Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Monday

Hati yang Terkunci 3

Setiba di kediaman Auntie Salmah.

“Wow!” ujar Aina sambil matanya galak memandang banglo mewah kepunyaan Auntie Salmah yang tersergam indah. Kedudukannya strategik dan menarik. Terletak pula di tengah-tengah sawah. Gabungan moden dan tradisonal. Cukup indah. Tapi siapa sangka demi cinta pada suami Auntie Salmah sanggup meninggalkan segala-galanya. Namun jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Suami Auntie Salmah kini sudah kembali kepada penciptaNya.

“Jom” Auntie Salmah mencuit bahunya, mengajak masuk ke dalam.
“Masuklah Aina, buat macam rumah sendiri” pelawa Salmah sambil meletakkan beg-beg baju ke lantai di ruang tamu.

Aina memandang sekeliling, bersih dan kemas. Terpegun seketika dengan hiasan dalaman rumah wanita itu.

“Sebulan sekali ada orang datang membersihkan rumah ini. Kawan auntie juga. Itu yang rumah ini nampak kemas” ujar wanita itu bagaikan tahu apa yang berada di fikirang Aina.

“Jom kita naik atas, auntie tunjukkan bilik Aina”

“Jom” balas Aina sambil tersenyum lalu mengangkat beg-beg besar yang tersadai di lantai.

“Ini bilik Aina. Suka?”

Aina menganggukkan kepala sambil memandang sekeliling. Di letaknya beg pakaian menyandar ke almari.

“Aina rehatlah ya. Auntie keluar dulu”

Aina merebahkan dirinya di atas tilam sebaik saja pintu kamar di tutup oleh Auntie Salmah. Aina memikirkan apa perkara pertama yang hendak di lakukan di sini. Lantas ingatannya berlegar kepada kejadian semalam di rumah maksu. Daripada cerita jiran-jiran, rupa-rupanya maksu banyak berhutang demi meneruskan perniagaan kayu jatinya. Terdetik rasa kasihan kepada ibu saudaranya yang terpaksa menyembunyikan diri. Namun di mana hendak dia mencari wang untuk melangsaikan hutang–hutang maksu. Dia berdoa semoga ibu saudaranya selamat walau di mana sahaja berada.

Mungkinkah ini salah satu sebab mengapa maksu membawanya bersama ke luar Negara. Mungkin ibu saudaranya itu risau pemiutang akan menuntut hutang daripadanya pula. Sejenak terasa betapa sayangnya maksu padanya walaupun wanita itu terdesak masih memikir kebajikannya dirinya.

Fikirannya melayang mengingati kisah beberapa bulan yang lalu.


“Kenduri nikah nanti Milah ingat buat kat sini sajalah Bang Long. Tidaklah susah pihak penganti lelaki nak ke Kuala Lumpur kelak”

“Elok juga cadangan Milah tu. Lagi pun cuma akad nikah sahaja. Itu yang penting. Kendurinya nanti kita buatlah kat KL. Macamana Siti, setuju?” soal ayah kepada ibu.

“Saya mengikut je bang, tak nak tanya Aina dulu, kot-kot kawan dia jauh pula nak datang” ujar ibu memandangnya..

“Buat kat sini sajalah. Aina pun di lahirkan di sini. Saya bukan apa banglong, kaklong. Semenjak arwah takda sunyi je rumah ni” ujar maksu sedih sambil menundukkan wajah teringatkan arwah paksu.

“Hah! Aina kamu senyap je. Macam mana bolehkah buat kat rumah Maksu?” soal ayah .

“Hmm..kalau tanya Aina, hmm...”

“Ish! Budak ni, teragak-agak pulak” marah ayah.

“Aina tak nak kahwinlah ayah”

“Hah!” serentak mak, ayah dan Maksu bersuara, terperanjat dengan jawapan yang keluar dari bibirnya.

“Kamu jangan main-main Aina, tarikh akad nikah pun dah di tetapkan nanti malu mak dengan ayah kamu kat Cikgu Fuad sekeluarga.” Ujar ayah meninggikan suara.

“Kenapa ni Aina? takan Aina nak memalukan kami Lagi pun Amzar tu baik orangnya. Itu lah dari awal lagi mak ajak kamu berjumpa dia kamu tak nak” tutur ibu menahan marah.

“Entahlah mak, ayah. Tiba-tiba ja Aina rasa macam tak sedap hati”

“Alah..itu cuma perasaan Aina ja” Maksu menyampuk sambil tersenyum. “atau kamu tu belum puas tidur bawah ketiak mak kamu tu Aina..”

“Ish! Maksu ni”

Serentak mereka ketawa.




Lamunannya terhenti.

Sejenak dia teringatkan diari yang diambil dari rumah semalam. Pantas dia membuka beg pakaian. Diselaknya helaian muka depan. Bibirnya mengukir senyuman.
“Niza” spontan dia menyebut nama itu.

***

Pertemuan semula dengan rakan lama


“Jemputlah minum Niza” pelawa Aina sambil menghulurkan secawan Milo panas kepada rakan sekampusnya dahulu.

“Terima Kasih Aina” ucap Niza sambil menyambut cawan yang dihulur. Berhati-hati dia menghirup milo tersebut.

“Apa sebenarnya yang berlaku Aina?” soal Niza sebaik sahaja meletakkan cawan ke meja. Niza memandang Aina dengan penuh tanda tanya. Sejenak dia mengimbas kenangan lama di mana pada hari akad nikah Aina dia berada di luar Negara atas urusan kerja, dan sekembalinya selesai urusan di sana, alangkah terkejutnya, mendapat berita Aina mendapat kemalangan jalan raya, dan yang paling dia merasa ralat apabila di khabarkan Aina telah di bawa berubat ke luar Negara.

“Kalau bukan menjadi rahsia, ceritalah kat aku Aina” Niza menyoal lagi.

Aina memandang wajah Niza, lalu satu persatu kisah hidupnya di ceritakan termasuk tentang maksu yang banyak berhutang.

Melopong mulut Niza mendengar cerita dari Aina. Lebih-lebih lagi tentang betapa berani seorang perempuan berhutang dengan syarikat yang tidak sah selain dari bank yang begitu banyak terdapat di Malaysia.

“Berani pulak kau balik ke rumah maksu kau?” soal Niza dengan dahi berkerut. Aina merupakan satu-satunya waris yang ada, pasti pemiutang akan mencari kawannya pula.

“Mula-mula memang aku takut..tapi bila di fikirkan balik...manalah mungkin mereka kenal aku.. bukannya aku jadi penjamin maksu pun.. dan maksu tak pernah suruh aku sign apa-apa pun...lagi pun Negara ini kan ada undang-undang..apa nak takut”

“Yes! Macam tu lah kawan aku” puji Niza bangga dengan semangat berani yang di tunjukkan oleh Aina.
“So sekarang ni apa rancangan kau?” soal Niza bila agak lama mereka hanya berdiam.

“Mula-mula aku nak cari kerja dulu. . nak kumpul duit, kalau boleh nak tolong jelaskan hutang maksu” ujar Aina perlahan, menundukkan wajah sambil memikirkan sesuatu. “lagi pun aku tak sanggup bergantung hidup dengan Auntie Salmah lagi..segan” sambung Aina lagi sedikit berbisik takut di dengari oleh Auntie Salmah yang berada di dapur.

“Bukannya sedikit jumlah tu...kau ingat kau mampu?” soal Niza mengerutkan dahi, seperti kurang yakin Aina mampu mengumpul duit sebanyak itu dalam tempoh terdekat.

“Cuma maksu saudara terdekat yang aku ada..sekiranya keadaan semakin teruk, mungkin aku akan jual rumah kat KL untuk melangsaikan hutang maksu.. tak sanggup aku biarkan maksu hidup macam pelarian lagi” ujar Aina sambil melepaskan satu keluhan.

“Sampai begitu sekali..Fuh! aku tabiklah dengan kau”

Aina tersenyum mendengar pujian Niza. Baginya ketika ini, harta bukanlah segala-galanya..itu hanyalah duniawi dan boleh di cari tapi...saudara...sukar di cari ganti..

“How about your life? Takan tak nak selesaikan hal kau dulu” soal Niza mematikan senyuman yang menguntum di bibir Aina.

"Pasal rumah-tangga aku?" Aina menyoal Niza. Dia faham apa yang tersirat dalam fikiran rakannya itu.
"Nak selesai bagaimana, alamat dia pun aku tak tahu" Aina menjawab sambil melepaskan satu keluhan kecil.

"Kenapa tidak sahaja kau pergi pejabat agama ke..pejabat kadi nikah ceraike... atau sewaktu dengannya.. may be they can help” ujar Niza memberi cadangan sambil menggaru-garukan kepalanya seketika kerana dia sendiri tak pasti.

“Aku memang ada terfikir, but.. “

“But what?..kau takut? takut bertemu semula dengan suami?” duga Niza sambil matanya tertumpu pada Aina, menanti jawapan yang akan keluar dari bibir rakannya itu. “kau takutkan?” soal Niza lagi bila melihat Aina cuma tunduk dan diam.

“Mungkin ya dan mungkin tidak” jawab Aina ringkas. “kalau kau berada di tempat aku..apa yang akan kau buat..? dan.. apa ayat pertama yang akan terkeluar...? bayangkan ketika saat dipertemukan... takan nak cakap hai! I’m your wife..surprise! begitu?” balas Aina lagi bila melihat air muka Niza yang seperti tidak berpuas hati dengan jawapan yang baru di berinya tadi.

“I’m sorry, bukan aku bermaksud begitu, Aina” jelas Niza bila menyedari soalannya agak seperti mendesak sebentar tadi. Tak lama kemudian dia ketawa. "lucu jugak ye kisah kau ni"

“Banyaklah kau punya lucu" balas Aina sambil turut juga ketawa. “Sebelum semua tu berlaku..aku nak selesaikan hal maksu dulu” balas Aina merenung tepat ke anak mata Niza. “and I really need a job” jelas Aina lagi penuh mengharap.

Niza membalas renungan Aina sambil mindanya ligat berfikir, tiba-tiba....

“Hah!..”

“Opocot!” Aina melatah bila Niza mengetuk meja dengan agak kuat, membuatkan Niza ketawa besar.

“Kau melatah Aina?” soal Niza bersama sisa tawanya. “sejak bila?”

“Sejak tadi” balas Aina sedikit menjeling. “kau boleh tanya lagi`sejak bila?’ siapa suruh kau ketuk meja punyalah kuat.. tentulah aku terkejut” marah Aina sambil menggigit bibirnya menahan marah.

“Okey..okey..jangan marah...kau nak kerja tak?”

“Tentulah nak”

“Kebetulan kat tempat aku bekerja memang ada satu jawatan kosong tapi...”

“Tapi apa?” soal Aina kurang sabar.

“Bakal bos kau tu gatal sikit, kau sanggup tak Cik NurAina Hidayah?”

“Hallo kawan.. cakap saja lah yang aku ni dah berkahwin”

“Itu yang masalahnya”

“Masalah apanya?” soal Aina hairan.

“Aku takut kau tak dapat kerja ni, kalau kau cakap kau dah kahwin” ujar Niza sambil memandang tajam wajah Aina seketika sebelum menyambung kata “jadi...”

“Jadi apa? Takan kau nak suruh aku....” soal Aina sambil membalas renungan rakannya itu, hatinya sedikit resah seperti dapat menduga apa yang berada dalam fikiran Niza.

“You mean.. nak suruh aku menipu?” lambat-lambat Aina menyambung ayatnya.

Sejenak bulat mata Aina, bila Niza mengangguk dan tersenyum nakal bagi menjawab soalannya.

No comments:

Post a Comment