Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Tuesday

Benarkah Cinta 5

Dengan perlahan Sarah memberhentikan kereta. Kelihatan sebuah kenderaan MPV di dalam pagar rumah. Dadanya berdebar-debar lebih-lebih lagi bila Syafik mula menunjukkan reaksi cemas.
"Ma, ada oranglah kat buaian" bisik Syafiq sambil menunding jari ke arah buaian di halaman rumah.

"Afiq duk sini, mama pergi lihat"

"Afiq ikut mama ya, kalau dia tu orang jahat, Afiq boleh tembak" kata Syafiq sambil mengeluarkan pistol mainannya.

"Jangan, Afiq tunggu sini, lock pintu" arah Sarah sambil membuka pintu kereta. Perlahan Sarah berjalan ke arah pagar. Pada masa yang sama lelaki tersebut turut bangun dari buaian dan menuju ke pagar.

"Cari siapa?" tegas suara lelaki itu bertanya.

"Maaf saudara, saya tak cari sesiapa, tapi kalau tak silap ini rumah saya"

"Saudari ni Sarah ya?" tanya lelaki itu sambil memandang Sarah atas dan bawah.

"Ya" jawab Sarah sambil membuang pandang ke arah lain, kurang selesa di pandang sebegitu.

"Kalau begitu, tak salah lagi, ini memang rumah Sarah, masuklah" sambil tersenyum lelaki itu membuka pagar. Sekilas Sarah menjeling ke wajah lelaki itu yang masih lagi dengan senyuman terukir di bibir. Kelihatan seperti mengusik. "Aik..orang asing menjemput tuan rumah masuk" detik hati Sarah. Sarah memandang lelaki itu seketika, kurang selesa dengan sikap mesra yang tiba-tiba di tunjukkan lelaki di hadapannya itu.

"Amran..." laung satu suara dari rumah Mak Som, jiran Sarah.

"Ya ummi" serentak dengan jawapan lelaki itu, kelihatan ummi Faridah dan abah Hakim serta Mak Som sudah berada di laman rumah sebelah.

"Eh, ummi, abah bila sampai?" tegur Sarah mendapatkan mereka dan bersalam.

"Sekejap tadi, kamu tak ada jadi Mak Som jemputlah mereka datang ke rumah" ucap Mak Som sambil melenggang berjalan ke arahnya.

"Mama.." laung Syafiq dari tingkap kereta. Sepintas Sarah menoleh dan bergegas menjemput Syafiq keluar dari kereta.

"Inilah Syafiq ya, mari sini kat Pakngah" tiba-tiba lelaki yang bernama Amran itu bersuara.

Tersentak Sarah bila lelaki itu membahasakan dirinya Pakngah. Ini secara tidak langsung menjelaskan siapa lelaki itu sebenarnya.

"Afiq pergi salam, lepas tu salam datuk ngan nenek sama" tegur Sarah apabila melihatkan Syafiq yang ragu-ragu untuk mendekati Amran.

"Eh, berdiri kat luar saja, jom masuk, ummi, abah, maksom, hmm..." sambil merujuk kepada Amran.

"Masuklah dulu ye..saya ada kerja sikit" ucap Mak Som sebelum berlalu ke rumahnya.


***

Usai makan malam, ummi menghampiri Sarah yang sedang melipat kain di dalam bilik.

"Jadika esok pulang ke KL ummi,?" ujar Sarah berbahasa.

"Ha ah, abang Amran kamu cuti seminggu je, lusa dah nak berangkat ke Arab Saudi semula" jelas ummi mengenai anak bujangnya yang sudah lima tahun di hantar bekerja sebagai Jurutera di salah sebuah syarikat minyak di sana.
“Patut tu lah aku tak pernah bersua muka dengannya. Abang Hisyam pernah beritahu yang dia mempunyai seorang kakak dan seorang abang. Katanya Kak Aisyah anak sulung kini berada di Miri mengikut suaminya bekerja di sana dan abang Hisyam pula anak bongsu, anak manja sebab itulah mereka berjauh hati ketika abang Hisyam menolak permintaan mereka untuk menjodohkannya dengan anak sahabat mereka sebaliknya berkahwin dengan kak Salwa”

"Sarah, cakap dengan Mak Som Syafiq tu anak Sarah ya?" pertanyaan ummi melenyapkan lamunan Sarah.
"Mak Som tanya ummi tadi sebab dia tak pernah nampak suami Sarah" ujar ummi lagi sambil merenung tepat ke anak mata Sarah.

Sarah hanya mengangguk menjawab pertanyaan ummi, tidak tahu bagaimana hendak dia menjelaskan situasi ketika baru menjejakkan kaki ke sini dulu.

"Ummi dah ceritakan segala-galanya kat Mak Som" Kata-kata ummi itu membuatkan Sarah berhenti dari melipat kain, memandang ummi seketika mencari kepastian, patut tu lah lain benar tingkah laku Mak Som petang tadi. "Alhamdulillah" bisik hati Sarah “sekurang-kurangnya beban perasaan yang ku galas ini berkurangan dan aku tak perlu berpura-pura lagi dengan Mak Som”

Satu senyuman terima kasih Sarah lemparkan kepada ummi.

"Sarah tak nak balik KL ke, kerja sana?

"Bukan tak nak ummi, tapi..kalau di sini dekat sikit untuk Sarah menjengok ke Teratak" sambil meneruskan lipatanku.

"Selalukah Sarah ke sana"

"Sebulan sekali je, buat masa sekarang ni tak ada apa yang penting pun, tunggu cuti sekolah ni mungkin kerap sikit Sarah ke sana."

Ummi Faridah mengangguk-angguk mendengar penjelasan Sarah.

"Seperkara lagi..." teragak-agak ummi Faridah untuk bersuara kali ini.

"Ada apa ummi?"

"Ummi dengan abah sebenarnya ada hajat"

"Hajat? hajat apa?" tanya Sarah kehairanan.

"Kami..kami nak menjodohkan Sarah dengan abang Amran kamu"

"Hah?"