku lancang bertanya, biarpun sedikit menyesal namun aku tak mampu menahan gelodak di jiwa yang membuak-buak inginkan jawapan.

Fareez memandang wajah anak gadisnya lama. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Jawapan bagaimanakah harus dia lontarkan agar bisa menjelaskan isi hati serta mudah untuk Lis memahaminya.

-Abah kesunyian!
-Abah perlukan teman untuk melayani malam-malam abah!
-Argh! Gila! Tentu Lis berfikir yang aku ini tua tidak sedarkan diri!

Tapi! Tuakah aku? Umurku belumpun mencecah 50 tahun..
Sambil melepaskan satu keluhan panjang, Fareez meletakkan kedua tangannya ke belakang tengkok sambil mendongak ke langit.

Melihat abah yang sekali lagi merenung panjang ke dada langit membuatkan hati aku sedikit tersentuh.



“Cuba Lis fikirkan apa akan jadi pada abah bila Lis dan adik-adik habis belajar, bekerja dan berumah-tangga nanti.. siapa akan jaga abah?”
“Dan......”

“Kalau Maksu suka sangat abah kahwin... hah! Kahwinkan je lah.. buat apa tanya Lis lagi” cepat-cepat aku memintas cakap Maksu. Aku benar-benar radang dengan adik kepada abahku ini kerana cara percakapannya seolah-olah ibu sudah tiada tempat lagi di hati mereka.
“Tapi.... “

“Tapi Lis dengan adik-adik tak mahu tinggal dengan abah” kali ini Maksu pula memintas cakapku.

“Tahu tak pa” ingin sekali aku menjawab begitu tetapi hanya di dalam hati. Masih ada lagi rasa hormatku buat wanita berpangkat ibu saudara kepadaku.

“Maksu faham.. itu adalah permintaan ibu Lis.. tapi waktu tu ibu kan sakit.. macam-macam yang arwah fikirkan.. di sebabkan sayangkan Lis dan adik-adiklah mungkin ibu Lis berpesan begitu.. dan andainya Maksu di tempat ibu Lis pun Maksu akan berpesan begitu.. tapi Lis kan dah dewasa tentu boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.. tak mungkin abah Lis akan mengabaikan anak-anaknya.. percayalah”
“Baiklah Maksu takan paksa Lis lagi, tapi sekurang-kurangnya cubalah Lis fikirkan apa yang Maksu katakan tadi ya”



Kata-kata Maksu siang tadi kembali terngiang-ngiang di telinga. Wajah abah ku tatap lama, kelihatan tenang. Namun biarpun begitu, dari air wajah abah bagaikan meluahkan sepi sekeping hati yang tersimpan sekian lama.
“Abah!”

“Ya sayang”

Entah mengapa tiba-tiba hatiku merasa sebak sekali. Aku tahu aku tak sepatutnya mementingkan diri sendiri. Seperti mana aku yang impikan kehadiran seorang lelaki dalam hidupku kelak, begitu jua abah yang kini keseorangan. Aku sedar setiap manusia tidak kira tua muda mempunyai nafsu, cita-cita dan impian serta naluri masing-masing. Siapalah aku untuk menghalangnya. Bukankah hidup ini hanya sebuah persinggahan. Sejenak aku menarik nafas panjang-panjang. Harapan dan doaku semoga keputusan ini akan membahagiakan abah, adik-adik dan semua orang dan yang paling penting membahagiakan diriku sendiri. kerana sesungguhnya perkara yang paling membahagiakan kita ialah bila melihat orang lain bahagia, lebih-lebih lagi orang itu orang yang kita sayangi.

“Eh! kenapa ni Lis...” cemas abah bertanya bila air mataku mula tak mampu disembunyikan lagi.

Sejenak ku kumpulkan kekuatan dan dengan lafaz bismillah..
“Kahwinlah bah, Lis dan adik-adik takan menghalang”

Hati Emas 2

Firdaus memboloskan diri keluar ke lobi seketika setelah penat melayan para tetamu. Penat berdiri Firdaus duduk. Firdaus mencapai sebuah majalah yang berada di situ. Helaian demi helaian diselak. Matanya terpaku pada satu helaian yang memaparkan gambar yang tiba-tiba menyesakkan dada.


“You ni mengapa Maria.. tak cukup ke apa yang I bagi selama ini.. sampai you terkejar-kejar siang dan malam memperagakan badan pada orang ramai”

“Hey! you dah lupa.. modelling adalah minat I.. you jangan pula sekarang ni memandai nak menghalang”

“I tahu.. tapi sebagai my wife you kenalah jaga maruah I dan keluarga.. ini tidak ke hulu hilir berkepit dengan jantan..”

“Bila I berkepit dengan jantan hah?”

“You masih tak nak mengaku” bulat mata Firdaus mendengar penafian yang di buat oleh Maria.

“Ini apa?” marah Firdaus sambil menyerahkan majalah yang memaparkan gambar Maria berpelukkan dengan seorang model lelaki.

“Hey! ini perkara biasalah.. takan you tak faham kerja I” balas Maria sambil melemparkan majalah tersebut ke muka Firdaus.

“Kurang Ajar” ujar Firdaus, sambil spontan menampar Maria.

Terperanjat dengan tindakan Firdaus, tanpa membuang masa Maria berlari ke kamar dan memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Kali ini dia tekad untuk meninggalkan Firdaus.

“You nak kemana?” soal Firdau bila melihat Maria bergegas ke muka pintu bersama beg pakaian.

“I nak keluar” Maria menjawab kasar.

“I tak benarkan you keluar.. masuk” Firdaus bersuara tegas, cuba menghalang dengan menarik tangan Maria. Namun Maria enggan. Firdaus cuba berlembut sambil memujuk Maria.

“Hey! you ni siapa nak halang I” jerit Maria merentap tangannya dari di pegang Firdaus.

“I ni suami you” pujuk Firdaus sambil menarik beg yang dipegang oleh Maria.

“Suami? Hah! Nama je suami tapi habuk pun tadak”

“You jangan menghina I Maria” ujar Firdaus menahan sabar.

“Apa you ingat I takut dengan you hah?..dan I tak boleh hidup sorang…? hey! I dah muaklah hidup dengan you.. setahun hidup dengan you.. apa yang I dapat? .. nothing.. sebaliknya you kawal hidup I.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. I dah meluat.. benci you tahu..I nak bebas.. bebas…” luah Maria sambil menjerit.

“Baiklah kalau itu yang you mahu..” ujar Firdaus teragak-agak, ada kesayuan pada nada suaranya.

“I’m waiting Firdaus..” Maria bersuara bongkak. “takan you tak biasa pulak..” sindir Maria mengingatkan Firdaus tentang lafaz talaknya kepada Mia dahulu.

Firdaus meraup wajahnya seketika menahan marah. Akhirnya dalam keterpaksaan dia terpaksa membiarkan Maria meninggalkan rumah. Beberapa bulan mereka hidup berasingan. Biarpun pelbagai cara diguna untuk memujuk wanita itu namun tidak berjaya dan buat kali kedua penceraian berlaku lagi dalam hidupnya.





“Tahniah” ucap Tan Sri Umar kepada Firdaus sambil menepuk-nepuk bahu anak muda itu bangga dengan kejayaan Firdaus mengendalikan syarikat bapanya dimana tak sampai setahun mengambil alih sudah menempa kejayaan demi kejayaan.

Suara itu mematikan lamunan Firdaus. Pantas dia berdiri sambil tersenyum.

“Tentu you bangga dengan dia Faruk” Tan Sri Umar mengalihkan matanya memandang bapa Firdaus pula.

“Bolehlah… adalah sikit kemajuan berbanding empat tahun yang lepas” balas Datuk Faruk merendah diri mendengar pujian yang diberikan kepada anak sulungnya Firdaus.

Firdaus tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut papanya yang berupa sedikit sindiran. Tertunduk dia seketika mengingati bagaimana dahulu betapa lalainya dia serta tiada langsung sikap bertanggung-jawab dalam menguruskan serta mengendalikan syarikat yang diamanahkan oleh papa, sehinggakan pernah satu ketika perniagaan mereka hampir bungkus disebabkan masanya banyak dihabiskan dengan hiburan bersama Maria, namun perpisahan yang terjadi menyedarkan Firdaus tentang erti penghidupan lalu dia nekad untuk bangkit semula.

“Janganlah ungkit perangai Fir yang lalu pa” ujar Firdaus sambil tergelak kecil.

“Papa kamu bukan mengungkit Fir tapi mengingatkan” usik Tan Sri Umar turut ketawa kecil.

“Jangan buat lagi” pesan Faruk sambil menjegilkan mata memandang Firdaus,membuatkan sejenak meletuskan tawa ketiga-tiga mereka.

“Excuse me” tak lama kemudian, Firdaus meminta diri untuk masuk semula ke dalam dewan bila melihat kelibat rakan-rakannya yang baru tiba.

“Dah empat tahun Faruk.. Fir masih sendiri lagikah?” soal Tan Sri sebaik Firdaus berlalu, cuba mencungkil rahsia hati anak muda berbakat besar itu.

“Begitulah Umar, katanya dah serik” jawab Faruk sambil melepaskan satu keluhan.

“Kau tak pernah cuba memujuk dia kah untuk kahwin lagi?”

“Ada, tapi dia tak nak.. hatinya macam dah tertutup dan mungkin juga…” Faruk diam seketika mengingatkan betapa hidup Firdaus terumbang-ambing selepas penceraiannya dengan Maria. Firdaus juga seperti orang sasau melilau kesana sini mencari bekas isteri pertamanya Mia untuk memohon maaf di atas segala kesilapan namun hampa bila di khabarkan Mia sekeluarga telah berpindah malah jiran-jiran juga tidak tahu arah tujuan dan destinasi mereka sekeluarga.

“Dan apa Faruk?” soal Tan Sri bila agak lama Faruk terdiam.

“Mungkin juga dia teringatkan segala kesalahan yang pernah dia lakukan kepada Mia”

“Mia?” ujar Tan Sri cuba mengingati sesuatu. “Ohh.. bekas isteri pertama Fir, anak cikgu Roslan tu?”

“Ya.. dan dah lama kami tak bersua” jawab Faruk lemah.

“Dah empat tahun Faruk…langsung you all tak kesana? Eh! Kenapa tak suruh saja Fir jengok mereka kat sana?”

“Dah pindah” lemah suara Faruk menjawab

“Pulak..jadi kat mana dia orang tinggal sekarang?”

“Entah” jawab Faruk bersama keluhan.

“Entah-entah si Mia tu dah kahwin lain” teka Tan Sri Umar perlahan sambil memandang Faruk lama.

Faruk membalas renungan rakannya itu sambil dalam hatinya masih menaruh harapan agar dapat berjumpa semula dengan Roslan sekeluarga lebih-lebih lagi dengan bekas menantunya Mia.

Friday

Benarkah Cinta 3

Bicara diari


Malam ini entah mengapa sukar sekali Sarah melelapkan mata. Jam di meja tulis menunjukkan angka dua belas. Sarah bangun dari pembaringan lalu menambah kelajuan kipas angin,kemudian kembali ke katil semula dan menarik selimut menutupi paras dada. Namun dia masih gagal melelapkan mata.

Lantas Sarah bangun dan menghampiri jendela. Dia membuka sedikit jendela bagi menghirup udara segar malam. Suasana malam sungguh sepi dan hening menyebabkan dia merasa sayu. Entah mengapa dia merasa begitu sepi dan keseorangan. Sejenak dia teringatkan sesuatu. Lantas dia ke meja tulis membuka laci. Dia mengeluarkan sebuah diari biru muda kepunyaannya. Sudah lama dia tidak menitip bicara meluahkan rasa hati. Lalu dia mencapai pen sambil menyelak helaian demi helaian mencari ruang baru.

Kak Salwa,
Diam tak diam hampir 9 bulan kakak pergi meninggalkan Sarah dan Syafiq. Rindunya Sarah pada kakak…..

Kak,
Sarah betul-betul sunyi kak, namun Sarah perlu redha denganNya, kan kak? Hanya Syafiq tempat Sarah menumpang kasih. Apapun Sarah bersyukur, ketika kejadian tersebut Sarah sudahpun menamatkan pengajian dah telah menghadiri beberapa temuduga kerja. Tahu tak kak? Sarah kini dah bekerja. Selepas 2 bulan kakak meninggalkan kami Sarah memulakan pekerjaan di Damai Construction sebagai Setiausaha, Sarah tak memilih kak..walaupun di luar bidang yang Sarah ambil, Sarah terima.
Lupa pula kak, selepas seminggu kakak tiada, ummi Faridah dan Abah Hakim datang mencari Sarah dan Syafiq. Mereka dah banyak berubah kak, Syafiq sudah diterima dalam keluarga mereka, tunas-tunas kasih antara mereka dan Syafiq mula berputik tapi Sarah…… entah apa yang merasuk Sarah agaknya kak, sepatutnya Sarah bersyukur tapi Sarah jadi takut…takut kak…takut sangat-sangat… takut sekali lagi kehilangan…kakak, abang Hisyam, ??? ahhh….

Maafkan Sarah kerana memisahkan kasih sayang yang baru terjalin di antara cucu dengan datuk neneknya. Sarah tahu keputusan Sarah untuk membawa bersama Syafiq berhijrah membuat hati Ummi Faridah dan Abah Hakim terluka….

Kak,
Sarah sangkakan Sarah tabah, tapi tidak kak…tidak…Sarah silap… Soalan pertama di tanya jiran ketika berpindah berkenaan ayah Syafiq…Sarah jadi tergamam…apa jawapan perlu Sarah berikan??? andai Sarah kata Syafiq anak saudara bolehkah mereka percaya kerana Syafiq memanggil Sarah MAMA…andai Sarah berdiam tentu mereka sangka Sarah seorang ibu tunggal atau memikirkan yang bukan-bukan dan bolehkah mereka menerima Sarah??? demi menjaga maruah dan perasaan diri sendiri akhirnya kak…Sarah mengkhabarkan mereka yang ayah Syafiq bekerja di luar negara….. berdosakah Sarah??? Sudah 6 bulan itu status yang Sarah bawa dan jaja…entah sampai bila kak????



Sarah berhenti seketika dari menulis dan menoleh ke arah katil Syafiq apabila mendengar Syafiq batuk. Lantas dia menutup diari biru muda kesayangannya dan meletakkan semula ke dalam laci. Perlahan katil Syafiq Sarah hampiri. Wajah anak kecil itu ditatap lama dengan penuh kasih sayang. Lantas dia mencium dahi Syafiq dan kemudian membetulkan selimut. Sekilas Sarah memandang jam meja. Lalu Sarah melepaskan keluhan. Esok dia perlu bekerja. Lantas Sarah kembali ke katil dan cuba melelapkan mata.





Di Damai Construction


Dengan berhati-hati Sarah menutup pintu takut mengganggu perbualan talipon bosnya, sambil memberi sebuah senyuman tanda salam,berhati-hati Sarah mengatur langkah kearah Encik Haziq lalu menarik kerusi perlahan-lahan apabila Encik Haziq memberi isyarat tangan agar dia duduk.

Setelah agak lama dia menjadi seperti patung hidup di dalam bilik itu, Sarah mula jadi gelisah, berfikir-fikir samada nak keluar semula atau tak, sekilas Encik Haziq dipandang untuk membuat isyarat keluar, tapi tak berpeluang. Entah apa yang dibualkan, kelihatan serius sekali wajah Encik Haziq dan sesekali mengerut dahinya sambil sebelah tangan mengetuk-ngetuk meja dengan pen yang dipegangnya.

“Bising” desis Sarah di dalam hati sambil menjeling seketika ke arah bosnya sebelum membuang pandang ke arah tingkap bilik.

“APA AWAK KATA???” Haziq bertanya di dalam hati apabila dia melihat Sarah seakan-akan tidak senang memandangnya.

“Alamak! dengarkah aku mengata dia di dalam hati? bahaya ni. Agaknya dia ada kuasa minda kot??” Sarah berteka-teki di dalam hati kerana ketika dia mengalihkan pandangannya dari tingkap, Encik Haziq merenung tajam ke arahnya sambil mengangkat kening.
Sarah cuma tersengih-sengih apabila dipandang begitu. Tidak selesa dengan keadaan itu, Sarah mengeluarkan pen dan buku nota dari poket blazernya dan melakarkan gambar Spongebob dan rakan-rakan dasar lautnya iaitu satu watak kartun yang di gemarinya. Encik Haziq di pandangnya sekilas, “aik..berdiri pulak? kejap duduk..kejap berdiri..mesti bagus punya projek” gumam Sarah didalam hati. Habis helaian pertama dilukis, diselaknya pula helaian lain lalu di lukiskan gambar Pingu iaitu sebuah kartun yang berkisarkan kehidupan haiwan-haiwan Penguin.

“Apa yang awak tulis tu?” sergah Haziq apabila dia melihat begitu asyik Sarah melakar-lakar sesuatu di buku notanya.
“Awak tulis apa yang saya bualkankah?

“Eh..taklah..tak ada” jawab Sarah tergagap-gagap. Terkejut ekoran disergah tiba-tiba.

“Apa yang taklah, apa yang takda?” sengaja dia menyoal begitu kerana ketika dia hendak duduk selepas meletakkan talipon, dia ternampak gambar-gambar kartun yang dilukis oleh Sarah. Hampir meledak tawanya melihat seorang yang dah bergelar ibu masih meminati kartun.

“Nanti selepas lunch saya tak masuk ofis, jangan aturkan apa-apa temujanji untuk saya petang ni” lembut tutur Haziq apabila dia melihat Sarah terkulat-kulat mencari jawapan apabila disergah tadi.
“And.. please beritahu Encik Osman saya nak lapuran lengkap berkenaan projek di Gurun sebelum pukul 10 pagi esok dan satu lagi suruh Hamzah siapkan proposal berkenaan projek di Bandar Puteri Jaya hari ni juga, pagi-pagi esok saya nak lihat semua tu ada diatas meja saya. Sebelum terlupa, pukul 3 sepatutnya saya kena ke Majlis Perbandaran, awak minta Lim untuk gantikan saya.”

Amboi! mak datuk banyaknya.. semua last minute, gumam Sarah di dalam hati. Mesti melompat up and down anak-anak buah Encik Haziq nanti. Sambil tersenyum Sarah membayangkan reaksi mereka.

“Yang awak tersenyum kenapa?”

“Eh! takda apa…”sedikit tergagap Sarah menjawab. “Itu saja Encik?”

“Hmmm….satu lagi, bila kali terakhir kita adakan mesyuarat untuk semua? minggu lepas tak adakan?”

“Minggu lepas memang tak ada, nanti saya periksa”

“Pagi esok, mungkin saya sibuk sikit, awak cuba aturkan kita bermesyuarat di sebelah petang”

“Ok, nanti saya forward minutes of meeting, ada apa-apa lagi Encik?”

“Hmmmm…”

Panjang pulak Encik Haziq berfikir, sebelum apa-apa baik aku angkat kaki. Detik hati Sarah.
“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah” terus Sarah mengatur langkah ke pintu.

“Aik, belum apa-apa dah keluar, Sarah! Sarah!” ucap Haziq sambil tersenyum selepas pintu biliknya ditutup.

Benarkah Cinta 2

“Papa, pulang lewat lagi..kan papa janji kita nak pergi shopping-shoping..cuci-cuci mata.. sambil jalan-jalan cari makan..” laju ja ayat yang keluar dari mulut Nabila anak Haziq.

“Ala lewat apanya sayang, kan baru pukul 7 lebih..” Haziq membela diri. Dia tergelak kecil melihat gelagat Nabila sedang marah. Itulah satu-satunya buah hati pengarang jantung. Nabila adalah kekuatan dirinya. Walaupun dia dan ibu Nabila sudah berpisah namun dia bernasib baik kerana bekas isterinya memberikan hak penjagaan Nabila kepadanya.

“Janji pukul 6 ni dah pukul 7.30malam… kan papa tu bos, balik je..suruh orang lain buat kerja tu..takda siapa yang boleh marahkan??” balas Nabila lagi sambil memuncungkan mulutnya.

Marahlah tu..pot pet pot pet..ngalahkan neneknya pulak. Haziq mengomel didalam hati.

“Tu yang senyum sorang-sorang, kenapa?”


Haziq tersengih lebar mendengar suara ibunya. "Baru teringat dah muncul ibu ni macam tau-tau aku sedang mengata" bisik hati kecil Haziq.
“Ayah mana bu?” Haziq bertanya sambil menyalami tangan ibu, satu perkara rutin yang di didik oleh ibu setiap kali keluar atau kembali ke rumah.

“Ayah ke masjid. Kamu tu, kenapa lambat? kesian ibu tengok si Ila tu, menunggu-nunggu kamu dari tadi. sambung ibu lagi.

“Maaflah bu..sibuk sikit hari ni..pukul 4 tadi.. Datuk Rosman datang ofis ajak ziq pergi tengok tapak perumahan di Gurun..itu yang lambat sikit..”

“Bukan dengan ibu kamu kena minta maaf..tapi..tu..” sambil ibu memuncungkan mulutnya kearah Nabila.

Haziq mengangguk kepala, lalu mengaturkan langkah ke ruang tamu dan duduk sebelah Nabila.
“Maafkan Papa ya” Ila diam sambil memalingkan muka. Haziq mencuba sekali lagi masih tiada respon terus Haziq berdiri dan menyanyi mengikut irama lagu P. Ramlee “Maafkan Papa..Maafkan Papa..Maafkan Papa” akhirnya berkesan bila kelihatan senyuman terukir di wajah Nabila. Sesungguhnya dia tahu rajuk anaknya itu tidak pernah lama.

"ok..ok..tapi papa janji denga Ila jangan buat lagi..”

“hmmmmm..nanti papa fikir dulu.. hmmmm…the answer is….NO” usik Haziq sambil menggeletek Nabila. Nabila menjerit-jerit kegelian.

“Ha sudah!sudah! nanti terlepas maghrib, cepat pergi bersiap” marah ibu melihat habis bertaburan bantal-bantal hiasan sofanya diruang tamu.

“Jom Ila..nenek dah nak bertukar jadi Hulk”

Terkekeh-kekeh Ila ketawa sambil meniru gaya Hulk menyakat neneknya.



[Di Tesco Extra]

“Kita nak cari apa ni pa?” soal Nabila.

“Le…kan Ila yang cakap..pergi shopping-shopping, cuci-cuci mata, jalan-jalan cari makan kan???” kata Haziq sambil mengajuk kata-kata Nabila.

“Ila, letihlah pa..jom kita makanlah”

“Ok jom”

Betul kata Ila, perut pun dah berdendang lagu keroncong, lagipun satu Tesco kami dah pusing.

"Alahai ramai orang pulak..takde tempat duduk kosong pula" rungut Haziq dalam hati. Dengan berhati-hati membawa dulang berisi makanan dan minuman Haziq mencari tempat duduk.

“Asssalamualaikum, Encik Haziq” tiba-tiba satu suara menyapa. Tersentak Haziq melihat empunya suara.

“Waalaikumsalam, eh..Sarah” “buat apa kat sini” tanya Haziq bodoh.

“Cuci kereta” seloroh Sarah sambil tersenyum.

“If you don’t mind, boleh kami duduk sini?” soal Haziq ragu-ragu, mana nak tahu kot-kot suaminya ada bersama.

“Come join us, cuma saya dan my son Syafiq, lagipun ini kan tempat public, duduklah kami pun dah nak habis ni”

“Ini mesti Nabila kan?” kata Sarah sambil memandang kepada Ila.

Sambil tersengih-sengih Ila mengangguk kepalanya sambil menghulur tangan untuk bersalam.

“How old is he, auntie?” petah pula Nabila hari ini, selalunya agak pemalu bila berjumpa dengan orang yang tak kenal.

“4 tahun, Syafiq salam uncle and kakak Nabila” arah Sarah sambil menurunkan Syafiq dari pangkuannya.

“Oh! I’m 6 years old. So, call me kak Ila.”

“Boleh Ila ajak Syafiq main kat situ” Nabila meminta kebenaran Sarah sambil menunjukkan ke arah tempat permainan kanak-kanak yang berada cuma di hadapan kami.

“Boleh kami pergi sana, pa?” Nabila beralih kepada Haziq pula meminta izin.

“Ok, but becareful” Haziq memberi kebenaran begitu juga Sarah. Lagipun tempat tu hanya di depan mata kami sahaja.

“So..” serentak Haziq dan Sarah bersuara selepas yakin Nabila dan Syafik selamat di kawasan permainan.

“Your husband tak ikut?” .

“Outstation” pendek jawapan dari Sarah sebelum mengalih pandangannya ke arah tempat permainan kanak-kanak. Pertanyaan Haziq mematikan senyuman Sarah. Spontan juga kelu lidahnya untuk berbual dengan lelaki itu. Sudah menjadi kebiasaan, dia cukup tidak gemar bila orang atau sesiapa sahaja dari kalangan syarikat tempat dia bekerja bertanyakan tentang hal peribadinya, seboleh mungkin dia pasti mengelak dari meneruskan perbualan biarpun orang tersebuk majikannya sendiri.

Sejenak suasana tiba-tiba bertukar sepi. Sarah tidak lagi semesra tadi. Haziq merenung Sarah lama. Rasa terkilan dengan sikap dan cara Sarah menjawab soalannya. Wanita itu tiba-tiba berubah. Namun terdetik jua rasa hairan kerana Sarah seperti tidak gemar bercerita tentang siapa suaminya. Sepanjang wanita itu bekerja di Syarikatnya belum pernah sekalipun dia bersua muka dengan suami Sarah.

Terpana seketika Haziq melihat Sarah yang sedang tersenyum sambil melambai anaknya. Cantik! zahir dan batin. Haziq memuji. Namun cepat-cepat Haziq beristighfar sambil mengalihkan matanya ke arah lain. Bagaikan tersedar dari mimpi pantas Haziq menggamit Nabila kembali menghabiskan makanan. Mereka harus cepat-cepat beredar dari situ. Perbuatannya kini duduk makan bersama Sarah amatlah tidak elok dipandang orang, meskipun mereka berada di tempat awam.

"Dia isteri orang" Haziq mengeluh dalam hati bersama perasaan bersalah bersarang di dada.

Thursday

Cinta Seutas Rantai Leher Emas 2

Nur Amirah


Benarkah hidup ini sebuah pentas dunia,
dan manusia adalah pelakon-pelakonnya?
dan jika benar hidup adalah sebuah lakonan,
bilakah ianya bermula dan tahukah kita mana penghujungnya...



NurAmirah tersenyum hambar melayan fikiran sambil di tangannya memegang pen dan kertas melakar-lakar madah dan puisi sendirian. Itulah yang akan dia lakukan jika ada kelapangan dan juga kiranya ada kesempatan. Tujuan dia menulis bukan untuk nama dan bukan untuk mendapat pujian, tapi semua yang dia lakukan semata-mata untuk mengisi masa lapang.

Di saat-saat hening begini, nostalgia lama menggamit diri. Nostalgia di mana tercatat sejarah silam yang amat melukakan hatinya hingga retak menjadi seribu. Biarpun dia mencuba untuk tidak mengingati dan sedaya upaya untuk tidak menoleh ke belakang lagi, namun kadang-kala dia tunduk pada naluri dan kenyataan di mana, ada seseorang yang amat bermakna pernah hadir dan singgah dalam hidupnya pada masa silam....

“Maafkan Zam.. Zam terpaksa”

Itulah kata-kata terakhir dari kekasih yang tak dapat dia lupa.

“Ya! Pergilah Zam, turutilah kehendak mama dan papa Zam, semoga berbahagia” balas Mira buat kekasih hati dengan sedikit senyuman di hadiahkan bagi kali terakhir. Namun biar betapa dia cuba bersikap tabah di hadapan lelaki itu namun sebak di dalam tak dapat di tahan. Berlalunya kereta, air matanya sudah tidak dapat di tahan lalu bagai hujan tumpah membasahi pipi. “Pergilah sayang! Pergilah! Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu biarpun betapa hati ini menyayangi dan mencintaimu.. Aku pasrah kerana.. sesungguhnya pada hari pertama aku jatuh cinta padamu, tanpa aku sedar sebenarnya aku sudah merelakan diriku ini untuk dilukai,” rintih Mira sendiri...

Tiada kata mampu Mira lafazkan dan tiada ungkapan yang mampu dia ucapkan. Tiada lagi ucap kata aku rindu aku cinta atau janji sumpah setia. Juga tiada lagi puisi dan irama mengiringi pertemuan yang ada kini hanyalah sebuah madah berhelah mengakhiri satu perhubungan.

Kecewa, terluka, remuk, dendam semuanya bercampur aduk. Begini rupanya penyudah bagi sebuah percintaan yang bertahun-tahun mereka bina. Hanya kerana harta sanggup kekasih yang dia puja berubah hati dan memusnahkan harapan yang mereka sulam untuk hidup bersama. Menangis air mata darah sekalipun Zam pasti takan berundur memilihnya. Antara pilihan keluarga dan dirinya pasti selayaknya seorang anak menuruti kehendak ibu bapa, akhirnya biarlah dia yang merana.
Sesekali dia menyoal diri sendiri Benarkah Cinta yang pernah Zam ucapkan kepadanya dahulu ikhlas?

Mira tahu pasti satu hari nanti Zam akan melupakannya juga tapi dia...
Mampukah melupakannya?


Ahh..NurAmirah meraup wajahnya seketika, menyedarkan diri dari terus di hanyut memori silam. Dia sedar hidupnya dan hidup keluarga Zam berbeza serta tidak setaraf maka tidak selayaknya bergandingan dengan mereka.
Berpegang kuat pada Agamalah menjadikan dia tidak hilang pedoman, malah dia bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dengan dikelilingi oleh orang-orang tersayang, apa perlu dia mengeluh dengan apa yang terjadi, bukankah Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir. Dengan hanya duduk meratapi nasib dan berserah kepada takdir, bukanlah caranya, sebaliknya berusahalah dan disusuli dengan doa pasti berjaya dengan izinNya.


“Buat apa duk sorang-sorang tu Mira”

“Eh! Maktok”
Dia mengesot sedikit duduknya memberi ruang untuk Maktok duduk.

“Kamu mengelamun ya? Teringat kat budak Zam tu lagi?” soal Maktok sambil melabuhkan punggung di pangkin.

“Sedap betul angin petang ni” tutur Mira cuba mengubah tajuk perbualan. “Abah mana Maktok?” soal Mira sambil memanjangkan lehernya memandang ke arah rumah.

“Abah kamu pergi ke Pekan Rabu”

“Buat apa?” soal NurAmirah perlahan, “tentu pergi dengan motosikal, kesiannya” keluh Mira di dalam hati. Ini semua gara-gara vannya dihantar ke bengkel akibat kemek kerana kemalangan dua hari yang lepas. Habis aktiviti dan perniagaannya tergendala.

“Entahlah Mira” jawab Maktok ringkas.
“Lupa pulak, Maktok mai sini nak bagi kamu ni, nah ambik, hingaq bunyi dari tadi” ujar Maktok sambil menyeluk poket baju kurung dan menyerahkan talipon bimbit kepadanya.

“Eh! mana maktok jumpa?” soal Nur Amirah gembira kerana menyangkakan talipon bimbitnya hilang.

“Abang Mail kamu jumpa dalam van”

Nur Amirah tersengih sendiri. Mungkin kelmarin selepas menghantar van ke bengkel abang Mail, dia tertinggal talipon bimbitnya di dalam van. Sejenak dia menarik nafas lega.

“Jangan lupa angkat kain” pesan maktok sebelum beredar dari situ.

Nur Amirah membelek talipon bimbitnya. Berkerut dahi Nur Amirah memandang nombor satu panggilan yang tertera di mana lebih dari lima kali pemilik itu menaliponnya. Kalau pelanggannya tak mungkin sejauh itu kerana kebanyakkan pelanggannya adalah dari sekitar utara sahaja, memandangkan nombor tertera menunjukkan dari Kuala Lumpur lalu Nur Amirah mengabaikan saja. “Mungkin salah nombor. Argh! kalau penting mesti orang itu akan talipon aku lagi” bisik hati kecilnya.






Haris


“Sudahlah tu, kan budak tu baru balik, bagilah dia rehat dulu”

“Abang tu berlembut sangat, tu yang dia naik lemak”

“Kalau dah dia tak nak kahwin, takan kita nak paksa”

“Sampai bila bang, umur dah masuk 30, orang lain sebaya dia dah beranak pinak, anak kita!!!”

“Belum sampai jodoh nak buat macam mana?”

Kata-kata papa membuatkan Haris tersengih sendiri. Namun sengihnya tak lama bila mama membebel semula.

“Belum sampai jodoh atau dia yang memilih” sindir mama sambil menjeling ke arah Haris. “Kamu nak yang macam mana Ris, cakap kat mama nanti mama tolong cari”

“Bagilah Haris masa mama”

“Masa.. masa.. masa.. dah banyak masa yang mama berikan, tapi hampas” rungut mama menjegilkan mata memandangnya. “Susah susah sangat mama pinangkan anak Auntie Sharifah si Mona tu nak?”

“Eh! jangan” ujar Haris sambil bangun mendekati mama.
“Please mama, bagilah Haris masa mama” rayu Haris sekali lagi sambil merenung mama lembut memohon simpati. “Papa please” Haris memandang papa pula mengharapkan sokongan.

“Mama tak kira....”

“Sudahlah tu, kan dia kata tak nak kahwin lagi, takan kita nak paksa, lagipun dia bukannya budak-budak” ujar papa memotong cakap mama cuba membela dirinya.

“Ah! Malaslah saya nak bercakap dengan abang anak beranak”

“Mama, please” rayu Haris namun tak diperdulikan oleh mama terus menaiki tangga ke atas.

Haris menundukkan wajah sambil mengeluh.

“Sudahlah tu Haris, mama kamu merajuk sekejap je nanti baiklah tu” papa bersuara sambil menepuk-nepuk bahunya sebelum menyertai mama ke atas.

Perlahan Haris melangkah kaki keluar dari ruang tamu dan duduk di buaian. Dia merungkaikan tali leher dan menarik kemejanya keluar dari seluar serta menanggalkan butang di pergelengan baju lalu disinting hingga ke paras siku. Bingung dia ketika ini, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan, samada menurut kata mama atau mengikut kata hati. Sejenak dia teringat sesuatu, lalu dia mengeluarkan rantai emas kepunyaan NurAmirah dari walletnya. Dia tersenyum sendiri dan jiwanya terasa lapang tatkala menatap rantai emas ini. Sejenak fikirannya melayang sambil berilusi membayangkan wajah Nur Amirah.


“Rantai siapa tu?”

Suara itu benar-benar mengejutkannya, lalu pantas Haris memasukkan semula rantai emas tersebut ke dalam wallet.

“Eh! Abang Long, bila sampai? Kak Long mana?”

“Baru je, Kak Long ada kat dalam” jawab Helmi ringkas.

“Siapa punya tu?” soal Helmi abang kepada Haris lagi bila soalannya tadi tidak berjawab.

“Ni hm...” Haris menggaru-garukan kepalanya sebentar kerana tidak tahu jawapan bagaimana hendak di beri.

“Atau Ris nak hadiahkan kepada sesiapa” Helmi menyoal lagi seraya menduga.

“Ish sebenarnya.... emm macam ni.....”

"Aik! tergagap-gagap pulak dia" usik Helmi sambil ketawa.
"Buah hati?" soal Helmi berbisik. Melihat air wajah Haris berubah terus dia ketawa gelihati. "Mesti ada sesuatu" duga Helmi di dalam hati. Setelah putus tunang dahulu, inilah kali pertama Helmi melihat Haris kelihatan panik bila di usik berkenaan perempuan.

"Hah! gelak, gelakkan orang"

Helmi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sejenak dia cuba mengawal diri dari terus ketawa. Terselit rasa bimbang jika adiknya itu tidak mahu bercerita mahupun berterus-terang.

"Rantai siapa tu?" soal Helmi, kali ini agak serius.


Haris memandang wajah Helmi lama. Sejenak dia menarik nafas. Lalu satu persatu kejadian tersebut di ceritakan kepada Helmi.


“Kenapa tak call?” marah Helmi sebaik saja Haris habis bercerita.

“Dah call, tapi dia tak angkat pun”

“Cubalah lagi, tentu dia sedih rantai kesayangan dia ada kat Ris”

Haris memandang wajah abangnya seketika lalu sejenak dia terbayangkan wajah NurAmirah yang sayu sewaktu melepaskan rantai ini kepadanya.

“Ha ah, memang nak call pun tapi hari ni sibuk yang amat sangat tu yang terlupa” jawab Haris membela diri.

“Ini rantai emas pemberian arwah ibu saya, walaupun saya ni bukan golongan kaya tapi rantai ini ada nilainya, ambil dan jual buat ganti kerosakan kereta Encik”

Suara sayu Nur Amirah terngiang-ngiang di telinganya. "Apa kena dengan aku ni" marah Haris di dalam hati. Termasuk kali ini sudah berapa kali suara wanita itu bermain-main di telinganya.

Mendengar Helmi berdehem, cepat-cepat Haris memandang ke wajah abangnya.
“Apasai yang senyum-senyum ni” Haris menyoal Helmi kerana merasa hairan dengan reaksi abang long saat ini.

“Cantik tak budak tu?”

Haris tergelak mendengar soalan yang keluar dari mulut abangnya.

“Abang Long tanya ni, cantik tak?” ulang Helmi lagi bila melihat Haris ketawa begitu. Namun Helmi perasan Haris agak tersentak dengan soalannya sebentar tadi. Adiknya itu seperti menyembunyikan sesuatu. Dari air wajah Haris, Helmi dapat merasakan sesuatu.

"Harisss..." tegur Helmi lagi.

Haris menaikkan keningnya sambil tersenyum penuh makna.

Cinta Seutas Rantai Leher Emas 1

Tiga tahun dia merawat luka yang berbekas
Selama itu juga pintu hatinya tertutup buat wanita
Adakah mungkin! hanya dengan seutas rantai leher emas
Telah merubah segala-galanya
Hati, perasaan dan Jiwa..?

---------------------------------------------------------

Haris mengangguk-anggukkan kepala tanda berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya pada setiap unit penghawa dingin yang terdapat di hotel lima bintang itu. Selepas mencatit sesuatu Haris memberi kebenaran untuk mereka pulang awal di samping menandakan berakhirlah tugasan mereka di hotel itu pada hari ini.

Selepas pekerja-pekerjanya berlalu, Haris turut kembali ke kamarnya yang terletak di tingkat tujuh. Sejenak dia tersenyum sendiri mengingati di mana dahulu dia juga seperti mereka, bekerja makan gaji, tapi itu semua sudah berlalu. Hari ini dia sudah boleh berbangga dengan syarikat miliknya yang di usahakan sendiri. Berbekalkan pinjaman dan sokongan kedua ibu bapanya beserta kelulusan dan kemahiran yang dia ada Haris nekad berhenti kerja, dan hasilnya semenjak setahun yang lalu, inilah sumber pendapatan dan kerjayanya. Biar pun pada awalnya bermacam rintangan terpaksa dia lalui tapi kini dia sudah boleh tersenyum lega dengan apa yang dia ada di samping bergelar Usahawan Muda yang berjaya.

Sampai saja di bilik, terus Haris merebahkan diri, sejenak dia teringatkan sesuatu, lalu Haris menyeluk poket seluar, mencari jam tangan yang di tanggalkan ketika mengambil wudhu’sebentar tadi. Tiba-tiba dia tersentuh sesuatu lalu dia menarik keluar, tersentak hatinya seketika memandang Seutas Rantai Leher Emas!

Haris menggenggam erat rantai itu sambil di bibirnya terukir senyuman mengingati sesuatu, Ya! peristiwa di mana....

Selesai mengalas perut dan mengisi minyak, Haris menghalakan pemanduan mencari jalan untuk masuk ke lebuh raya semula. Ketika dia terkial-kial memandu sambil melihat papan tanda, sekilas sempat Haris menoleh ke arah sampul surat yang terletak di sebelah tempat duduk hadapan, di mana di beri oleh mama sebelum dia bertolak dari rumah tadi.

“Tengok lepas tu buat pilihan” pesanan mama masih terngiang-ngiang di telinganya.

Tergerak hatinya untuk melihat gambar anak dara siapakah yang dipilih oleh ibunya kali ini. Dengan tangan kanan memegang stereng dan tangan kiri menyelak-nyelak gambar dari dalam sampul, tiba-tiba satu hentakan datang dari belakang, “Auch!” ujar Haris sambil menggosok-gosokkan kepala seketika, melalui cermin pandang belakang Haris terpandang sebuah van yang menghentamnya.

“Hoi!” Jerkahnya sambil membuka pintu kereta terus ke belakang.

“Nasib baik hanya tercalar ja” bisik hati Haris namun ego menguasai diri.

“Alamak! Mati aku!”

Haris mendengar pemilik van yang merempuhnya mengeluh sendiri.

“Alamak! perempuanlah” bisik hati Haris. Lalu dia mengetuk tingkap van tersebut meminta wanita itu keluar.

Tak berkelip Haris memandang wajah itu sebaik saja wanita itu keluar, tapi cepat-cepat dia menyedarkan diri.

“Alamak! Kemek” keluh wanita itu ketika memeriksa bahagian depan van, sejurus kemudian beralih memeriksa kereta milik Haris pula.

“Maafkan saya Encik.. Maafkan saya” ujar wanita itu berkali-kali ketika menghampirinya. Wajah wanita itu kelihatan pucat mungkin terkejut dan panik agaknya. Kasihan juga Haris memandang tetapi dia tak boleh mengalah begitu saja, yang bersalah perlu membayar! detik hatinya.

“Setakat minta maaf calar kereta saya takan elok kembali, saudari”

“Saya betul-betul tak nampak dan tak sengaja Encik, maafkan saya” sekali lagi wanita itu memohon maaf.

“Sesiapa pun akan cakap begitu, saudari.. so sekarang ni macam mana”

“Saya tak da cash money sekarang” perlahan wanita itu bersuara lemah.

“Why don’t you call your husband ka atau sesiapa” Haris bersuara memberi cadangan.

“Husband? Saya belum berkahwin lagi” separuh berbisik wanita itu menjawab soalannya.

“Habis tu macam mana ni? panggillah sesiapa pun, atau kita buat report saja” Haris mula merungut sendiri.

“Beginilah Encik”

Sejurus kemudian wanita itu meraba-raba sesuatu di dalam beg. Haris mengambil peluang menatap wajah bujur sirih milik wanita itu. “Manis!” pujinya dalam hati. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan mata bila wanita itu mula mengangkat muka.

“Nah!"

“Apa ni?”

“Ini kad saya, lepas Encik repair kereta dan cat, call dan beri saya resit nanti saya bayar.” jelas wanita itu lembut, sambil mengukir senyuman manis.

Sekilas Haris memandang wanita itu sekali lagi, masih dengan senyuman manis terukir di bibir. Dada Haris berdebar-debar seketika lalu dia cuba menepis satu perasaan yang sudah lama hilang dari jiwanya, yang kini hadir semula menyapa. Dikumpulnya tenaga lalu cuba mengabaikan apa yang dia rasa.

Aku tidak boleh lemah di hadapan wanita, bisik hatinya, lalu Haris membuang jauh-jauh debarannya sebentar tadi, sekilas memandang wanita itu dengan perasaan curiga. “Perempuan sekarang ni bukannya boleh percaya sangat, lebih-lebih lagi yang ada rupa” detik hati Haris. “Tak nak bayar atau ada agenda!” Haris meneka sendiri.

Perasaan ego, marah, curiga dan debaran di dada silih berganti. Sekilas Haris membuang pandang ke jalan raya sambil matanya melilau mencari penanda jalan bagi menunjukkan di manakah ketika ini dia berada. Nun tak jauh dari tempat dia berdiri kelihatan satu papan tanda yang bertulis `Kota Sarang Semut’. Dia menarik nafas lega. Lalu dia menoleh memandang perempuan itu semula.
“Oh! Agaknya beginilah taktik perempuan-perempuan kat sini ya, pantang nampak lelaki pakai kereta hebat sikit mula pasang strategi dan pura-pura langgar kereta supaya dapat berkenalan.” Spontan Haris berkata sambil menepuk-nepuk tangannya lagak menyindir.

“Apa Encik cakapkan ni?” bulat mata wanita itu menyoalnya.

“Ni nak bayar ke tak mahu? Ataupun awak nakkan kad saya” duga Haris sedikit tegas menyindir. Dia langsung tidak memandang perempuan itu.

“Encik cakap tu biar berlapik sedikit, jangan ingat semua perempuan kat sini macam yang Encik sangkakan” balas wanita itu meninggikan suara, sambil tangannya merampas kad nama yang di berikan sebentar tadi dari tangan Haris.

“Kalau tak nak jangan ambil, saya langsung tidak ada niat mengumpan, lagipun tak teringin saya nak bersuamikan orang kaya biadap macam saudara” ujar wanita itu sambil melempar kad nama tersebut ke tanah.

Terperanjat Haris dengan tindakan pantas wanita itu dan kata-kata pedas yang di luahkan. Matanya tidak berganjak seinci pun dari memandang wajah wanita itu.

Haris melihat wanita itu kelihatan gelisah seperti memikirkan sesuatu. Setelah agak lama wanita itu berkelakuan begitu, tiba-tiba Haris melihat wanita muda itu menanggalkan rantai emas dari leher dan menghampirinya.

“Ini rantai emas pemberian arwah ibu saya, walaupun saya ni bukan golongan kaya tapi rantai ini ada nilainya, ambil dan jual buat ganti kerosakan kereta Encik”

Terpana Haris melihat tindakan spontan wanita itu. Ada tanda-tanda air mata wanita itu yang akan gugur. Haris ingin berkata sesuatu tapi tak mampu,lidahnya tiba-tiba kelu dan rasa bersalah bersarang di jiwa atas keterlanjuran kata dan kesilapannya dalam menilai peribadi wanita muda itu.

Haris cuba menghalang tetapi wanita itu lebih pantas bergerak, bergegas masuk ke dalam van dan berlalu laju meninggalkannya.

Lalu perlahan Haris menundukkan badan dan mengutip semula kad nama tersebut lalu dimasukkan ke poket seluar.



Bunyi pintu bilik sebelah dikuak mengejutkan Haris dari lamunan. Lalu rantai emas tersebut Haris simpan kembali. Sejenak Haris merehatkan diri di sofa. Dia menutup matanya seketika menenangkan fikiran seraya ingin memanjakan badannya yang keletihan, tetapi hampa, bila sekali lagi kejadian kelmarin terbayang-bayang di fikiran dan wajah manis wanita kelmarin juga kembali terbayang di minda.

“Apa dah jadi dengan aku ni” soal Haris di dalam hati. Sejak kemalangan pagi kelmarin hatinya menjadi tak keruan, wajah wanita itu asyik terbayang-bayang tatkala mata terpejam.

“Hah! Tak boleh jadi ni!” Haris merengus memarahi diri sendiri.

Hampir tiga tahun dia menjauhkan diri dari wanita, tiga tahun juga dia mengelak dari terjerumus dalam kancah Cinta! Malah tiga tahun telah dia habiskan masanya belajar memahami persoalan tentang Benarkah Cinta sambil mencari diri sendiri yang hilang. Semua ini dia lakukan gara-gara hati yang terluka berpunca dari perbuatannya sendiri yang tidak setia. Di dorong rasa menyesal yang tak sudah, hatinya bagaikan tertutup buat Wanita!
Namun selepas kejadian kelmarin... Ahh...

“Rasa bersalahkah aku kerana berkasar sehingga seraut wajahnya sering hadir mengundang debaran?” Haris menyoal diri sendiri bila wajah wanita muda itu kini mendapat tempat di mindanya sejak semalam.

Sejenak Haris bangun lalu menghampiri jendela yang ada di situ. Di buang pandangannya jauh-jauh ke luar, tiba-tiba hatinya tersentap bila sayup-sayup matanya terpandang sesuatu....

“Teratak Saujana!”

Sejenak Haris meraup wajahnya. Hilang sebentar tumpuannya pada wanita dan rantai emas itu sebaliknya di ganti dengan memori lama menggamit diri.

Benar, Rindu! dan Cinta! sebenarnya membawa dia ke sini. Tidak salah tekaan mamanya dua hari lepas.....



"Kamu terima juga projek kat Langkawi tu Ris?”

“Ha ah mama, esok kami akan berangkat”

“Flight pukul berapa?” soal mamanya lagi.

“Haris drive mama, sebab lepas habis kerja Haris bercadang nak singgah Bukit Kayu Hitam sekejap,nak jumpa kawan kat sana” jelas Haris perlahan.

“Tak takut ke drive sorang-sorang, naik flight kan senang” mama membebel sambil menjeling.

Haris menggelengkan kepala. “kan Haris cakap nak jumpa kawan”

“Yang kamu tu kenapa tak terima ja projek kat Melaka, kan lebih dekat?” soal mama lagi seperti tidak berpuas hati dengan keputusannya ke Langkawi.

“Saja nak ubah angin” ringkas Haris menjawab kali ini.

“Saja nak ubah angin atau kamu masih teringatkan Sarah, Ris?” mama membuat tekaan, sekilas Haris memandang wajah mamanya.

“Sudah sudahlah tu Ris, dia dah jadi isteri orang pun” ujar mamanya seperti tahu apa yang sedang di fikirkannya.

“Mama pasti ke yang dia orang tu dah kahwin?”

“Hampir tiga tahun Ris.. takan mereka belum kahwin lagi”

Haris meraup wajahnya seketika. Ingatannya berputar kepada kejadian tiga tahun yang lepas. Di mana terlakar sejarah, gadis yang di cintainya Sarah di lamar lelaki lain di Pantai Chenang.

Lalu selepas itu dia membawa diri..

Dan semenjak hari itu sehingga sekarang langsung dia tidak pernah mendengar khabar berita mengenai Sarah lagi..

Terputus terus hubungan apatah lagi tak lama kemudian papanya telah bersara dan mereka berpindah rumah. “Mungkin sebab tu Sarah tak dapat menjejak mereka untuk bagi kad jemputan” Haris meneka sendiri di dalam hati.

“Mama tak peduli Ris, mama nak kamu kahwin juga tahun ini, kalau kamu masih tak bawa pulang sesiapa kami akan carikan jodoh untuk kamu, mama tak peduli dan tak mahu dengar apa-apa lagi alasan”

Haris memandang wajah mamanya memohon simpati. Tapi hampa. Tegas kali ini mama bersuara. Begitulah sikap mama kalau sudah suaranya bernada begitu, usahkan pujuk, melutut merayu pun mama tak hiraukan lagi.




Lamunannya terhenti..

“Aduh! Mana aku nak cari pengganti seperti Sarah!” keluh Haris di dalam hati sambil meraup wajahnya.

Sejenak Haris menyeluk poket seluar mengeluarkan kembali seutas rantai emas lalu di belek-beleknya seketika.


"Ini rantai emas pemberian arwah ibu saya, walaupun saya ni bukan golongan kaya tapi rantai ini ada nilainya, ambil dan jual buat ganti kerosakan kereta Encik”


“Rantai ini tentu amat bermakna dan bernilai bagi perempuan itu kerana ianya pemberian dari seorang ibu apatah lagi sudah meninggal dunia, mesti dia sayang giler” Keluh Haris sendiri sambil di sudut hatinya memuji sikap dan peribadi wanita itu yang sanggup melepaskan sesuatu yang dia sayang demi sebuah harga diri.

“Aduh! Apa kena dengan aku kelmarin, cepat naik hantu!” Haris mengomel memarahi diri sendiri dan sedikit menyesal atas keterlanjuran katanya kelmarin lebih-lebih lagi terbayang wajah wanita itu yang sayu ketika menyerahkan rantai emas ke tangannya. Malah Haris menyalahkan dirinya kerana bersikap ego langsung tidak bertolak ansur memandangkan kejadian itu, dia juga turut bersalah kerana agak leka dan cuai memandu dan jika di lihatkan dari segi kerosakkan rasanya kenderaan wanita itu lebih teruk.

“Entah-entah van itu punca pendapatannya pa?” Haris meneka sendiri bila dia perasan banyak barang-barang seperti meja lipat dan sebagainya terdapat di dalam.

Spontan dia teringatkan sesuatu lalu meraba-raba pula poket kiri seluarnya dan mengeluarkan sekeping kad nama lalu perlahan-lahan dia membaca...

NurAmirah binti Dahalan
019-4xxxxxx

Lantas Haris merasa lega, "nasib baik tak hilang" detik hatinya. Sejenak terasa hilang segala beban masalah yang tergalas di bahu. Cuma kini yang perlu di fikirnya bagaimana hendak memulakan bicara... Kemaafan perlu di pinta...

Sambil berfikir Haris memejamkan mata sebentar, tetapi terganggu oleh panggilan dari mama.

“Kamu dah tengok gambar-gambar tu Haris?” soal mama tegas.

“Belum” pendek Haris menjawab sambil tangan kirinya menggenggam erat rantai emas.

“La.. kalau macam tu biar mama saja pilih”

“Kalau tak nak jangan ambil, saya langsung tidak ada niat mengumpan, lagipun tak teringin saya nak bersuamikan orang kaya biadap macam saudara”


Tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata wanita itu kelmarin di telinganya.


“Haris! Haris!” panggil mama berkali-kali dalam talian.

“Haris sibuk ni, balik nanti kita bincang” Haris menjawab lalu pantas mematikan talian.

“NurAmirah” tanpa sedar dia tersebut nama itu lalu tersenyum....

“Tak teringin nak bersuamikan orang kaya biadap ya, we will see....” bisik Haris tersengih menaman azam.

Lalu perlahan-lahan Haris menjauhkan diri dari jendela dan menutup tirai menjauhkan pandangan matanya dari Teratak Saujana...

Pergilah Kenangan! Pergilah! Akan ku buka lembaran baru.....ujar Haris perlahan sambil menggenggam erat seutas Rantai Leher Emas.