Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Friday

Cinta itu bukan buta 2

Fariz mempercepatkan langkah menuju ke kereta. Jeritan suara memanggilnya dari belakang tidak di hiraukan. Tiba-tiba..

“Adoi! Apa punya batu, tak ada tempat lain nak bertenggek” rungut Fariz. Dia hampir-hampir tersungkur. Nasib baik dia berjaya mengimbangi badan, kalau tidak mahu tertomoih dia di hadapan orang ramai.

Ha ha ha..

Meluat Fariz memandang si empunya suara yang sedang ketawa menghalang perjalanannya. Kalau boleh mahu sahaja dia menolak empunya badan ke tepi. Niatnya itu terbuku di dalam hati. Dia merengus. Tidak menyangka akan terserempak dengan perempuan yang selama ini cuba dia hindari. Nafasnya turun naik. Sudahlah tadi dia termengah-mengah berada dalam pejabat Permai Property kerana lewat, kini termengah-mengah pula kerana cuba melarikan diri. Nasib baik perbincangan sebentar tadi berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Gembira bukan kepalang. Pasti ayah akan bangga dengan dirinya kerana berjaya mendapatkan satu lagi projek dan pasti ayah akan merasa tidak sia-sia menyerahkan syarikat kepadanya. Namun, kegembiraan itu tidak lama saat bertembung dengan Erisa.

“Kenapa lari?”

“Suka hati akulah. Kaki aku. Aku nak lari, nak terbang, nak merangkak, engkau peduli apa?”

“Sombong”

“Dah tahu aku sombong, kenapa masih kejar aku? Buat apa kau di sini? Kau ekori aku ya”

Erisa menjuihkan bibir. Mengah berlari sebentar tadi masih terasa. Nafasnya turun naik. Soalan Fariz tidak dijawab. Dia sendiri sudah lupa mengapa dia mengejar Fariz. Apa yang dia ingat, dia tidak pernah serik mengejar lelaki itu biarpun diherdik dan dimarah.

“Sumpah aku tak ekori engkau.. tapi dah alang-alang jumpa, jom aku belanja engkau minum” pelawa Erisa. Dia memandang Fariz dengan penuh pengharapan. Walaupun dia sudah dapat mengagak apa jawapan Fariz tetapi dia tidak akan berputus asa. Siapa tahu mungkin kali ini nasibnya baik.

“Engkau ni butakah? Tak nampak aku ada kerja” ujar Fariz sambil menggoyangkan briefcase yang sedang dipegang.
“Sudahlah aku malas nak layan kau” lalu Fariz menolak sedikit badan Erisa agar ke tepi.

“Jomlah, aku ikhlas ni” sayu suara Erisa memujuk.

Fariz tidak mengendahkan Erisa. Dia meneruskan langkah menuju ke kereta. Dia mengerling ke kanan, Erisa membontoti. Hairan dia dengan sikap Erisa, semenjak dari zaman sekolah hingga ke universiti dan sampai kini, Erisa sentiasa memburunya. Sudah pupuskah lelaki dalam dunia ini? Erisa tidak pernah kenal erti putus asa. Walaupun dia sudah membuat pengakuan bahawa saat ini dia sedang bercinta dengan Julia, Erisa seolah tidak mengerti.

Jika tidak kerana ibu bapa mereka adalah sahabat baik, mungkin nama Erisa sudah lama dia buang dari kotak minda. Malah terserempak sekalipun sebelah mata pun tidak akan dia pandang malah menegur sapa jauh sekali.

“Engkau ni kenapa?” marah Fariz sebaik tiba di kereta.
Fariz mula hilang sabar. Rimas dia diekori begitu. Orang ramai berhampiran sudah ada yang tersenyum memandang mereka.

“Ah.. aku dah ingat. Sebenarnya..”

“Sebenarnya apa?” jerkah Fariz. Sejenak dia meraup wajah. Dia perasan riak wajah Erisa yang berkerut mungkin terkejut.

“Engkau ni tak reti-reti bahasa ka? Aku cakap tak mahu.. tak mahulah”

“Fariz....”

“Ah blah lah kau” ujar Fariz seraya mengusir.

“Hei! Aku kata blah.. blah lah” jerkah Fariz bila Erisa masih membatu di situ.

Fariz perasan Erisa memandangnya tidak berkelip. Sejenak bibir Erisa bergerak-gerak.

“Sabtu ni birthday auntie kan?"

"Alamak, hampir aku terlupa" hati kecil Fariz berkata. Hadiah untuk ibu masih belum dia cari. Jauh di sudut hati dia mengucapkan terima kasih kepada Erisa mengingatinya.

"Apa kena mengena dengan kau?" soalnya berpura-pura marah. Namun, suaranya direndahkan sedikit berbanding tadi.

"Takpalah"

Terkebil-kebil Fariz melihat Erisa terus berlalu. Berlainan sungguh kelakuan Erisa kali ini. Kalau tidak sebelum ini, perempuan itu tak pernah faham bahasa. Akan terus mendesak biarpun bermacam alasan diberi, tetapi kali ini cepat pula dia mengalah.

“Ah.. bukan masalah aku” hati kecil Fariz berkata menenangkan diri sendiri. Namun jauh di sudut hati dia merasa hairan.

Pintu kereta dibuka. Dia masuk ke dalam. Rasa bersalah. Fariz memukul stereng sambil menjerit sekuat hati. Memarahi diri kerana berkasar dengan perempuan.
Mengapa perlu dia merasa resah kerana Erisa. Bukankah perempuan itu banyak menyusahkan hidupnya. Kerana Erisa jugalah dia selalu berperang dingin dengan Julia. Biarpun berkali dia menjelaskan perkenalan dia dengan Erisa hanyalah kerana keluarga, namun Julia masih cemburu. Teringat dia pertengkaran tiga hari yang lepas di mana tiba-tiba sahaja Erisa muncul ketika dia dan Julia sedang makan malam di sebuah restoran di tepi pantai.


“Amboi Fariz, makan tak nampak kita” sapa Erisa ramah sambil menyelit rambut di telinga.

Terperanjat Fariz dengan kehadiran Erisa. Senyuman tak pernah lekang dari bibir Erisa.

Erisa mendekatinya. Rimas Fariz bila tangan Erisa melengkar di bahunya.

“Hmmm.... “ Faris merengus kasar sambil menolak tangan Erisa.

“Ops! Sorry!” tersengih Erisa diperlakukan begitu oleh Fariz.

Berkerut dahi Fariz dengan sikap selamba Erisa. Diperlakukan begitu pun Erisa masih tiada perasaan malu.

Hai Julia” kali ini Erisa menegur Julia pula. Fariz tak sedap hati. Dia berdiri.

“Please, jangan ganggu kami. You tak nampak kami tengah makan. Pergi balik” separuh berbisik Fariz memarahi Erisa. Dia menjegelkan mata memberi isyarat agar Erisa beredar dari situ dengan segera.

“Oooo takutnya” sindir Erisa sambil tergelak kecil.
“Okeylah I pergi dulu, bye sayang” ujar Erisa sambil mengenyitkan mata.

Berderau darah Fariz melihat reaksi Erisa. Dia mengalih pandang ke arah Julia. Wanita itu sudah kelihatan mencuka dengan bola mata sudah kemerahan.

“Bye sayang” Julia mengajuk suara Erisa. Bunyi seakan cemburu.

“Please Julia, takan dengan Erisa pun you nak ambil hati” Fariz cuba memujuk.

“Kan I dah beritahu yang ibu dan ayah kami adalah sahabat baik semenjak dari zaman sekolah lagi”

“Sahabat.. sahabat.. sahabat... . Tak ada alasan lain you nak cakap” marah Julia dengan wajah merona merah. Lantas Julia bangun dan berlari anak keluar dari situ. Tak terkejar olehnya.

Sehingga hari ini Julia masih merajuk. Panggilan talipon tidak berjawab. Pergi ke rumah kawan-kawan serumahnya sentiasa memberitahu Julia tiada. Biarpun dia tahu mereka berbohong, tetapi apa dayanya takan dia hendak merempuh pintu masuk ke dalam.

Mengingat kembali kejadian itu Fariz merengus. Mengapa hati perempuan sukar dibaca.

Fariz menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan perkarangan itu. Ketika berhenti di lampu isyarat Fariz terpandang Erisa sedang berjalan di seberang jalan.

"Apa pula makcik tu buat kat sini? Berjalan kaki sorang-sorang pula tu"
Hatinya tertanya-tanya.
"Nak tumpangkan dia atau tak?"
Fariz merasa tidak sedap hati. Matanya tidak lepas dari memandang seberang jalan.

Sejenak Fariz membandingkan sikap Erisa hari ini dengan kejadian tiga hari yang lalu. Berbeza sekali. Bukan main berkeyakinan lagi Erisa hari itu mengusiknya dengan gaya menggoda di hadapan Julia. Sememangnya dia akui Erisa seorang yang periang dan manja. Mengapa hari ini dia kelihatan sedih?

Argh....

Fariz memarahi dirinya. Mengapa Erisa yang berada di kotak minda? Sepatutnya Julialah yang harus dia fikirkan ketika ini. Mana mungkin Erisa... kerana perempuan itu cukup kontra dari Julia. Julia sungguh sopan, bertudung dan lemah lembut. Erisa pula liar, sosial dan.... argh kalau ada kelebihan pun mungkin dari sudut paras rupa. Dia akui Erisa jauh lebih cantik daripada Julia. Namun, kecantikkan bukanlah diukur dari paras rupa. Kalaulah Erisa seperti Julia.

Argh! mana mungkin Erisa menjadi seperti Julia. Erisa tidak akan berubah. Lalu tanpa memperdulikan Erisa, Fariz berlalu sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau

No comments:

Post a Comment