Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Friday

Apa Sebenarnya 1

Jendela kayu kamar di kuak perlahan.. angin sepoi-sepoi bahasa berlumba-lumba menerpa menyentuh wajahnya.. cukup mendamaikan.. namun masih tak dapat dia menenangkan dirinya yang kerinduan. “Apa khabarlah agaknya kawan-kawannya di sana” mesti seronok.. maklumlah musim bunga.. Aduhh! Kalau tak di sebabkan daddy memaksa pasti dia masih berada di sana.

Kepekatan malam membuatkan dia sedikit bimbang. Suasana kampong yang asing bagi dirinya kelihatan suram mematikan niatnya untuk berlama-lamaan di jendela. Pantas jendela di kunci rapat lalu kembali semula ke katil merebahkan diri. Bosan menanti lena tak mendatang, tangannya mencapai komputer riba lantas menaip alamat laman web peribadinya yang menyimpan seribu satu kisah dan kenangan. Belumpun sempat jari jemarinya menitip kata.. matanya tertacap pada sesuatu. Sejenak dia menjeling waktu yang tertera di situ.. “Patutlah” tuturnya perlahan bila detik waktu ini menunjukkan tepat pukul 12.01am..

Happy Birthday to youHappy Birthday to youHappy Birthday to D.A.S..Happy Birthday to you. “Very funny!” tergelak kecil dia melihat gambar kartun yang terkedek-kedek mendendangkan lagu untuknya.

Thank youThank youThank youThank you `Laut’Balasnya sambil tersenyum-senyum menaip.

I wish you all the best.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. dan berbahagia bersama dengan orang-orang yang tersayang.
Laut.


“D.A.S” sekali lagi tergelak kecil dia bila membaca tulisan `laut’ memanggilnya begitu.. “DAS pun DASlah” ujarnya tergelak sendiri di mana DAS bukanlah nama sebenarnya tetapi adalah singkatan bagi Dalila Adam Smith. Rasanya biarlah kekal begitu lebih selamat dari terlampau berterus terang. Dia sendiri tidak tahu apa-apa tentang Laut.. yang dia tahu, Laut seagama dengannya dan tinggal di Malaysia.. itu saja. Biarpun jauh di sudut hati teringin sangat dia hendak mengenali siapa itu Laut.. apa jantinanya.. berapakah umurnya.. bagaimanakah orangnya.. macamana rupanya.. single atau dah berkeluarga.. namun semua itu hanyalah secebis impian. Sambil tangannya ligat menaip sempat mindanya berputar mengimbas detik terjadinya perkenalan antara dia dengan laut di mana menurut Laut, beliau telah menjumpai blognya secara tak sengaja sewaktu tersilap mengeja untuk masuk ke blog kawan. Dan jutaan maaf juga Laut pinta kerana membaca tulisannya tanpa sengaja. Menurut Laut lagi bait-bait bahasa yang indah dan luahan hati D.A.S telah membuatkan Laut menjadi pengunjung setia ke laman ini.

Saya sekarang ini berada di Malaysia…..
Cepat-cepat Dalila memadam semula patah-patah perkataan yang baru ditaipnya. Tak perlu lah si laut mengetahui lokasi di mana dia berada sekarang. Cukuplah setakat laut mengetahui dia berada di Germany.. rasanya tak perlulah persahabatan yang terbina di alam maya di bawa ke dunia realiti. Kadang-kadang terlintas di fikiran untuk memprivasikan saja laman blognya dari dijejaki namun bila membaca setiap komen dari laut yang berunsur nasihat dan kebaikan.. Dalila membatalkan niatnya itu.

Terasa penat menaip Dalilah berbaring sejenak. “Alahaiii.. mata.. kenapa ni tak mahu lena” Dalila merungut-rungut sendiri. “Aduhh..” keluhnya sendiri bila mata yang terpejam masih belum mengundang lena membuatkan Dalilah tertanya-tanya sendiri. Apakah kerana perubahan cuaca? Atau suasana di sini yang ketara berbeza? Sedang dia asyik melayan fikiran bunyi sms memecah keheningan.

Happy Birthday Dalila – 25 – I love You.

“Daddy.. ” sambil tersenyum Dalila membaca.
“Yes!” jeritnya riang bila mengetahui daddynya juga seperti dirinya tidak dapat melelapkan mata lalu pantas dia berlari mendapatkan daddy di kamar sebelah.. pintu kamar daddy ditolak perlahan namun Dalila membatalkan hasratnya bila kedengaran sayup-sayup suara daddy mengaji meruntun hati dan perasaan. Wajah daddy terpamir seribu satu rahsia yang tersimpan. Ada kelukaan terpalit di wajah itu. Namun apa sebenarnya sukar dia menduga. Bila di imbas kembali sejak kecil dia tidak pernah mengenali siapa mummy. Pernah satu ketika dahulu uncle Ikram terlepas kata tentang rupanya yang saling tak tumpah wajah mummy cuma warna kulitnya membuatkan dia mirip daddy. Dari uncle Ikram jugalah dia mengetahui serba sedikit tentang asal usul mummy dan daddy.. Apa yang dia tahu mereka berpisah sejak usianya tiga tahun lagi dan uncle Ikram jugalah yang membimbing daddy agar berpegang teguh pada agama dan tidak berubah haluan biarpun tanpa mummy di sisi. Jauh di dasar hatinya ingin sangat dia mengetahui siapa mummy namun melihatkan daddy yang seperti mengelak dari berbicara mengenainya membuatkan dia mengabaikan saja perasaan itu. Namun semua itu berubah bila seminggu yang lalu daddy mengajak dia ke sini.. ke tempat tumpah darahnya. Membuatkan pelbagai soalan berbaris menanti jawapan. Namun masih jua dia meneka dalam kesamaran.

Tidak mahu mengejutkan daddy, Dalila menutup kembali pintu dan kembali ke kamarnya.

Arghh.. Dalila menjerit kecil bila matanya masih belum mahu terlena. Selimut ditariknya hingga menutupi kepala namun hanya mata yang terpejam bukan mindanya. Selimut diturunkan semula. Jam di meja dipandang sejenak. Ahh..Masih terlalu awal. Sekali lagi dia memejamkan mata memaksa dirinya untuk terlena. Saat ini tak sabar rasa hatinya menanti subuh menjelma.


bersambung...

No comments:

Post a Comment