Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Saturday

Benarkah Cinta 1

“Sarah tak janji ummi,kalau tak sibuk nanti Sarah ke sana”

“Ummi minta sangat-sangat kat Sarah, hujung minggu ni baliklah. Ummi dan abah rindukan Syafiq dan Sarah, rindu sangat-sangat..”

Arghhhh...

Masih terngiang-ngiang lagi permintaan daripada Ummi sebentar tadi, permintaan yang amat sukar untuk di penuhi. Skrin computer dan kertas lakaran surat di meja ku pandang silih berganti. Hilang mood untuk terus menaip. Lantas aku bersandar. Entah mengapa hati ini merasa resah. Permintaan itu terasa bagaikan beban. Biarpun beberapa kali dia mencuba dari terus memikirkan perbualan mereka sebentar tadi tetapi mindanya bagai menghalang. Akhirnya jiwanya tidak tenteram hatinya berdebar-debar. Saat ini membuatkan dia terkenangkan seseorang. Kalaulah kakak Salwa masih ada......


“Macamana dengan kakak saya..dia ada di mana..terukkah keadaannya..?” soalku bertalu-talu kepada jururawat yang bertugas apabila sampai di hospital.

“Kakak Cik masih berada di bilik pembedahan, sabarlah ya cik, kami sedang berusaha untuk menyelamatkannya.”

“Bagaimana pula dengan abang ipar saya…Hisyam..dia ada di mana..dalam bilik pembedahan juga ka?”

Jantung Sarah berdegup kencang menantikan jawapan dari Jururawat tersebut apatah lagi melihat reaksi wanita tersebut yang memandangnya hiba.

“Maaf..abang ipar cik meninggal serta merta di tempat kejadian.”

“Ya Allah..” aku terus terduduk, tak dapat berkata-kata hanya air mata deras mengalir, hilang sudah akalku..apa yang perlu aku lakukan…bagaimana hendak ku khabarkan berita ini kepada keluarga abang Hisyam..sedangkan dulu perkahwinan kakak dan abang Hisyam tak di restui oleh ibu dan ayah abang Hisyam.. dan apakah reaksi mereka apabila mendengar berita ini pula...

Dalam keterpaksaan aku mengeluarkan talipon bimbit.



[3 hari selepas pembedahan]


“Sarah..kakak mohon pada Sarah..bila kakak tak ada nanti..jagalah Syafiq seperti anak Sarah sendiri..” tersekat-sekat suara Kak Salwa.

“Sudahlah kak..jangan cakap lagi..Sarah janji..apa jadipun Sarah tetap akan jaga Syafiq” sambil berjanji aku sedaya boleh cuba mengawal diri agar tidak kelihatan lemah dan menangis di hadapan kak Salwa. Satu-satunya saudara terdekat yang aku ada selepas kematian kedua ibu bapa kami.
Namun kita mampu merancang, ajal maut semua di tangan tuhan. Itulah ketentuanNya. Seminggu berada di hospital, Kak Salwa pergi buat selama-lamanya. Satu-satunya saudaraku yang tinggal cuma Syafiq…anak buahku.




Bunyi ketukan bertalu-talu di meja membuatkan lamunan ku terhenti…

“Amboi..mengelamun dia..tak pergi makanka???”
“Hallo..hallo…Sarah, dengar tak ni” Encik Amirul Haziq menegurku sambil mengetuk-ngetuk meja.

“Eh..Encik Haziq.. maaf, Encik tanya apa tadi?”

“Saya tanya..awak tak pergi makanka? sambil ketawa Encik Haziq mengulang kembali soalannya tadi.

“Saya belum lapar lagi”

“Kenyang mengelamun ye”

Alahai mesti Encik Amirul Haziq perasan tingkah laku aku sedari tadi. Sarah memarahi diri sendiri kerana membiarkan diri mengelamun jauh semasa bekerja..

”kenapa dari tadi saya tengok awak asyik termenung ja..awak ada masalah ka??”

Betul sangkaannya, tingkah lakunya di sedari oleh Encik Amirul Haziq, lantas membuatkan dia merasa malu.

“Atau kalau awak perlukan seseorang..awak boleh cerita masalah awak kat saya..I’m a good listener, you know..” ujar Encik Amirul Haziq sambil tersenyum manis.

“Tak ada apa-apalah, Encik Haziq, I’m ok, thanks.” Balas Sarah pantas. Saranan majikannya membuatkan mukanya terasa panas.

“Are you sure? kalau begitu..come we go for lunch”

“Encik ajak saya ka?” tanya Sarah sambil mengerutkan dahi.

“Is anyone else around us?” soal Encik Amirul Haziq sambil memandang kekiri dan kanan.

“So, temankan saya pergi lunch..saya belanja..bukan senang saya nak belanja tau..” ajak Encik Haziq lagi sambil merungkai tali lehernya dan memasukkan ke dalam poket seluar.

“Maaflah Encik Haziq..saya bawa bekal hari ini, lain kali ya” pantas Sarah menjawab sambil mengeluarkan bekal yang ku bawa dari dalam laci. Lagipun dia rasa tak selesa keluar makan dengan bos. lagi-lagi dengan bos idaman malaya ni. Sarah perasan mata majikannya memandang ke arah bekal yang berada di tangannya.

“Oklah..lain kali,” ajuk Encik Amirul Haziq sambil ketawa kecil. “Saya harap ada lain kali tu untuk saya..” “takpalah kalau gitu saya pergi dulu” ada nada seakan-akan merajuk..agaknya sengaja buat-buat merajuklah tu..rajuk bos dengan setiausahanya..aku berkira-kira sendiri didalam hati.

Aku hanya tersenyum melihat Encik Haziq berlalu.

Perfect! itulah yang dapat aku gambarkan tentang Encik Amirul Haziq, Pengurus Besar di Damai Construction. Kacak, tinggi, baik serta mempunyai seraut wajah dan senyuman memikat di tambahkan pula dengan kekayaan serta kemewahan yang di kecapinya membuatkan lelaki itu pada pandangan Sarah memang cukup sempurna.




Sarah tersenyum memandang surat di atas meja. Satu kepuasan yang tak terhingga. Sejenak dia memerhati jam di dinding menunjukkan hampir pukul 5 petang, lagi setengah jam tamatlah tugasannya untuk minggu ini kerana hari bekerja di sini cuma 5 hari seminggu, itu yang bestnya. Sementara menunggu jarum panjang bergerak ke angka 6sempat dia melayan perasaan sekaligus melenyapkan permasalahan yang bersarang di minda. Surat Pengesahan Jawatan yang diserahkan oleh Encik Haziq kepadanya selepas makan tengah hari tadi diulang baca. Cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah hampir 6 bulan dia bekerja di Damai Construction sebagai Setiausaha. Bila di kenangkan kembali mungkin sudah rezeki dirinya, percubaan pertama dalam temuduga terus berjaya mendapatkan pekerjaan berbanding dengan rakan-rakanku yang lain terpaksa menanam anggur berbajakan degree yang ada dalam tempoh yang agak lama. Walaubagaimanapun hatinya sedikit gusar kerana telah berbohong pada ruangan status ketika mengisi borang permohonan kerja, nasib baik ketika sessi temuduga perkara ini tak di sebut.
Arghhh.. Sarah melepaskan keluhan. Sekali lagi dia mengerling ke arah jam di dinding.

"Aduh…apasai la lambatnya masa berjalan…kerja semua sudah ku bereskan, Encik Haziq pula pukul 4 tadi dah keluar dengan Datok Rosman ke Gurun tengok tapak katanya. Encik Haziq begitulah rutinnya kalau tak ada client/temujanji bisnes, keluar tengok tapak, tak pun pergi main golf. Untuk mencari idea dan penyelesaian terangnya ketika aku menanyakan hal ini, almaklumlah ini pengalaman pertama ku bekerja, matahari terpacak atas kepala tiba-tiba bos kata nak main golf mestilah aku terkejut. Katanya lagi, ketika bermain golf otak menjadi lebih produktiviti dan tambahnya lagi suasana ketika itu memberi ketenangan pada gelombang otak sekaligus menimbulkan idea-idea kreatif. Aku cuma mengangguk-angguk kepala pura-pura faham dan sedikit gelihati “idea dan masalah selesai dengan main golf???” hehehe… Sarah ketawa sendiri.

Syok juga kalau sekali sekala duduk mengelamun, sedar-sedar jarum panjang dah menghala ke angka 6 menunjukkan tepat pukul 5.30 petang. Tamat juga penantianku, sabtu dan ahad pula cuti, yahoo…tergesa-gesa aku mengambil beg tangan dan bergerak ke kereta, nampaknya ada staf lain yang lebih awal dariku kerana banyak meja yang kosong almaklumlah bos tak ada di ofis.

Sampai saja ke kereta tanpa membuang masa enjin kereta dihidupkan dan menghalakan pemanduanku ke “Nursery Anak Soleh/Solehah”.

No comments:

Post a Comment