Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Tuesday

Benarkah Cinta 7

Teratak Saujana

Sebaik turun dari kereta, mata Sarah liar memerhati sekeliling. Tidak banyak berubah, tetap sama seperti dahulu sentiasa kemas dan bersih. Dia memandang ke arah depan pintu masuk tersusun rapi pasu-pasu bunga seolah-olah sedang berbaris menyambut tetamu kehormat. “Mungkin baru di beli Pak Zabidi” duganya dalam hati. Rajin dan kreatif betul Pak Zabidi dan pandai pula dia menyusun atur kedudukan pasu-pasu yang ada puji Sarah di dalam hati. Sarah membuka pintu masuk Teratak dan meletakkan beg pakaiannya di sebelah dinding sambil membuatkan isyarat tangan hendak ke pantai kepada seorang gadis manis di situ. Syafiq pula sudah lama berlari masuk ke dalam Teratak. Sarah membiarkan saja, bukan anak saudaranya tak biasa, malah kebanyakkan penduduk dan pengusaha chalet di Pantai Chenang memang mengenali Sarah. Lalu dia menghayunkan langkahnya menuju ke pantai, melabuhkan punggung ke pasir sambil membiarkan dirinya di sapa oleh angin dan bayu.


“Dari jeti kuah Sarah tumpang abang Bob” terang Sarah kepada Pak Zabidi dan Mak Com sebaik saja kembali dari menghirup udara segar di pantai. Memang sengaja Sarah tak memberitahu kepulangannya kali ini kerana tak nak menyusahkan mereka. Sudah banyak jasa mereka kepada Sarah sekeluarga. Apatah lagi selepas setahun kematian ibu Sarah akibat barah, ayahnya pula telah meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan haji kali ke dua. Walaupun Teratak di serahkan kepada mereka berdua tetapi di sebabkan ketika itu Sarah masih menuntut dan Salwa pula bekerja di Kuala Lumpur maka segala urusan di serahkan kepada Pak Zabidi.
Mengikut seperti yang pernah di ceritakan oleh ibu Sarah, Pak Zabidi pernah menyelamatkan ayah Sarah dari lemas sewaktu terjatuh ke laut dari bot. Semenjak dari hari itulah hubungan mereka menjadi rapat kebetulan pula waktu tu Pak Zabidi tidak mempunyai kerja tetap maka ayah Sarah telah mempelawa beliau untuk bekerja di Teratak. Kesetiaan dan sikap rajin Pak Zabidi menjadikan hubungan antara majikan dan pekerja tersebut telah bertukar menjadi hubungan keluarga. Pasangan suami isteri itu juga sudah menganggap Sarah dan Syafiq seperti anak dan cucu mereka sendiri.

“Ita kata kamu nak tidur di Teratak malam ni, betul ka? Kenapa tiba-tiba je tak nak tidur di rumah?” soal Mak Com kehairanan apabila Ita iaitu Penyambut Tetamu di Teratak memaklumkannya tentang hajat Sarah bermalam di chalet.

“Saja nak ambil udara laut malam ni, lagipun Sarah tengok kali ni ramai pulak pelancong yang menginap di sini, jadi bolehlah Sarah tengok-tengok apa yang patut, ala makcom…petang ni Sarah ikutlah Mak Com balik, kita makan malam bersama, bolehlah ya..ya?” tutur Sarah manja seraya memujuk Makcom yang agak kurang setuju dengan keinginannya.

“Iyalah..lain kali cuti panjang sikit..bolehlah lama-lama sikit kat sini” balas Makcom memberi keizinan sambil ketawa kecil bila di pujuk oleh Sarah.

“Baik Puan” kata Sarah sambil mengangkat tabik kepada Makcom.

***

“Oi! Cik kak, bila sampai?” tegur satu suara ketika Sarah sedang memasukkan kunci untuk membuka pintu chaletnya yang terletak mengadap ke laut, seraya dengan itu Sarah menoleh ke belakang mencari empunya suara yang sedap berbahasa.

“Oh! Engkau Najwa, sedapnya bahasa kau ber oi oi dengan aku..” balas Sarah kepada Najwa kawan sepermainan sejak dari kecil lagi yang kini merupakan pengusaha restoran ikan bakar di Pantai Chenang.

“janganlah marah mama. Mana Syafiq” usik Najwa sambil tersengih.

“Banyaklah kau punya mama” dia ikut tok wan dialah apa lagi dia buat kalau balik sini kata Sarah sambil menolak beg masuk ke dalam bilik.

“Aku tengok makin cantik dan berseri-serilah kau sekarang ni, ada apa-apaka? Atauuuu…tak lama lagi Syafiq nak dapat papa, ehhhh blushing tu ha..ha..mesti ada, citerla kat aku Sarah?" Desak Najwa lagi seperti anak-anak kecil minta di belikan ais krim.

“Jom kita duduk di luar” ajak Sarah tanpa mengendahkan usikan dan desakan Najwa.

“Lamake kau kat sini?” soal Najwa menghuraikan ketegangan apabila dia melihat riak wajah Sarah agak serius.

“Macam biasalah esok balik, kenapa?”

“Aku ada call kau tapi tak dapat, kau tukar nombor ke?”

“Taklah aku beli hp baru sekali dengan nombor pun baru, hp dan nombor lama aku tak buang, Aku simpan, tapi seminggu sekali adalah juga aku tengok.”

“Banyaklah kau punya seminggu sekali tengok, aku dah dua minggu call dan sms kau tak balas pun!!!”

“Sorilah….apa yang penting sangat ni?”

“Tak adalah..hmmm..Pak Zabidi tak cerita apa-apa kat kau?”

“Tak pun…kenapa?” soal Sarah sambil menggelengkan kepala.

“Hmmm…Haris” sekilas Najwa melihat air muka Sarah berubah apabila dia menyebut nama itu. “Haris ada call aku, Tanya pasal engkau..katanya mula-mula dulu ada juga kau jawab dan balas sms dia tapi sejak akhir-akhir ni dia kata kau senyap ja…kenapa ek?” ucap Najwa sambil memandang wajah Sarah.

Sarah Cuma menggelengkan kepala dan membuang pandang kearah laut.

“Benarkah dulu kau belum bersedia lagi atau itu hanya alasan kau Sarah? Lembut Najwa menutur kata mempersoalkan kembali keputusan yang di buat Sarah, takut kalau-kalau kawannya itu berkecil hati. “Sarah..dari nada suara Haris, aku tahu dia masih mengharapkan kau Sarah” ujar Najwa.

Sejenak Sarah memandang Najwa, Sarah ingin berkata sesuatu tetapi lidahnya terlalu kelu yang pasti saat dan tika ini mindanya kosong, sekosong hatinya, akhirnya sekali lagi dia merenung ke arah laut. Laut yang tak pernah jemu-jemu mendekati pantai.



***



Haziq


Haziq menghempaskan talipon sambil meraup wajahnya. Jiwanya kacau dah tertekan. Sudah seminggu tidak jemu-jemu pemanggil itu menalipon Haziq dan sudah seminggu juga dia berkeadaan begitu. Panggilan itu menyebabkan hari-hari yang dilalui begitu sukar ditempohi dan luka lamanya seolah-olah berdarah kembali.. Ahhh…Sudah empat tahun dia bangkit dari kekecewaan lalu tapi..kenapa kini dia muncul lagi…bisik hatinya..

***

“Maafkan Mazni bang, bukan niat Mazni nak menipu, waktu tu, Mazni tak berdaya nak menghampakan permintaan mummy and daddy” Mazni bersuara sambil mengelap air mata yang sejak tadi deras mengalir.

“Lepaskanlah Mazni bang, Mazni bukanlah isteri yang baik untuk abang,” ucap Mazni lagi. Betapa hancur dan luluh hati Haziq apabila mendengar pengakuan Mazni bahawa dia masih menyintai bekas kekasihnya dan ingin bersama semula. Terasa sia-sia sahaja kasih sayang dan perasaan cinta yang dia pupuk, baja dan semai untuk Mazni. Walaupun perkahwinan mereka bukan berdasarkan cinta, takan dalam dua tahun ni Mazni masih tak dapat menerimanya. Keluh hati Haziq. Kalaulah dari dulu dia tahu hati Mazni milik orang lain takan dia menerima..tapi sayang semua sudah terlambat…

“Abang peliharalah Nabila, Mazni rela bang, Mazni janji takan menuntut apa-apa dari abang"

Akhirnya walaupun betapa berat hati Haziq terpaksa juga dia melepaskan Mazni.



Dari jauh Puan Suraya memerhatikan tingkah laku Haziq yang asyik termenung, simpati dan kesal Puan Suraya dengan apa yang berlaku. “Ini semua salah aku” detik hati Puan Suraya. Kalaulah dulu dia menyiasat dan bertanya dulu kepada Mazni sebelum menyatukan mereka pasti tak jadi begini. Lalu Haziq di hampirinya.

“Mazni talipon?” Tanya Puan Suraya pendek.

“Ya bu” jawab Haziq lantas lamunannya terhenti.

“Nak apa dia?”

Haziq memandang ibunya sambil mengeluh. Belum pun sempat dia bersuara…

“Papa..papa” laung Nabila sambil menuruni anak tangga.

“Kenapa sayang?”

“I’m confuse pa..confuse? kata Nabila sambil mengerutkan dahinya. “can you please help me to solve this problem”

“What problem?”

“See pa, how come dua darab dua is empat but tiga darab tiga is nine bukan enam?”

“Ohhh…senang je”

“Explain please..”

Puan Suraya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak dan cucunya itu sambil mendaki anak tangga menuju ke kamar. Haziq memang anak yang taat.
Satu sifat terpuji yang ada pada Haziq, dia pandai mengawal situasi dan keadaan, tidak pernah melepaskan amarah atau masalah dirinya kepada orang lain dan jarang sekali Suraya mendengar dia meninggikan suara, walaupun terang-terang Mazni telah menduakan dia dahulu. Tapi sayang Mazni tak pandai menilai..Harapan Suraya semoga ada insan yang benar-benar menghargai diri Haziq suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment