Terkini

Salam,

Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog ini.

Saya amat berharap apa saja yang dipamirkan di sini tidak di copy paste/membuat salinan keluar tanpa kebenaran saya melainkan bersama credit sumber asal.

Di sini juga ingin saya maklumkan bahawa ada antara cerita2 bersiri yg telah tamat akan saya publish semula. Mungkin ada sedikit perubahan dan ada juga yang kekal.

Akhir kata, SELAMAT MEMBACA.

Terima kasih.

Jangan tanya aku lagi... :)

Sunday

Cintamu Mekar di Hati

“Anak Jiran konon...”
“Adik angkat konon...”
“Hah! Ini apa? Apa?”

Jeritan dan jerkahan Emy begitu lantang memecah gegendang telinga. Terperanjat dia melihat perangai wanita itu yang sungguh berbeza. Tiada lagi kelembutan, sebaliknya ketika ini seperti singa yang kelaparan di mana sepasang mata itu tajam dan liar memandang dirinya dan Sofia silih berganti. Orang ramai yang lalu lalang sesekali menjeling ke arah mereka. Sempat dia menoleh melihat Sofia yang terkulat-kulat berdiri di situ dengan kolam mata yang berair.
“Amboi! sempat main mata lagi” aku cepat-cepat mengalih mataku dari memandang Sofia bila di sindir begitu oleh Emy. Lalu sekeping kertas kecil yang berada di tangan Emy ku ambil lantas tanpa membuang masa aku membaca.

Emy,

I just nak bagi amaran kat you.. abang Taufiq tu I yang punya.. so jangan kacau.

Sofia.

Habis saja membaca aku meraup wajah seketika sambil melepaskan satu keluhan sebelum berpaling memandang Sofia.
“Kenapa Sofia buat macam ni kat abang?”
“Bukankah Sofia sudah sedia maklum yang abang dan kak Emy ni couple...”
Setenang yang boleh aku menyusun ayat namun tak dapat aku meneruskan kata . Aku memandang Sofia di mana saat ini Sofia kelihatan sedang berkerut dahi memandangku seperti tergamam mendengar pertanyaanku tadi..

“Sofia...” panggilku lagi sambil memandang tepat ke anak mata Sofia.

“Sofia buat apa bang?” ku lihat Sofia seperti takut-takut menyoal balas.

“Buat-buat tak tahu pulak” sindir Emy sambil menghampiri ku.
“Sofia buat apa bang...” ajuk Emy mengejek.
“Hah! Ambil ni baca” saran Emy sambil merampas nota yang berada di tanganku lalu menyerahkan kepada Sofia.

“Sofia..” aku memanggil gadis itu bila melihat air wajahnya yang berkerut sambil membaca nota tersebut.
“Sofia kan baru berusia 16 tahun... masih bersekolah lagi... SPM pun belum lepas lagi.. " aku diam seketika cuba melihat reaksi Sofia sebelum meneruskan kata. ".... dan sekarang ni bukannya masa untuk Sofia bercinta.. kena belajar dulu dan....” aku diam seketika bila melihat Sofia yang kelihatan seperti terketar-ketar memandangku. Mungkin malu atas perbuatannya, dugaku sendiri. Entah aku sendiri pun hairan bagaimana gadis itu boleh jatuh hati denganku, sejak bila aku pun tak pasti. Mungkinkah di sebabkan kami berjiran maka keakraban yang terjalin membuatkan Sofia menyimpan perasaan padaku. Tapi gadis itu baru berusia 16 tahun sedangkan aku sudah pun berusia 22 tahun. Argh! mana padan. Lainlah kalau dengan Emy, memang sudah berputik bunga-bunga cinta. Sekilas aku memandang Sofia atas dan bawah, di mana dengan berbaju kurung dan bercermin mata besar bingkai hitam langsung tiada satu pun fizikal gadis itu menarik perhatianku.

“Gatal!”

“Adoi!” separuh menjerit aku bila Emy mencubit lenganku.

“Pandang-pandang” marah Emy kepadaku.

“Mana ada” bisikku menidakkan prasangka Emy.
“Sofia..” ucapku sambil memandang ke arah Sofia semula, yang sedari tadi kaku berdiri di situ.

“Abang... sumpah.. bukan Sofia yang menulis semua ini”
“Percayalah...”

“Hah! Hah! Nak raih simpatilah tu” ejek Emy kepada Sofia.

Sejenak aku melihat Sofia seperti hendak menangis di marahi oleh Emy membuatkan aku menjadi serba-salah. Ingin memujuk Sofia, apa pula kata Emy, menidakkan perbuatan Sofia merajuk pula si Emy.. Aduh! Haru haru! Bentakku dalam hati.
Sejenak aku menarik nafas panjang, sambil cuba mencari jalan penyelesaian.
“Macam ni lah.. abang rasa lebih elok kalau Sofia minta maaf dengan kak Emy... dan abang akan anggap semua ini tak pernah terjadi... keadaan akan jadi seperti sedia kala semula... bolehkan Sofia?” usulku cuba meredakan keadaan. Saat ini aku merasakan hanya ini jalan terbaik setakat ini.

“Tak mau! Sofia tak salah pun... buat apa nak minta maaf”
“Kalau abang nak tau.. ini semua kerja kak Emy.. dia sengaja nak rosakkan perhubungan kita.. sebenarnya dia tu yang cemburukan Sofia.. sebab baik dengan abang”

"Apa kau kata" jerkah Emy bulat matanya memandang Sofia.
“.....dia sengaja nak rosakkan perhubungan kita....” ejek Emy mengajuk Sofia bercakap.
“You dengar tu Fiq.. kan betul I cakap.. dia sukakan you”
“Kalau bukan dia.. siapa lagi yang tulis...”
“Hai.. takan you ada yang lain..” perli Emy sambil menjeling ke arahku.

Sindiran itu buatku jadi panas hati. Pantang aku bila ada orang menuduh aku melakukan sesuatu yang bukan aku lakukan. “Ini semua salah Sofia” bisik hati kecilku sikit sebanyak kata-kata Emy termasuk jua dalam kepala lalu aku mula cuba menyalahkan Sofia di atas apa yang terjadi.
“Dengar sini Sofia... lebih baik Sofia minta maaf dengan kak Emy sekarang... kalau tidak...”

"Kalau tidak apa bang.. nak pukul Sofia.. hah! pukullah" jawab Sofia berani. Tergamam seketika aku dengan reaksi Sofia begitu.

"Sudah.. Sofia nak balik" sambung Sofia lagi.

"Lalulah" Sofia menepis tangan Emy kasar.

"Aduh!" tiba-tiba Emy terjatuh, pantas aku membantu Emy untuk bangun.

"Tak padan dengan kecik" separuh menjerit aku memarahi Sofia sambil tanganku sudah ku angkat hampir-hampir mengena pipinya.

“Abang jahat!” tanpa sempat aku menghabiskan ayat, Sofia terus menjerit, lalu terus berlari meninggalkan aku dan Emy terkulat-kulat di situ.


***


“Kau mengelamun lagi Taufiq?”
“Terkenangkan budak tu lagi?”

“Kau Farhan.. bila kau balik.. tak dengar bunyi kereta pun?” tegurku kepada Farhan yang sedang berdiri di muka pintu. Lantas hilang segala memori lama dari ingatan.
“Baru je.. kau tu terperap dalam bilik.. mana nak dengar”

"Han.. esok aku nak balik kampunglah.."

"Mesti mama kau nak kenalkan kau dengan siapa-siapa lagi"
"Kali ini anak siapa pulak?" usik Farhan sambil ketawa.
"Alah Fiq.. kau terima je pilihan mama kau tu" sambung Farhan bersama sisa tawa.

"Cakap memanglah senang Han"

"Ye lah.. ye lah..."
“Eh! aku laparlah.. jom keluar makan kat kedai hujung taman sana”

Aku tersenyum mendengar saranan Farhan lalu mengangguk tanda setuju, terus aku menutup album dan memasukkan semula ke dalam laci.



bersambung...




“Kau ni Taufiq umur dah 30 tahun... tak puas-puas lagi ke hidup sorang?”

Seperti yang ku duga, setiap kali pulang ke kampung pertanyaan inilah yang sering di ulang.
“Apa ni ma?”

“Apa ni.. apa ni”
“Itu je yang dia tahu kata...”
“Alasan....” bebel mama memarahi aku.

Sambil melepaskan satu keluhan, lantas aku mengangkat punggung untuk beredar dari situ.

“Hah!.. nak ke mana tu?”

“Atas” acuh tak acuh aku menjawab.

“Duduk dulu” arah mama membuatkan aku duduk semula.
“Fiq nak gadis yang macam mana... cakap kat mama?”

Terkebil-kebil aku memandang mama. Aku sendiri pun tidak tahu gadis yang macam mana menjadi pilihanku. Pengalaman aku bersama Emy sudah cukup memeritkan. Sangkaku cinta kami tulus dan jujur, tetapi sayangnya.... argh! butakah aku?
Kenangan lama kembali mencuit ingatan.


“You ni kenapa Fiq?”

“Kenapa apa pulak?” soalku hairan dengan pertanyaan Emy. Gadis itu kelihatan seperti tidak berpuas hati saja dengan diriku.

“Ya lah.. I ajak you keluar.. you tak mahu”

“Bukan tak mahu tapi I busy”

“Hallo Taufiq... I pun kerja juga... tapi taklah busy memanjang macam you”

“Bidang kerja you dengan I berbeza.. jadi...”

“Argh! alasan you saja... takan busy sampai ke malam?” jerkah Emy membuatkanku tersentak dari meneruskan kata. Wanita itu sudah kerap kali meninggikan suara kepadaku. Tiada langsung rasa hormat wanita itu kepadaku.

“Hah! Kenapa diam” sambung Emy.

“Tak ada apa” acuh tak acuh aku menjawab, malas hendak melayan rasa tidak puas Emy. Entah mengapa semenjak kami berdua pulang ke Malaysia, Emy seperti sengaja mencari pasal denganku. Dia seperti tidak suka aku berada di rumah keluargaku serta membina kerjaya di negeri kelahiranku. Sebaliknya dia sedaya upaya memujukku mencari kerja di ibu kota dan aku pulak kerana sayang semua kata-katanya di turuti. Namun apa masalahnya aku pun tak tahu bila Emy seperti masih tidak berpuas-hati. Walaupun dia sudah maklum kerja baruku ini benar-benar menuntut aku supaya berkerja lebih masa sehinggakan terpaksa membawa pulang kerja ke rumah.

“You ni memang tak sayangkan I” jerit Emy lagi.

“Tak sayangkan dia?” soalku dalam hati, tak berkelip mataku memandang Emy yang tika ini begitu selamba saja menyedut minuman. Kadang-kadang aku pelik dengan sikap Emy. Sepatutnya dia faham dengan bidang yang ku ceburi kini tetapi yang terjadi sebaliknya. Tidak sepatutnya dia meletakkan kesalahan seratus peratus ke atasku kerana Emy juga kadang-kadang sibuk. Seingat aku antara kami berdua rasanya sudah banyak kali juga Emy menolak ajakkan aku untuk keluar bersama. Kadang-kadang aku merasakan seolah-olah Emy sengaja mencari pasal denganku atau dia sedang merancang sesuatu.

“Hey! pekak ke apa you ni?” jerit Emy lagi.

“You boleh tak cakap perlahan-lahan sikit.. sakit telinga I tau” ujarku perlahan sambil memandang kiri dan kanan, malu bila ada beberapa pasang mata mencuri pandang ke arah kami.

“You masih terkenangkan diakan?”

“Dia?”

“Dia siapa?” soalku kehairanan.

“Eleh... buat-buat lupa pulak” sambil mencebik bibir Emy menyindirku. Terpinga-pinga aku dengan reaksi Emy sebegitu. Sesungguhnya aku benar-benar tak tahu apa yang bermain di fikirannya.

“Siapa?” soalku sekali lagi.
“Emy” panggilku bila gadis itu hanya mencebikkan wajah kepadaku.

“Alah.. siapa lagi... Sofialah”

“Sofia?” soalku perlahan. Sejenak kenangan lama menerjah ingatan. Seingat aku sudah hampir 6 tahun aku tidak bertemu dengan gadis itu. Selepas kejadian pertemuan dahulu antara aku, Emy dan Sofia.. seingat aku itulah kali terakhir aku berbual dengan Sofia, selebihnya hanya sesekali kami bertembung di laman rumah masing-masing. Apa yang aku tahu sebulan selepas itu, Sofia menukar sekolah ke kampong kelahiran ayahnya atas alasan untuk bersama datuk dan neneknya di sana. Semenjak dari itu kami langsung tidak pernah bersua lagi, lebih-lebih lagi selepas itu aku pula di terima melanjutkan pelajaran selama dua tahun setengah di UK bersama-sama dengan Emy. Tamat saja pembelajaranku di sana, Emy memujukku agar bekerja dahulu di sana mencari pengalaman sebelum pulang ke tanah air. Tak lama kemudian tas desakan ibu bapa aku pulang ke Malaysia.
Argh! diam tak diam sudah hampir setahun aku pulang ke Malaysia dan aku dikhabarkan oleh mama, Sofia dan keluarga sudah lama berpindah.

“Hah! Hah! Mengelamun.. mengelamun...”
“Teringat budak tu lah”

“You ni kenapa Emy?”
“For your information.. si Sofia tu dah pindah.. I pun tak tahu dia tinggal kat mana sekarang?”

“Tak tahu konon?”
“Takan parents you pun tak tahu?” acah Emy menduga.

“Okey.. okey.. mungkin dia orang tahu...”

“Jadi you dah jumpa dia?” Emy berterusan menyoalku seperti pesalah.

“Sejak kita pulang.. sekalipun I tak pernah jumpa dia” sebaik mungkin aku menyusun ayat memberi penjelasan.

“Tentu dah besar budak tu ye...”
“Emm.. you pun dah 29 tahun, so that mean dia dah 22 tahunlah kan”

“Ya” jawabku sambil mengangguk kepala.

“See... kata tak ingat konon... kalau umur pun you boleh ingat.. apatah lagi tuannya” sergah Emy sambil menjegilkan mata kepadaku.

Aku beristighfar seketika melihat kelakuan Emy yang seperti sudah naik hantu. Apa kena dengan si Emy aku pun tak tahu. Tiada lagi pujuk rayu dan suara manja menyentuh kalbu. Semuanya sudah berbeza dari dahulu. Pertemuan kami sudah tidak semesra dahulu.

“Sudahlah tu... perkara dah lepas usahlah di ungkit lagi...” setenang yang boleh aku cuba memujuk.

“Ohhh! Jadi selama ni you langsung tak ada perasaan marah kat dia ya?”

“Sudahlah tu.. I pun dah lama tak jumpa dia”

“Jadi rindulah ni?” sindir Emy lagi sambil menjeling.
“Budak busuk hati macam tu pun you suka” tambah Emy lagi.
“Apa punya taste” gumam Emy sambil mencebikkan wajahnya.

Menyirap darahku dengan kata-kata Emy. Entah mengapa kesabaranku ada batasnya. Bagiku Emy sudah melampau, perkara yang tak sebesar manapun sengaja di panjangkannya.
“You bolehtak jangan menghina I” ujarku dengan suara yang bergetar.

“Amboi! marah nampak” sindir Emy.
“You tu sepatutnya bersyukur dapat I tau.. for your information berlambak jantan-jantan kat luar sana nakkan I.. “ sambung Emy bermegah diri.
“Kesiankan you je, tu yang I tunggu” sambung Emy lagi langsung tidak tahu menjaga hatiku.

“You mean Tengku Farid” ujarku meneka. Ku lihat Emy tergamam. Sebenarnya sudah lama aku mendengar khabar angin tentang hubungan mereka berdua, tetapi di sebabkan sayang punya pasal aku abaikan saja, kerana sangkaku Emy tak mungkin menduakanku.

“Kalau ya.. kenapa?” begitu berani Emy menyoalku semula.

“So.. sekarang ni you menyesal” entah dari mana datangnya kekuatan, aku menyoal balas begitu.

“Eh! kejap! Kejap!... you dengar sini.. “ separuh menjerit Emy bersuara.
“You jangan nak memandai-mandai nak memutuskan hubungan ini...”

“Habis?” soalku kehairanan, tidak tahu apa mahunya gadis itu dariku.

“Sebaliknya I yang nak putuskan hubungan kita.”

Tersentak aku dengan jawapan Emy. Tidakku sangka tekad sungguh Emy membuat keputusan setelah hampir lapan tahun kami bercinta.
"Patutlah semenjak dua menjak ni you selalu saja cari pasal dengan I"
Sekilas ku memandang Emy yang hanya menaikkan kening membalas renunganku.

“Okeylah Encik Taufiq, nah ambil balik barang-barang you” ujar Emy sambil bangun dan melempar cincin pemberianku ke atas meja.

Kaku aku dengan perbuatan Emy. Baru beberapa langkah Emy berjalan, tiba-tiba ku lihat gadis itu berpaling dan mendekatiku semula.
“I ada something to tell you..” angkuh sekali ku lihat Emy bersuara.
“I doakan lepas ni.. you akan menyesal tak sudah...” sambil tersenyum sinis Emy menambah.

“Argh! I takan menyesal berpisah dengan you” jawabku geram. Sejenak aku mendengar Emy ketawa.

“Oh! ya! I tak kisah... " ujar Emy masih lagi ketawa.
"Hallo Taufiq.. bukan menyesal kerana berpisah dengan I.. tapi..”

“Tapi apa?” pantas aku mencelah lemas di permainkan begitu oleh Emy.

“For your information Encik Taufiq Idham... Nota dulu tu sememangnya bukanlah Sofia yang tulis”

“What?” terkejut aku mendengar penjelasan itu.

“You tak nak tahuke siapa penulisnya” sekali lagi Emy tersenyum sinis memandangku lalu sambil membongkokkan sedikit badannya kepadaku yang sedang duduk Emy menyambung kata.
“I lah penulis asalnya”

Sambil beristighfar aku meraup wajah mendengar pengakuan yang tak di sangka-sangka dari Emy.

“Good luck!” ucap Emy sambil ketawa meninggalkanku dengan seribu penyesalan.



“Hei! Taufiq.. tak dengarkah apa mama tanya tu?” suara papa yang menjerkahku mematikan segala lamunan.

“Umur tu pun dah 30 tahun.. kawan-kawan Fiq pun semua dah berkahwin.. Fiq tu tunggu apa lagi” bebel mama kedengaran seperti sudah merajuk.

Aku memandang wajah mama seketika sebelum mengalih ke wajah papa pula. Aku meraup wajahku seketika. Sudah setahun aku putus cinta dengan Emy, dan sejak hari itu hatiku belum terbuka untuk mana-mana wanita lain. Sekali lagi aku memandang wajah mama yang memandangku penuh pengharapan.
“Sofia” tiba-tiba aku teringatkan gadis itu. Ingin aku bertanya tentang Sofia kepada mama, tetapi terasa malu pulak. Argh! aku benar-benar ingin minta maaf kepada gadis itu atas apa yang telah berlaku. Benar kata mama umurku sudah mencecah 30 tahun tapi masih sendiri. Jadi ini secara tak langsung sudah hampir 7 tahun juga aku tidak lagi bertemu gadis itu. Bagaimana agaknya rupa Sofia? Masih tembamkah dia? Kalau tak salah aku tahun ini umur Sofea pun sudah menjangkau 23 tahun. Dah cukup dewasa. Apakah Sofia masih solo atau sudah berpunya, entah-entah dah berumah-tangga. Sempat aku berteka-teki sendiri. Sejenak tiba-tiba darahku terasa dingin sehingga menyirap ke segenap ruang urat saraf. Apakah ini Rindu?



bersambung....





“Tercegat apa lagi kat situ... nah! Angkat kain ni ke atas” arah ibu bila melihat aku yang masih terpaku di situ.

Sofia..

Langkah kaki terhenti di panggil ibu.

“Hujung minggu ni Auntie Fauziah nak datang ke rumah kita”

“Auntie Fauziah bu?” soalku bersama debaran di dada.

“Rasanya dah lama kita tak jumpa auntie dan uncle ye bu” ujarku memancing ibu untuk meneruskan bicara.

“Kamu tu yang lama tak berjumpa dengan mereka... ibu dan abah sekali-sekala ada juga berjumpa mereka.”

Aku tersenyum mendengar sindiran ibu. Aku tahu Auntie dan Uncle berkali-kali ingin bersua denganku tetapi ada saja alasan yang aku berikan untuk tidak bertentang mata dengan mereka. Entahlah! Mungkin selepas aku di fitnah dan hampir-hampir ditampar oleh abang Taufiq aku sedaya upaya cuba menjauhkan diri dari lelaki itu dan secara tak langsung ianya turut memberi kesan pada hubunganku dengan mama dan papa Taufik juga. Aku tahu aku tak sepatutnya bersikap begitu, lebih-lebih lagi mereka tidak bersalah dan langsung tidak tahu akan keretakkan dalam persahabatan antara aku dan anak lelaki mereka.

“Auntie Fauziah tu sebenarnya dah rindu sangat-sangat kat kamu” sambung ibu lagi sambil ligat tangannya melipat kain baju yang terlungguk kat situ.

“Sofia pun rindu kat Auntie Fauziah” jawabku sambil tersenyum kecil. Rasanya sudah cukup aku menjauhkan diri dari mereka selama ini, dan sejujurnya aku juga turut rindukan Auntie Fauziah yang juga telah ku anggap seperti ibu sendiri.

“Hah! Baguslah macam tu... janganlah pulak saat-saat akhir ubah fikiran pulak” ujar ibu memberi amaran, justeru membuatkan aku teringat akan perangai-perangai aku yang lepas di mana sering memberi alasan bila mereka ingin bertemu denganku.
“Baik bu” balasku sambil tergelak kecil.
“Sofia naik atas dulu ya”

“Hah! Lupa pulak...”

“Apa dia bu?”
“Nak suruh angkat kain ni ke atas ke?” dugaku sambil tersengih-sengih.

“Taufiq pun nak datang sama... dia pesan kat ibu nak jumpa dengan Sofia sangat-sangat.. jadi ingat hari tu jangan ke mana-mana”
Mati senyumanku bila mendengar nama itu di sebut.

“Apa ibu?”

“Kamu ni tak dengar atau sengaja buat-buat tak dengar?”

“Buat apa dia nak jumpa Sofia bu?”

“Lerrr.. manalah ibu tahu”

“Kenapa ibu tak tanya?”

“Ish! Kamu ni.. takan ibu nak tanya pulak.. dah orang nak datang.. takan kita nak halang”

“Entah-entah nak jemput makan kenduri kot... lagipun kalau tak silap ibu.. si Taufiq tu dah setahun pulang ke tanah air”

“Kahwin” bisikku dalam hati.

“Ya Allah.. buat apa dia nak datang sama?” gumamku sendiri sedikit resah.
Otakku mula ligat berputar. Macam-macam yang aku fikirkan. Terutama apa alasan yang hendak ku berikan bagi mengelak diri dari bertemu dengan lelaki itu...
Argh! aku betul-betul buntu.


bersambung....



Taufiq menggaru-garu bahunya seketika sebelum kemudian menumbuk-numbuk kecil pehanya pula. Dia benar-benar dalam keresahan. Sudah hampir setengah jam dia begini ditinggalkan berseorangan. Papa sudah lama keluar dengan Pakcik Harun manakala mama pula sedang sibuk di dapur dengan Makcik Shidah. Yang ada bersamanya cuma dua orang cucu makcik Shidah itupun sedang asyik menonton tv cerita kartun.
“Lebih baik aku ambil angin di luar dululah” detik hati kecilnya lalu mengangkat punggung beredar ke laman rumah.
“Pergh! nyamannya” luah Taufiq dalam hati terasa berbeza benar udara di kampong jika hendak di bandingkan dengan di Bandar. Lalu tanpa membuang masa Taufiq menyarung kasut dan berjalan ke sekeliling rumah hinggalah ke belakang.
“Jimat betul tinggal kat kampong” bisik hati kecil Taufiq sebaik saja kakinya menjejak di belakang rumah itu. Tersenyum lebar dia melihat bunga-bunga kantan yang berkembang mekar. Bukan itu saja malah ada pokok cili, pokok belimbing buluh, pokok serai, daun pandan, ulam-ulaman dan bermacam-macam jenis tanaman lagi yang sememangnya cukup berharga dan tinggi juga nilainya jika di Bandar.

“Buat apa tu Taufiq?”
“Kus semangat!” jerit Taufiq dalam hati bila tiba-tiba saja di tegur oleh makcik Shidah.

“Tak ada apa makcik.. saja ronda-ronda” balasnya sambil tersengih memandang makcik Shidah di tingkap dapur.
“Saya ke depan dulu” sambungnya lagi lalu terus menyambung perjalanannya melawat keliling rumah. Sedang dia leka berjalan dan menghayati panorama desa Taufiq di kejutkan dengan bunyi deruman kereta memasuki laman rumah.
“Dah balik pun” detik hatinya menyangkakan papanya sudah pulang. Lalu dia bergegas ke depan. Namun langkah kakinya terhenti tatkala terpandang pemilik kereta tersebut adalah seorang perempuan.
“Cantiknya” luahnya perlahan sambil bulat matanya melihat gadis tersebut yang kini sedang keluar dari dalam kereta. Tak berkelip mata Taufiq memandang gerak-geri gadis tersebut.

“Maksu balik! Maksu balik!”

Jeritan cucu-cucu Makcik Shidah menyentakkan igauannya lantas cepat-cepat Taufiq mengenjakkan kakinya ke belakang tiang, sedikit tersorok agar tidak di lihat oleh gadis itu.

Sofia mematikan enjin kereta. Matanya liar memerhati sekeliling manakala jantungnya berdebar-debar.
“Bukankah makcik Fauziah kata nak datang.. tapi macam tak ada orang pun” detik hati Sofia bila mendapati tiada kereta lain selain kereta abahnya yang berada di tempat memakir kereta.
“Tak jadi datang agaknya...”
“Bagus! Bagus!” bisik hati kecilnya sambil tersenyum sendiri kelegaan. Dengan perasaan gembira Sofia melangkah keluar dari kereta.
Senyumannya makin melebar bila melihat anak-anak kak long sedang berlari mendapatkannya.

“Siapa nak coklat?” lantas dia bertanya kepada mereka sambil sengaja menayang-nayang coklat ditangan.


“Adoi! Manisnya” luah hati kecil Taufiq yang sedari tadi leka memerhati tingkah-laku gadis itu.


“Nak! Nak!”

“Kalau nak.... cium pipi Maksu dulu”
“Sini.. sini pula”

Tersenyum sendiri Taufiq bila melihat gelagat gadis itu yang begitu selamba megusik kanak-kanak tersebut di mana menyuruh mereka mencium kiri dan kanan pipi sebelum memberi mereka coklat.
“Nakal!” bisik hatinya dan sejenak dia tersenyum lagi sambil membayangkan alangkah bahagianya kalau dia adalah kanak-kanak tersebut.
“Siapa agaknya gadis itu?” soalnya dalam hati sambil menggaru-garu kepala berfikir.

“Terima kasih maksu”

“Hei! Jangan lari.. nanti jatuh”

Jeritan gadis itu mengejutkan Taufiq yang sedang bermonolog sendiri.

“Budak-budak ni lah...” Sofia mengomel sendiri sambil menggeleng-geleng kepala melihat telatah anak-anak buahnya.
“Aduh! Lenguhnya” gumam Sofia sambil menumbuk-numbuk kecil belakang badannya kerana lenguh terlalu lama tunduk melayan anak-anak buahnya sebentar tadi. Sewaktu dia berpusing untuk mengambil begnya yang di letakkan di atas meja, matanya terpandang seseorang.
“Alamak!” jerit hatinya kecilnya.
“Abang Taufiq” tersekat suaranya di kerongkong. Sangkanya mereka sekeluarga tidak jadi datang. Secara tiba-tiba darah gemuruhnya muncul kembali.

“Adoi! Dia pandang sinilah... kantoi! Kantoi!” jerit hati kecil Taufiq saat matanya bertembung dengan sepasang mata gadis tersebut.
“Malunya.. “
“Apalah aku ni..”
“Hero apa sembunyi balik tiang” ngomel Taufiq memarahi dirinya sendiri. Lalu dengan penuh yakin Taufiq mengorak langkah menghampiri gadis itu. Sewaktu dia berdepan dengan gadis itu tiba-tiba suaranya bagaikan tersekat tak mampu berbicara. Cuma mata memainkan peranan. Akhirnya hanya anggukkan dan senyuman sebagai pengganti kata.

Sofia kaget bila melihat abang Taufiq berjalan menghampirinya. Tiba-tiba saja kenangan lalu satu persatu kembali terlayar di minda. Masih segar di ingatannya bagaimana dia di perbodohkan oleh dua orang dewasa yang mabuk asmara ketika itu. Sejenak dia menelan air liur bila menyedari abang Taufiq sudah semakin hampir dengannya. Ingin saja dia melarikan diri tetapi kakinya bagaikan terpaku di lantai. Hendak menegur lelaki itu lidahnya pula kelu. Akhirnya di biarkan saja lelaki itu mendekatinya.
Sejenak mereka berbalas renungan.
“Abang Taufiq tak kenal aku rupanya” detik hati Sofia bila melihat reaksi Taufiq yang hanya mengangguk dan tersenyum kepadanya.
Tanpa membuang masa Sofia terus angkat kaki beredar dari situ, namun sempat jua dia mengangguk sebagai membalas kembali salam dari Taufiq.

“Hah! Dah balik pun”
“Kenapa lambat?” tegur ibu sebaik saja menjawab salamnya.

Sofia hanya tersenyum menjawab pertanyaan ibu. Sempat dia memandang dari ekor mata melihat abang Taufiq yang turut berdiri di belakangnya.

“Auntie Fauziah” tegur Sofia lalu bersalaman dengan wanita itu.

"Sofia" ujar ibu bila melihat makcik Fauziah yang sedang berkerut dahi memandangnya.

“Ya Allah hampir tak kenal auntie...”
“Sofia?”

Sofia hanya menganggukkan kepala dan sempat dia mengerling melihat abang Taufiq yang bulat matanya memandang.

“Lain benar kamu dari dulu”

“Lain apanya Fauziah?” soal ibu mengerutkan dahi.

“Cantik... cantik sangat-sangat.. dah tu tak lagi tembam”

Kata-kata mama membuatkan semua orang ketawa kecuali aku. Entah mengapa hatiku langsung tidak tercuit untuk turut ketawa bersama. Aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada diriku saat ini. Hadir satu perasaan yang sukar di mengertikan... begitu hebat melanda jiwaku ketika ini. Namun apa yang pasti terubat sudah rinduku buat gadis ini yang pernah satu ketika dahulu hatinya aku lukai.

Bersambung….



Lega hati Sofia bila mendengar bunyi kereta kaklong memasuki perkarangan rumah. Sebaik saja kak long dan abang long berada di muka pintu semua yang berada di dalam rumah terus memandang ke arah mereka berdua. Kedua-dua anak buahnya juga sudah berlari mendapatkan kakak dan abang iparnya membuatkan suasana saat ini menjadi riuh rendah dengan suara-suara anak buahnya yang meminta itu dan ini. Serta merta Sofia senyum sendiri. Ini menjadikan sedikit sebanyak tumpuan auntie Fauziah dan abang Taufiq sudah tidak lagi kepadanya. Lalu tanpa membuang masa perlahan-lahan Sofia berundur ke belakang untuk naik ke atas. Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata ibu yang tajam memerhatikan tingkah lakunya. Dengan membuat muka kesian Sofia memberi isyarat hendak ke kamar untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Setelah mendapat persetujuan dari ibu tanpa berlengah lagi terus pantas dia mengorak langkah beredar dari situ.
“Pergh! Nasib baik ibu sporting” pujinya setiba di kamar akan sikap ibu yang begitu memahami situasinya yang tidak selesa kerana baru pulang.
Kipas di pasang ke tahap paling maksima. Bila badannya sudah tiada lagi kesan-kesan peluh terus dia mencapai tuala masuk ke bilik air yang memang sedia ada di dalam kamarnya. Sengaja dia berlama-lamaan mandi mengelak dari di panggil oleh ibu untuk kembali berbual dengan tetamu. Selesai saja mandi dan mengemas diri, Sofia kegelisahan di dalam kamar. Agak lama juga dia terperap di dalam kamar namun tidak pula ada tanda-tanda ibu hendak memanggilnya turun ke bawah.
“Entah-entah dia orang dah balik apa? Duganya dalam hati.
"Tapi kenapa ibu atau kaklong tak panggil....Haaa.. mungkin dia orang panggil tapi aku tak dengar sebab mandi.... Bagus.. bagus.. bagus...”
“Alamak! baru je sebut takan dah kena panggil” ngomelnya bila tiba-tiba pintu bilik di ketuk. Sebaik di buka kelihatan anak-anak kaklong sedang tersengih di muka pintu memberitahu bahawa ibu menyuruh dia turun. "dah agak.." keluhnya sendiri. "Hei! tunggu jap...Lerr budak-budak ni" rungutnya bila melihat kedua-dua anak buahnya berlari turun tanpa sempat dia menyoal tentang tetamu, samada masih ada atau sudah pulang.
“Leceh betul” rungut Sofia kecil. Mahu tak mahu terpaksa jua dia menurut kata. “Adoi! Kena turun juga.. harap-harap dia orang dah balik” ngomelnya sendiri namun begitu timbul juga rasa risau dalam hati seandainya benar mereka sudah pulang pasti ibu akan bising dan berleter dengan sikapnya yang dingin tak mesra alam terutama dengan abang Taufiq. Dengan perasaan bersalah dia melajukan sedikit langkah menuruni tangga tetapi langkahnya di perlahankan semula bila telinganya menangkap suara orang sedang berbual.
“Ingatkan dah balik” ngomelnya dalam hati kecewa dan ada sedikit perasaan lega bila mendengar suara auntie Fauziah dan mama silih berganti. Kecewa kerana terpaksa berdepan dengan Taufiq dan lega kerana andaiannya akan dimarahi oleh mama seandainya mereka sudah pulang tidak benar.

“Bermalamlah di sini, tak payahlah tidur kat hotel tu”

Tersentak Sofia mendengar saranan dari ibu.

“Ha ah betul cakap Shidah tu Fauziah”

“Eh! suara abah tu.. dah balik pun.. patutlah ibu panggil, ni mesti nak kenalkan aku kat uncle pula... adoi! Leceh betullah” dengan mimik muka yang kelat Sofia mengomel sendiri.

"Mana Sofia ni"
Kedengaran suara ibu merungut kecil.

“Malaslah aku.. mangkuk tu mesti duk ada situ juga”
Berat rasa kakinya hendak melangkah ke depan. Masih jua dia terpaku berdiri di sebalik dinding yang menjadi pemisah antara tangga ke ruang depan.

“Kamu sekeluarga tidur je di sini”

“Ewah! Abah ni melebih pula.. dah dia orang tak nak sudahlah..” Sofia merungut kecil bila kedengaran suara abah seperti mendesak mereka.

“Tak menyusahkan kamu sekeluarga ke Harun?”

"Ha ah susahlah.. memang menyusahkan" jerit hati kecil Sofia.

“Ish! tak ada apa yang susah pun.. " kedengaran suara ibu menyampuk.

"Hah! sudah tak payah dok mengada-ngada lagi... tidur je sini” sambung abah pula seperti marahkan mereka yang berdolak-dalik.

“Adoi! Abah.. abah..” sambil menggeleng kepala Sofia menggigit bibir kerana geram.

“Kalau cam tu emm.. baiklah”

“Kan bagus macam tu” ujar abah sambil ketawa.
“Tunggu apa lagi Fiq.. pergi ambil beg baju kamu semua dari dalam kereta bawa masuk ke dalam rumah”

“Adoi! Apa kes pulak nak tidur sini.. ish! leceh betullah” Sofia mengomel sendiri geram. Ini bermakna secara tak langsung malam ini dia tidak boleh bebas dan perlu menjaga aurat dan pergerakkan di dalam rumah sendiri.

“Sofea”

“Apa pulak?” rungutnya sendiri bila mendengar ibu melaung memanggil namanya. “orang datanglah ni” jeritnya dalam hati.
“Ya bu” terpaksa jua dia menyahut bila sekali lagi ibu memanggil namanya.

“Ni kamu tunjukkan bilik untuk auntie dengan uncle dan abang Taufiq kamu” arah ibu sebaik saja dia tiba. Senyuman yang semanis mungkin dia lemparkan buat mereka. Sekilas dia melihat abang Taufiq yang sedang tersenyum sendiri. "Hilang akal ke apa mamat tu senyum sorang-sorang" gumamnya dalam hati. Cepat-cepat dia mengalihkan mata memandang wajah auntie Fauziah.
“Auntie dan uncle tidur sini ye” ujar Sofia berbahasa sambil berpura-pura terkejut dan gembira. “Bestnye” sambung Sofia lagi dengan senyuman yang masih tak lekang di bibir. Sejenak sekali lagi matanya bertembung dengan anak mata abang Taufiq. Lantas mati senyuman manisnya. Lelaki itu di lihatnya sedang merenungnya tajam. “Adoi! Mesti mamat ni ingat aku nak mengorat dia.. wei! aku buat-buat seronok je.. bukannya sungguh-sungguhlah” jerit hati kecil Sofia keresahan lalu pantas dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Uncle Sofian” tegur Sofia ramah memandang wajah uncle Sofian pula yang sedari tadi seperti kebingungan memandangnya

“Ni Sofia ke?”balas lelaki itu sambil mengerutkan dahi.

“Ya uncle”

“Hampir tak kenalkan bang.. lainkan?” pintas auntie Fauziah menyiku uncle Sofian yang masih terkebil-kebil memandangnya.

“Memang berubah banyak kamu sekarang ni Sofia” tutur uncle Sofian sambil tergelak kecil. “Dah besar hampir aku tak kenallah anak perempuan kau ni Harun” luah uncle Sofian kepada abah.

“Itu bermakna Sofian.. kita ni dah semakin tua” jawab abah sambil ketawa.
“Sudahlah tu pergilah kamu naik” ujar abah sambil menepuk-nepuk bahu uncle Sofian.

“Auntie, uncle tentu letih.. jom Fia tunjukkan bilik” ujar Sofia sopan.

Selesai menunjukkan bilik kedua orang tua Taufiq Sofia menuju pula ke bilik sebelah. “Ini bilik abang Taufiq” ujar Sofia perlahan tanpa memandang wajah lelaki itu.

“Thanks Fia”

Dengan sedikit mengangguk terus Sofia mengangkat kaki untuk cepat-cepat beredar dari situ.

“Fia” namun langkahnya terhenti bila Taufiq memanggilnya. Sedikit teragak-agak Sofia hendak menoleh dan menjawab. Namun di gagahi jua untuk bertanya. "Ya"

“Boleh kita berbual?” kali ini kelihatan abang Taufiq pula seperti teragak-agak bersuara.
“Boleh tak?” abang Taufiq bertanya lagi membuatkan Sofia serba salah hendak menjawab.

“Apa salahnya nanti waktu makan malam kita berbuallah.. ramai ada pasti meriah” ujar Sofia agak kebudak-budakkan memberi jawapan. Sekilas dia menjeling memandang lelaki itu yang sedang ketawa kecil. “Aku salah cakapke?” hati kecil Sofia berkata.

"Perangai masih sama seperti dulu.. keanak-anakkan" detik hati kecil Taufiq merasa lucu.

“Kenapa ketawa?” akhirnya Sofia memberanikan diri menyoal. Tak berkelip matanya memandang abang Taufiq namun cepat-cepat matanya beralih ke arah lain bila perasan anak mata lelaki itu begitu tajam merenung seperti hendak menelannya hidup-hidup.

“Sikap Sofia tetap macam dahulu.. tak berubah cuma..” ujar Taufiq dengan nada suara sedikit berubah, ada getaran pada hujung ayat. Ingin saja dia meluahkan betapa cantiknya gadis itu kini berbanding dahulu namun tak termadah di hujung lidah. Agak lama dia menatap wajah itu sebelum membuka mulut semula.
“Sofia”

Panggilan lelaki itu tidak di jawab sebaliknya tika ini Sofia mula di landa perasaan gelisah, segan, takut dan meluat. Tanpa mengendahkan renungan dan getaran suara Taufiq, cepat-cepat Sofia berpusing untuk beredar. “Eh!” spontan Sofia menjerit kecil kerana terkejut bila tiba-tiba lengannya di sambar abang Taufiq. Nasib baik berlapik. Lalu dia mengerutkan dahi memprotes tindakan lelaki itu.

“Ops! Sorry!” luah Taufiq segera melepaskan lengan Sofia.
“Maaf ye.. Abang betul-betul tak sengaja” jelas Taufiq lagi dengan perasaan bersalah.

“Apa abang nak?” dengan nada suara sedikit kasar Sofia mengagah dirinya menyoal.

“Abang ada benda nak cakap dengan Sofia.. abang....”

“Kan tadi Sofia cakap malam nanti kita sembang” pintas Sofia tegas tanpa memberi peluang untuk Taufiq menghabiskan ayatnya.

“Ye.. ye.. abang dengar... Cuma... kalau boleh...” Taufiq diam sebentar mencari-cari anak mata Sofia.

Sofia menelan air liur merasa segan di tenung lama oleh lelaki itu. Lemas dengan keadaan itu dia sekali lagi memusingkan badan untuk beredar.

“Fia”

“Ya” tanpa menoleh Sofia menjawab.

“Kalau boleh abang nak berbual bersendirian... emmm..berdua saja dengan Fia.. I mean.. hanya kita berdua sahaja.. tanpa gangguan.. boleh?”

Kata-kata Taufiq itu menjadikan Sofia dalam keadaan serba salah. Tidak tahu jawapan bagaimana harus di beri. Berjumpa begini pun dia sudah kalut bagaimana nanti bila bertentangan mata berdua-duaan sahaja.

“Bolehkan Sofia”

Rayuan Taufiq membuatkan Sofia menjadi simpati. Hendak berkata tidak, takut pula kalau-kalau ada perkara penting yang hendak di luahkan. Tapi jika dia bersetuju ini bermakna dia akan bertentang mata dengan lelaki ini yang satu ketika dahulu pernah menghinanya.

“Please Fia”

Akhirnya setelah berkali-kali lelaki itu merayu terpaksa dia menganggukkan kepala. Lagipun bukannya hendak ke mana-mana, masih dalam kawasan rumah.
“Lepas makan nanti kita sembang kat laman” tutur Sofia lemah berjanji.

"Thanks Fia"

Sewaktu menuruni anak tangga, pelbagai soalan bermain di minda...

Apa mahunya lagi abang Taufiq darinya...
Kali ini atas tuduhan apa pula....
Sudah tujuh tahun berlalu takan abang Taufiq masih lagi berdendam dengannya...
Apa lagi yang tak kena....

Ya Allah lindungilah hambamu..hanya Kau saja yang tahu bahawa aku tidak bersalah...


Bersambung….



Dari jendela dapur Sofia mencuri pandang Taufiq yang sedang berdiri dilaman rumah. Lelaki itu kelihatan begitu asyik memandang ke langit, lagaknya tak ubah seperti seorang perindu yang tenggelam dalam dunianya sendiri. Hati Sofia mula berbelah-bagi, perlukah dia ke sana bersama-sama lelaki itu mengira bintang-bintang yang bertaburan di angkasa ataupun mengabaikan saja permintaan lelaki itu untuk bertemu sekaligus mengelak diri dari bertentang mata untuk berbicara dari hati ke hati.

“Hoi! Mengendap sapa tu”

“Ish! kaklong ni.. terkejut Fia” separuh berbisik Sofia memarahi kaklong yang menyergahnya dari belakang.

“Ohhh! Kamu mengendap anak teruna orang ya??? Cakap kat abah”

“Bukan mengendaplah” serta merta Sofia membalas kata-kata berbau ugutan dari kaklong.

“Habis tu.. dok mengintai tu apa namanya? Tak mengendap?”

“Sebenarnya...”

“Sebenarnya apa?” soal kaklong menaikkan kening penuh curiga.

“Sebenarnya Fia ada date dengan abang Taufiq” ujar Sofia tersenyum, sambil menaikkan kening membalas perlakuan kaklong kepadanya sebentar tadi. Tergelak kecil Sofia bila melihat reaksi kaklong yang kini bulat mata memandangnya. Bimbang andai kaklong tersalah faham lalu tanpa membuang masa terus dia menceritakan kepada kaklong tentang permintaan Taufiq untuk mengajaknya berbual.

“Ibu dan abah dah tahu?”

“Dah”

Kelihatan kaklong mengangguk kepala beberapa kali. Mungkin berpuas-hati dengan jawapan dan penjelasan yang dia berikan.

“Pergilah cepat.. tertunggu-tunggu pula abang Taufiq kamu tu.. mana nak tau kot-kot ada benda penting nak cakap kat kamu” ujar kaklong sebelum berpusing untuk keluar dari dapur.

Sofia hanya mengangguk kepala.

“Tapi jangan lama-lama”

“Yelah.. ibu dan abah pun pesan camtu” jawab Sofia sambil tersengih-sengih mendengar pesanan dari kakaknya.
Sofia menarik nafas seketika sebelum melangkah keluar. Sebaik berada di belakang abang Taufiq, Sofia berdehem perlahan sebelum memberi salam. Berderau darahnya sebaik saja lelaki itu berpaling. Sejenak mereka bertentangan mata sebelum saling bertegur sapa. Lalu Sofia memberi isyarat agar mereka duduk di bangku kayu yang berada disitu.

“Sofia sihat?” soal Taufiq turut melabuhkan punggung disebelah Sofia. Sejenak dia menatap wajah Sofia, gadis itu kelihatan tenang sedangkan perasaannya tika ini sukar digambarkan. Dia mula kegelisahan justeru itu mindanya mula menyusun ayat untuk dipertuturkan kepada Sofia.

“Macam yang abang lihat”
“Abang tengok apa tadi tu sampai Sofia datang pun tak sedar” soal Sofia cuba beramah mesra. Sebenarnya dia kurang selesa bila Taufiq merenungnya lama.

Taufiq merasa sedikit tertekan dengan sikap Sofia yang kelihatan tenang dan bersahaja. Perlakuan Sofia seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka dahulu. Sedangkan dirinya sedang berperang sendiri, cukup gelisah sejak dari pagi tadi lagi.
“Sofia dah banyak berubah”

Tersentak Sofia dengan soalan itu, saat ini dadanya tiba-tiba saja berdebar, namun sedaya yang boleh dia cuba bersikap tenang. Kalau boleh dia tidak mahu Taufiq membuka kisah lampau, biarlah ia menjadi sejarah. Lalu satu senyuman kecil dihadiahkan buat Taufiq sebelum memberi jawapan.
“Sofia tak pernah berubah.. Sofia masih Sofia yang sama...cuma.... mungkin masa yang membuatkan kita.. maksud Sofia dari segi fizikal mungkin, abang dan Sofia kelihatan berubah” ujar Sofia sambil tergelak kecil agar tidak kelihatan resah di jiwa.

Taufiq tersenyum sendiri mendengar jawapan dari Sofia. Kagum dia dengan Sofia kini, gadis itu amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu. Gadis dihadapannya kini sudah petah berbicara. Ya mungkin benar kata Sofia masa membuatkan segala-galanya berubah. Namun jauh di sudut hatinya merindui Sofia yang dahulu, seorang gadis yang pemalu dan manja dimana satu ketika dahulu sentiasa dambakan perhatian darinya.

Sofia merasa tidak selesa bila ditenung lama oleh Taufiq lalu dia berpura-pura buat tidak perasan sambil memandang ke arah lain.

Taufiq berdehem beberapa kali bila tiada respon dari Sofia.

Sofia tergelak kecil lalu berpaling memandang wajah Taufiq semula. “Dengar kata abang bekerja kat luar Negara?” soal Sofia sambil tersenyum.

“Ha ah” acuh tak acuh Taufiq menjawab. Dia mula merasa tidak selesa dengan pertanyaan itu yang berkemungkinan besar akan tersingkap semula kisah pahitnya dengan Emy.

“So, kenapa balik?”
“Ops! Sorry!” pantas Sofia menutup mulut bila melihat Taufiq berkerut dahi.
“Maksud Sofia, mengapa abang tak meneruskan kerja kat sana?” sebaik mungkin Sofia mengatur ayat agar Taufiq tidak berkecil hati.

Terangguk-angguk Taufiq sambil tersenyum mendengar kalutnya suara Sofia memberi penjelasan. Perlukah dia menceritakan mengapa dan kenapa dia membuat keputusan kembali ke tanah air dan perlukah juga dia mendendangkan kisah-kisah yang berlaku antara dia dan Emy serta haruskah dia meluahkan pada gadis itu bagaimana laranya dia bertahun menanggung beban rasa bersalah kerana membuat tuduhan tanpa usul periksa. “Argh” Taufiq melepaskan satu keluhan panjang. Tapi bukankah itu maksud tujuan utamanya agar pertemuan ini terjadi. Memohon kemaafan dari gadis itu.

Sofia diserang perasaan bersalah bila mendengar Taufiq mengeluh panjang dan kemudian lelaki itu tunduk terdiam. Tidak terlintas dihatinya untuk mempersoalkan keputusan lelaki itu untuk kembali ke tanah air, cuma apa yang cuba dia lakukan adalah sekadar untuk berbual-bual kosong agar tidak ketara canggung antara mereka yang sekian lama tidak bertemu. Ketika ini dia mengharapkan agar ahli keluarganya mahupun orang tua Taufiq memanggil mereka masuk ke dalam agar pertemuan ini cepat-cepat berakhir.

“Panjang ceritanya Sofia” Taufiq diam sejenak sambil tajam matanya meneroka keseluruh wajah Sofia.

“Agaknya abang nak timba pengalaman kat Negara orang kot” rimas dengan cara Taufiq memandangnya spontan Sofia memberi pendapat.

Taufiq tergelak kecil.
“Mungkin kot... “
“Tapi.... rasanya ketika itu abang lebih banyak mengikut kata hati” bergetar suara Taufiq kedengaran.

“Kalau Sofiakan abang.. pasti Sofia juga tidak lepaskan peluang untuk membina kerjaya di sana... selain gaji yang tinggi... banyak benda baru yang boleh kita belajar dan bila tiba masa untuk kita kembali... segala pengalaman itu boleh dipraktikkan di sini” cepat-cepat Sofia memberi pendapat, hatinya mula kegelisahan mendengar ada getar pada suara Taufiq.

Taufiq mengeluh kecil. Terbang segala jawapan yang bermain dimindanya sebentar tadi.
“Betul tu Sofia... tapi semua itu bergantung kepada individu... kalau positif yang dia belajar baiklah yang akan dia bawa pulang tapi kalau negative lain pula jadinya” ujar Taufiq lemah mengiyakan pendapat gadis itu.

“So.. apa yang abang timba di sana... positif atau negative?”
Gulp! Sofia terdiam seketika sambil memarahi diri sendiri kerana begitu lantang menyoal. Sedikit sebanyak pertanyaannya itu seolah-olah membuka ruang serta memberi peluang untuk lelaki itu menyingkap sejarah lalu.

Bersambung….

1 comment:

  1. wah best nya,cintamu mekar di hati, bila nak sambung ni?

    ReplyDelete