Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Monday

Hati yang Terkunci 4

Hampir setengah jam Amzar terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Bahang panas mula terasa. Penghawa dingin walaupun di letak semaksimum sudah, namun masih tak mampu menyejukkan panas yang sedang bergelegak di dalam. Amzar memandang ke kiri dan kanan, langsung tidak ada ruang untuk dia mencelah. Dia mengalah sambil mengeluh sendiri. Merasa bosan lalu dia meninggikan volume radio sambil tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut alunan lagu.

Akhirnya dapat juga Amzar peluang memboloskan diri dari kesesakan yang hanya di sebabkan oleh sebuah kereta rosak menghalang laluan, setibanya dia ke destinasi jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Terkocoh-kocoh Amzar keluar dari kereta dan berlari-lari anak menuju ke dalam bangunan yang tersergam indah itu.

“Boleh saya bantu encik” tegur gadis di kaunter Penyambut Tetamu sambil tersenyum manis memandangnya.

“Saya nak jumpa dengan Encik Karim, saya dari Titian Emas Construction” Amzar memperkenalkan diri.

“Encik Adib Amzarkan?” soal gadis itu lagi bagi pengesahan, lalu Amzar menganggukkan kepala. “Tunggu sekejap ya, please have a seat” ujar gadis itu selepas meletakkan ganggang talipon. Sambil membalas senyuman gadis itu, Amzar mengambil tempat duduk.

Dari jauh Julia melihat kelibat seseorang yang amat dia kenal.
“Eh! Adib Amzarkan?” soalnya di dalam hati. Tapi belum pun sempat dia menegur, Encik Karim lebih awal mendahuluinya.

“Hai! Amzar” tegur Encik Karim sambil menghulurkan tangan berjabat tangan. “Come” ajak Encik Karim lalu mereka beriringan berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Bulat mata Julia memerhati gerak geri Amzar sehinggalah lelaki itu hilang di dalam ofis Encik Karim, lalu meja Liza, Setiausaha Encik Karim di hampirinya.

“Tea? Coffee? Soal Encik Karim sambil tangannya sudah berada di punat intercom.
“Liza, two coffee please” ujar Encik Karim kepada setiausahanya sebaik Amzar memberi isyarat untuk coffee.

“Nak buat kopi untuk Encik Adib Amzar ke?” soal Julia sambil mengekori Liza ke pantry.

“Ha ah” jawab Liza Setiausaha Encik Karim sepatah, lalu membawa minuman yang siap terletak di atas dulang ke bilik majikannya.

Julia juga turut keluar dari pantry dan kembali ke mejanya. Tidak senang duduk di buatnya, sesekali matanya melirik ke arah bilik ofis Encik Karim sambil meninjau-ninjau kelibat Amzar namun hampa. Sekilas dia memandang jam yang menunjukkan hampir pukul 5.30 petang, menandakan waktu pejabat sudah pun tamat tapi kelibat Amzar belum kelihatan. Julia mula resah dan berjalan mundar-mandir di depan mejanya dan tak lama kemudian dia mendengar pintu bilik Encik Karim dibuka. Lantas tergopoh-gapah Julia kembali ke tempat duduknya sambil berpura-pura mengeluarkan tas tangan dari laci meja dan perlahan-lahan melangkah kaki ke ruang depan.

“Eh! Kamu belum pulang lagi?” soal Encik Karim ketika mereka bertembung di ruang penyambut tetamu.

“Belum lagi, eh! You pun ada Am” tegur Julia berpura-pura terperanjat.

“Ya” serentak Encik Karim dan Amzar menjawab. Melihat air wajah Encik Karim berkerut membuatkan pantas Amzar menerangkan kepada lelaki itu bahawa dia dan Julia telah berkenalan sebelum ini. Kemudian, mereka beriringan jalan ke tempat memakir kereta.

“So. Amzar, jumpa lagi” ucap Encik Karim sambil berjabat tangan dengan Amzar, setiba di kereta.

“Apa kata.. jom kita pergi minum dulu”

Tersentak Amzar dengan ajakkan Julia, namun dia tetap melemparkan sebuah senyuman.

"Takan tak sudi" Julia bersuara lagi mencuba nasib.

“Ops! Sorry I kena balik awal, dah janji dengan mama. Lain kalilah ya” jelas Amzar sambil memandang jam tangan. Sebaik mungkin dia menolak agar gadis di depannya tidak tersinggung. Biarpun begitu sebentar tadi, dia telah mendapat panggilan dari mama supaya dia pulang awal.

“Okeylah.. harap-harap adalah lain kali tu untuk I” Julia bersuara dengan nada seperti merajuk. “Anak mak betullah mamat ni” rungut Julia di dalam hati sambil memandang Amzar tergesa-gesa masuk ke dalam kereta.

“Ada apa mama, suruh Am pulang segera”

“Ish! Kamu ni, tak menyempat-nyempat duduklah dulu” tegur Fuad, tidak gemar sikap Amzar yang agak kurang sabar.

“Mama ada satu berita untuk kamu”

“Berita baik atau tak baik?” soal Amzar bila melihat air muka mamanya yang sedikit gelisah. Entah mengapa tiba-tiba hatinya berdebar-debar.

“Dua-dua”

“Am nak dengar yang baik dulu” jelas Amzar dengan perasaan gelisah.

No comments:

Post a Comment