Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Tuesday

Hati Emas

Firdaus menyandar sambil meletak kedua tangannya di belakang kepala. Di bibirnya terukir senyuman nipis. Dia memejamkan mata seketika. Tak lama kemudian dia mengubah kedudukan, sekilas matanya tertumpu kepada majalah yang berada di atas meja. Firdaus mengerling sejenak majalah itu, lalu mengubah kedudukan dari menyandar kepada rapat ke meja.. dan buat kedua kalinya, Firdaus menatap gambar model penghias muka depan majalah tersebut sambil menggeleng kepala, “Maria! Maria” ucap Firdaus perlahan.

Helaian demi helaian diselak oleh Firdaus untuk mencari berita yang memuatkan tentang Maria.

Model terkenal Maria bakal mengahwini seorang Datuk !

Tergelak seketika Firdaus membaca berita itu. Dulu dia diburu kini giliran Datuk O pula. Maria! Maria! Betul-betul materialistik. Setelah habis duit aku dikikis sehingga hilang kepercayaan papa padaku.. kau mula berubah laku.. malah kau buat aku macam tunggul.. pergi dan balik rumah sesuka hati.. langsung tak boleh ditegur.. apatah lagi ketika itu aku betul-betul dalam kesusahan.. sanggup kau perlekehkan aku sesuka hatimu.. anggap aku tidak berguna.. akhirnya perpisahan kau pinta dariku. Kejam betul kau Maria. Sempat Firdaus bermonolog sendiri.

Firdaus melempar majalah tersebut ke dalam bakul sampah. Tak perlu dia mengenang kisah hidup lalunya bersama Maria, buat menyakitkan hati. Sekali lagi dia menyandar sambil memejamkan mata. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang..

Mia Areena!

Perasaan Firdaus menjadi tidak menentu tatkala nama itu keluar dari bibirnya.
Maafkan aku Mia





“Apa salah Mia abang, sehingga sanggup abang hendak ceraikan Mia?”

“Kau ni tak faham-faham bahasa ke? kan aku cakap aku nak kahwin dengan Maria” Firdaus menjawab kasar tanpa memandang wajah Mia.

“Sebagai lelaki abang ada hak untuk kahwin lebih dari satu kerana abang mampu.. Mia rela.. tapi tolong jangan tinggalkan Mia abang.. tolonglah.. cuba fikirkan tentang ibu bapa dan keluarga kita, bang” Mia masih merayu cuba meraih simpati Firdaus namun hampa. Kekerasan hati Firdaus sukar dilembutkan lagi. Nekad sungguh Firdaus.




Sejenak Firdaus melepaskan satu keluhan panjang. Empat tahun cepat sungguh berlalu. Selepas perpisahannya dengan Maria.. entah mengapa Firdaus mula teringatkan Mia.. hampir empat tahun juga dia tidak bertemu dan bersua dengan Mia dan bekas keluarga mertuanya. . Khabar berita dari mereka langsung tidak ada.. dan selama itu jugalah hatinya sentiasa memberontak dan menggelisah meronta-ronta untuk bertemu dengan mereka.. tapi dari mana dan bagaimana hendak dia bermula serta di mana hendak dia mencari wanita itu untuk memohon kemaafan Firdaus tidak tahu.. langsung buntu.

Sejenak Firdaus memandang sekeliling bilik pejabatnya.. segala-gala kini adalah miliknya.. keluarga dan sahabat handai berbangga dengan pencapaiannya.. namun usah tertipu dengan gelak dan senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya.. kerana...itu hanya luaran..sebaliknya di dalam.. perasaan dan jiwanya selalu tak tenteram selagi dirinya tidak dimaafkan oleh Mia Areena.

Masih sendirikah kau Mia? seperti aku... atau sudah berteman... Firdaus menyoal di dalam hati.

“...tolong jangan tinggalkan Mia abang.. tolonglah...”

Masih kedengaran rayuan Mia kepadanya. Firdaus menggelisah seketika lalu dia bangun berdiri sambil berjalan mundar-mandir. Namun sekali lagi...

“Apa salah Mia abang, sehingga sanggup abang hendak ceraikan Mia?”

Tersentak seketika Firdaus bila suara itu sekali lagi dan berulang-ulang berkumandang bermain di telinga dan fikirannya. Firdaus meraup wajahnya seketika sambil beristighfar.

Maafkan aku Mia.. Maafkan aku...

No comments:

Post a Comment